Dah masuk about 70 hari ...masih dirindu lagi...
Aku suka apa yang ust hasrizal tulis pasal kenangan dgn arwah tok guru ni....
Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”
Kehadiran Tuan Guru di Birmingham disambut secara besar-besaran oleh komuniti Malaysia di seluruh UK dan Ireland. Tambahan pula Malaysia di tahun itu sedang panas dengan Reformasi. Mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam dalam tahanan, membakar kemarahan rakyat Malaysia di seluruh dunia. “Kalau boleh, ana nak merasa salji. Kali terakhir ana merasa salji adalah semasa belajar di Kashmir” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menyuarakan hajatnya. Aduh, bagaimana kami hendak mencari salji. Kini sudah menghampiri Krismas tetapi salji belum turun. Ramailah pemimpin pelajar merancang untuk membawa Tuan Guru ke Scotland usai program di Birmingham, demi memenuhi hajatnya. Tetapi, hadiah daripada Allah barangkali, semasa giliran Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di pentas, salji turun selebat-lebatnya di Birmingham. Ceramah Tuan Guru ditangguhkan, dan kami semua ke luar dewan bermain salji. Bukan tidak biasa dengan salji. Tetapi salji kali ini adalah salji harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
|