View: 2993|Reply: 27
|
[Tempatan]
'ISIS Malaysia' ugut mahu letup mahkamah Malaysia
[Copy link]
|
|
'ISIS Malaysia' ugut mahu letup mahkamah Malaysia
Posted on Monday, February 16 @ 12:16:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo |
'Screen shot' daripada klip video yang dimuat naik oleh pengguna laman YouTube menggunakan ID ‘isis malaysia 69' yang mengugut untuk meletupkan mahkamah di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Satu klip video berdurasi kira-kira seminit yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.
Dengan menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69' empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.
Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.
“Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat ‘isis malaysia 69' dalam keterangan video itu.
Klip video berkenaan yang dirakamkan seolah-olah yang sering dirakamkan anggota kumpulan militan IS di timur tengah turut dipamerkan beberapa botol yang menyerupai bom petrol atau ‘molotov cocktail’.
Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam
“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugut seorang lelaki yang duduk dalam sambil memegang sekeping gambar, yang bertindak selaku jurucakap jurucakap kumpulan berkenaan dalam video itu.
Lelaki itu turut menegaskan bahawa ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya yang kemudian disusuli dengan pelbagai cacian terhadap sistem demokrasi di negara ini.
Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, baru 941 orang didapati menonton klip video berkenaan, selain 9 orang menyukainya manakala 31 lagi menyatakan tidak menyukainya.
Berikut adalah pautan kepada video ugutan yang dimuat naik oleh ‘isis malaysia 69' :-
therakyatpost
|
|
|
|
|
|
|
|
nak letup letup pergilah join taliban. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita sama2 tengok pada 18 Februari ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
kita akan berganding bahu bersama sama muslim dan bukan muslim untuk berperang dengan ISIS malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagys jugak..lepas letup mahkamah seluruh malaysia..tentu jadi satu budaya baru di malaysia..selama ini hanya berlaku di arab, pakistan, mesir dan di eropah..dah jd satu budaya boleh lah letup balai2 polis, lepas tu letup semua masjid2..dan akhir sekali letup dipasar2 dan pasaraya pula..baru nampak demokrasinya. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 org tua di atas diletupkan juga |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee.....takutnya!!!!..... |
|
|
|
|
|
|
|
Okeh abam2 polis leh sharp shooter diorg nih. |
|
|
|
|
|
|
|
letupan dengan mercun ... |
|
|
|
|
|
|
|
malam taun baru cina memang lah org main letup2 dgn mercun
bangang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini isis ker giler isim? Kejadahnye perjuangan letup letup bagai. Pengecut pakai tutup muker pulop. Tak der telor. |
|
|
|
|
|
|
|
Murahan....pakai botol kicap pun jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
..YANG NI KE?
|
|
|
|
|
|
|
|
tangkap dan letopkan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar berita pagi tadi. Polis akan siasat siapa buat video ni kerana ia menggugat sistem demokrasi di negara ini.
Kalau kena tangkap nanti, jangan menangis la dik, buat malu isis aje
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambo sape yang deme pegang itu? Kenapa dgn pompuan tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
try la letop tgk bjaya ke x.. |
|
|
|
|
|
|
|
lengkap dengan
apa ke jadah..
molotov cocktail pun nampak dummy jer
|
|
|
|
|
|
|
| |
|