Insyaallah......
Dalam thread satu lagi itu wa telah terangkan sebab turunnya ayat pasal faraid ini.....ialah apabila balu seorang syuhadah mengadu kepada Rasulullah pasal saudara suaminya telah merampas semua harta arwah suaminya...
Jika di buat verifikasi akan kebenaran kenyataan Maideen, lu mungkin akan berjumpa ini:
"Sebab-sebab turunnya ayat mawaris (ayat 11, 12 dan 176 daripada surah an Nisa), ialah sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis bahawa isteri kepada Saad bin ar Rabi’e telah mengadu kepada Rasulullah bahawa suaminya telah meninggal dunia dalam peperangan Uhud, suaminya pula meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang saudara lelaki, saudara Saad telah mengambil kesemua harta yang ditinggalkan oleh Saad, lalu baginda s.a.w. menyatakan bahawa Allah s.w.t. akan menghukumkan perkara tersebut.
Tidak lama selepas itu turunlah ayat-ayat mawaris. Lalu Rasulullah memutuskan bahawa isteri Saad berhak mendapat 1/8 harta, anak perempuannya mendapat 2/3 dan saudara lelakinya mendapat baki daripada harta yang ditinggalkan itu." Maka bolehlah dikatakan, pada mula mula bermulanya sistem faraid lagi sudah ada contoh di mana Pak Sedara anak si mati pon Allah SWT ada beri hak menuntut harta simati. Tapi dalam hal member lu itu, kalau Pak sedaranya datang menuntut harta Pak member lu, dia tak akan berjaya (melainkan dia dapat meyakinkan member lu itu bahawa musti ada hikmahnya kalau dia dapat sebahagian harta simati. Kalau tidak tak khennnn lah Tuhan orang Islam bagi hak itu kat orang macam dia...... Wallahualam.
|