CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 15

[Tempatan] Edisi Opocot:‘ISIS Malaysia 69′.Ko Dah Kenapa Dekkk.

 Close [Copy link]
Post time 16-2-2015 03:07 PM | Show all posts |Read mode
ISIS Malaysia 69′ ugut mahu letup mahkamah Malaysia
'Screen shot' daripada klip video yang dimuat naik oleh pengguna laman  YouTube menggunakan ID ‘isis malaysia 69′ yang mengugut untuk meletupkan  mahkamah di seluruh negara.


[size=100%]
KUALA LUMPUR, 16  Februari:
Satu klip video berdurasi kira-kira seminit  yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di  mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki  bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.

Dengan menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis  malaysia 69′ empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem  keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30  malam.

Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh  anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam  keterangan video tersebut.

“Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran  kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia.  Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat ‘isis malaysia 69′ dalam keterangan video itu.

Klip video berkenaan yang dirakamkan  seolah-olah yang sering dirakamkan anggota kumpulan militan IS di timur tengah  turut dipamerkan beberapa botol yang menyerupai bom petrol atau ‘molotov  cocktail’.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat  individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan  topeng hitam

“Kepada mana-mana parti yang telah lama  memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu  helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem  demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk  hasil dari tangan-tangan anda,” ugut seorang lelaki yang duduk dalam sambil  memegang sekeping gambar, yang bertindak selaku jurucakap jurucakap kumpulan  berkenaan dalam video itu.

Lelaki itu turut menegaskan  bahawa ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin  rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya yang  kemudian disusuli dengan pelbagai cacian terhadap sistem demokrasi di  negara ini.

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, baru  941 orang didapati menonton klip video berkenaan, selain 9 orang menyukainya  manakala 31 lagi menyatakan tidak menyukainya.

TRP

p/s:tu bukan gambaq retis malaysia ka hang pegang tu dek





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 03:09 PM | Show all posts
ye eleh letup pakai botol

serupa budak2 main mercun

carik ler bomb tangan

podaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 03:14 PM | Show all posts
ke video parody je nih?sapa dah tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:24 PM | Show all posts
Abih la nora .... konpem tak tido malam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:24 PM | Show all posts
macam gambo nora danish je yg dia pegang tu
eee..... apsal nk buat video mcm ni. x ke nanti negara kita lagi dicop sebagai pengeluar terrorist
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:25 PM | Show all posts
ni ade dah tread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 03:26 PM | Show all posts

dah ada 2-3 benang pasal menatang nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 03:27 PM | Show all posts

Alamak!mati den gi bukak plak.
Momod @Muntz minta tolong tutupkan..sorry...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 03:28 PM | Show all posts
berapa byk benang nak bukak da... tacang2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:29 PM | Show all posts
nih budak2 sesaja troll. kan ke 18hb tuh cny. mmg la meletop2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:46 PM | Show all posts
bodoh sesangat la orng yang buat nie...
tak perlu nak berjuang sampai tahap nak rosakkan harta benda awam....
dia dok pikir cara orng lain salah... yang dia buat tu tak pikir plak salah ke tak...
klu la betol ujud dorng semua nie kena siasat betol...
sebelum malaysia orng ckp sarang pengganas yg baru...
habis nanti gerakan2 islam yang bersih pon tepalit dgn dorng nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk letupkan nora danish ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teroris dan meleis berpisah teda.isle telah menang 4-0!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:55 PM | Show all posts
snipersnake replied at 16-2-2015 03:29 PM
nih budak2 sesaja troll. kan ke 18hb tuh cny. mmg la meletop2.

Nak troll pun tengok la. Bab ugut-ugut ni polis malaysia sangat sensitif. Apatah lagi dikaitkan dengan pengganas. Kena tangkap kalu bermalam dalam lokap la, walaupun pada asalnya niat sekadar nak berlawak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes ni
Kokelakar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:29 PM | Show all posts
rakyat hakim negara mana? ada hukuman dak utk  pondan2 ni ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.073955 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list