CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ami_gurlz

Tiada minat untuk berkahwin

[Copy link]
Post time 30-9-2015 04:37 AM | Show all posts
masa jumpa my husband kali pertama, kenal kenal camtu so
borak borak sebab kami travel sesama...
so berbual jugalah, so kemudian kami rapatlah sebab travel hampir 3 minggu sesama,
berbual pasal life, kemudian dia kata dia takkan berkahwin seumur
hidup sebab still patah hati dek cinta pertama..

iya iya dia cakap...
tak mahu nak kahwinlah, rela single..
lelaki omputihkan so normal kalau dorang tak kahwin,
me jumpa ramai kat sini.... tua tua still single..

guess what, setahun lepas jumpa tu, kemudian kami berkahwin
10 tahun berlalu dah...

so kesimpulan u boleh aje kata apa apa, tapi kalau ditakdirkan jodoh u
sanpai besok hari, berkahwin jugak u...

dan believe me, kalau u jumpa orang yang sesuai di jiwa,
perkahwinan adalah satu kehidupan paling best dalam hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 09:33 PM | Show all posts
masa muda, I pun mcm u jugak, rasa tak nak kahwin, plus fobia dgn my kak long wedding dpt very very bad guy, tak tau nak hormat org tua. tapi dah sampai ke satu umur yang tetiba dtg keinginan yg teramat sangat nak kahwin. rasa sunyi sangat tgk almost my friend semua dah kahwin. I sorang2 single. so,bila pintu hati I dah terbuka nak kahwin, setiap kali lepas solat, I tak lupa berdoa utk di pertemukan jodoh. I sangat yakin, yg jodoh I memang ada di dunia ni. and instinct I dapat rasa, yang Allah sudah pun tunjukkan pada I secara halus siapa jodoh I. wajah dia pun I dah tahu, kerja dia pun I tahu,tapi I tak tahu pun nama dia apa.

setiap manusia yang lahir didunia ni, sudah termaktub siapa jodoh kita sejak dalam kandungan ibu lagi. bohongla kalau tak ada keinginan nak kahwin, unless.......

Dekatkan diri dgn agama dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:03 AM | Show all posts
sudah kahwin macam mana? kahwin pun boleh cerai lah......dulu cintai skarang tak cintai......macam nni kahwin buat apa...lebih baik tak mau kahwin......buat apa nak susah2....susahkan dirimu shaja...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:33 PM | Show all posts
kawan kakak sampai sekarang tak nak khwin...dia cakap khwin pun boleh cerai nadi carai banyak orang tanya
kenapa cerai.....dia kata lebih baik macam ni single.....atau ada teman sahaja lain orang tak akan tanya banyak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:35 PM | Show all posts
kalau sudah kahwin mesti ada problem family......
nadi ada anak lagi susah.....jika cerai anak macam mana?
lebih baik seorang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:00 AM | Show all posts
Naz79 replied at 8-9-2015 07:46 PM
Klu Melayu biasa harapkan bini yg buat kerja rumah...tapi kalau Cina,,lelaki tolong sama..and kada ...

mcm tak betul aje. saya ada masuk group FB parenting yg multiracial. tapi majority chinese la. ada jugak sesekali sekala topik "meroyan" pasal suami derang.
sama aje la. lelaki melayu ka india ka cina ka..kalau dah nama lelaki, mmg lelaki.
tapi, kalau sesekali sekala up post skandal, kalau ada skandal tu, mmg dah siap tidor sekali dah.
at least kalau orang melayu, kalau ada awek, belum tahap ke ranjang lagi. baik sket lah lelaki melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2015 10:03 PM | Show all posts
abang saya sampai sekarang belum kahwin dia dah umur 36 lah.....
lelaki memang lambat kahwin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 05:52 PM | Show all posts
saya pun tak minat, baik pegi melancong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 05:52 PM | Show all posts
Kalau taknak kawin lagi, tunggu sampai bejumpa yg betul leh buat rasa nk kawin. Kalau paksa2 diri ni, ade buruk baiknya gak, could end up cm i yg tak happy pas kawin
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:42 PM | Show all posts
aku harap TT bace lagi thread yg dia bukak..aku pcye TT ni agamanya bagus sebab kakak dia jge btol(sbb nk karaoke pon xley..katenye suara tu aurat)..tp klu boleh dekatkan laa diri dengan agama lagi..ada kebaikan dia..

pendapat aku..TT dengan kehidupan dia memang sangat selesa..boleh support family...boleh enjoy...xperlu bergantung harap kt orang lain...tp perasaan ni kita tak tau sampai bila boleh macam ni..katakanlah kalau kakak TT dah bertemu jodoh...dgn siapa TT nak berenjoy..hepi2..

satu hari nnt mesti rase sunyi sgt..rasa nak ada seseorg memenuhi ruang yg kosong tu (jiwang sket)..cubalah kenal seseorg..buka hati..klu kluar date boleh je bwk kakak TT tp jgn laa tinggalkan bf tu terkapai2..sian bf tu...org laki ni mmg dia x ckp sbb dia nk jga hati org pmpn tu...bnykkan komunikasi dgn bf atau kawan2 lelaki mana tau ade yg boleh masuk satu kepala ke..(sbb TT cakap TT suka wat lawak n ex bf macam hambar je)

bab seks tu xtau laa nak komen..ade jgk mmb laki mcm tu..bila tgk muntah (dafuq man)..tp bila dah kahwin..dah tau..dah merasa..dah kenal..mungkin lain pulak penerimaan..cubala TT kenal2 org sekeliling...kawan2 tmpt kje ke..geng2 cari ni ke..ajak f2f..have a cup of coffee and sembang2..mana tau ade yg serasi ke..x salah girls make a move 1st...

all the best TT..(ke TT dah jumpe jodoh nak wat kenduri dah..hahaha)


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:51 PM | Show all posts
sundul gan

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 11:11 PM | Show all posts
aku x paham la..kenapa korang beria sgt kata tt akan rasa sunyi bila dia dh tua ? kenapa nk samakan diri korang dgn org lain ? manusia berbeza2 k ..lain org lain minatnya..dah allah takdirkan dia punyai perasaan mcm tu, kenapa kita nk halang ?

actually,aku pon sama jgk mcm tt..hidup dh stable , rasa complete je , xde keinginan utk berkahwin..so , xde masalah ape pon.. kalau jodoh tu dah sampai,kawin je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:46 AM | Show all posts
Edited by nikaido at 7-12-2015 09:48 AM
ami_gurlz replied at 24-8-2015 11:39 PM
hihi...thanks sbb speak the truth...ramai org hanya nmpk keindahan berkahwin jer.kahwin ni bukan m ...

kerja rumah kan tanggungjawab suami? whatt???? cikgu/imam mana ajar ni. kerja rumah tanggungjawab bersama la dei



Tanggungjawab suami uruskan rumah
1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0331&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz3taxs78ZZ
© Utusan Melayu (M) Bhd


Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.
Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:
Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.
Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.
Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.
Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.
Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.
Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.
Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.
Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.
Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.
Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.
Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).





Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:44 AM | Show all posts
bestnye tt dah ada anak angkat...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:17 PM | Show all posts
rasanya TT akan minat nak kawin lepas kakak dia kawin.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 10:53 AM | Show all posts
whooo...kami nak kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ami tak kahwin macem mana masa tua nanti,pikir future gak la,ami sakit nanti sapa nak rawat,agama pun perintahkan kita untuk kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya ak pom xde hati nak kawen dah lepas break dgn ex. Sakit ati btol, perasaan cinta dy dah xde aku sorag jaa terhegeh2 cintakan dy, sedangkan dalam diam dy suke kt kwn sendri tapi matu2 menafikan. Bila kiteorg da break tak smpai 2 minggu dorang ne trus laa nak mengenal hati budi kekdahnyee ,,, cis, bila aku call tanya hal sbnrnya boke dy ckp xde pape kwn je.... mentang2 laa dy dah keje sbg researcher dkt parlimen dan ak masih menganggur , tus cinta kau beralih arah yee ,,,,

Perempuan tu plak jenis attention seeker sgt, blek2 dok post gmbr2 kt media so-sial nak menunjukkam dy tu bhgia sgt dgn hidup... iyelaa, ak wish korang pom bahagia laa bersama ...

Oppss sory laru topik pulak ak ne .. maaf ye semua ... heheheh peace yaw!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gedik ngat aih.org skrg mcm2 jenis gedik.ni slh satunye lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 08:07 AM | Show all posts
TT belum sampai seru, TT cari ja bf spt biasa kawan cam biasa ada jodoh ok la takde jodoh nak buat cammana, kalau dah usaha tapi kalau tak ketemu jodoh sampai tua bukan salah kamu lagi, kawen bukan suka2 atau paksa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.158343 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list