CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38570|Reply: 146

Petua Orang Tua & Ilmu2 Ajaib

[Copy link]
Post time 17-2-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,


Angah nak share dan bertanya sekali pendapat dengan korang. Angah ada dapat petua daripada kawan2 angah dan tak lupa jugak daripada atok angah yang masih sihat walafiat hingga ke hari ini (umurnya tahun ni 87). Korang penah tak belajar petua2 yang macam agak pelik, atau lari dari norma yang biasa, tapi sangat berkesan (tak menyimpangkan aqidah la). Kalau korang ada, harap2 boleh share la sebab benda yang elok ni watpe nak sorok2 kan? So sila baca ke bawah untuk tahu lebih lanjut antara petua2 atau ilmu yang angah belajar.

Pertama sekali, angah belajar petua ni daripada seorang sahabat yang angah kenal masa belajar kat IPTA nun di utagha. Masa tu tangan angah terluka sikit sebab garu kudis kot. So darah mengalir non-stop even angah da tutup dengan tisu untuk seketika. Bila kawan angah tu approach, dia ajar la petua yang dia belajar kat sorang hamba allah yang singgah sekejap kat kampung dia untuk berdakwah, pastu lepas beberapa ketika dia berpindah ke tempat lain (angah lupa ape terma orang camni, tapi memang dia alim2).

Petua tersebut adalah, kalau ada mana2 luka kat area badan, tapi nak berhenti kan serta merta pendarahan tu. Caranya ialah, contoh ada luka kat kaki terpijak kaca, amik kain atau tisu, mulakan dengan ayat pertama daripada surah Al-Masad, tapi baca setakat "tabbat yada abi lahabi" dab berhenti. Kemudian tarik nafas panjang2 (sedalam yang boleh), pastu tahan nafas. Sambil nafas tu, selawat tanpa henti selama yang mungkin. Bila da sampai tahap paling lama tahan nafas tu, hembuskan nafas sampai abes kat tempat yang luka tu. In shaa Allah luka tu akan berhenti teros. Apa yang angah wat selama ni menggunakan petua ni, memang berkesan. Cuma jangan gatal la dok toreh tangan sendiri pastu nak mencuba, cari nahas namanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 05:32 PM | Show all posts
Surah tabad yada tu plak ada sorg nek kat surau tmpt kje aku ni (dia visitor la kiranya dok lawat sedara dia kat sini) dia ajar utk cari brg hilang. Masa tu aku cari pabenda tah tlupa letak kat mana dalam surau tu n dia suh bac n insyaAllah akan tjumpa katanya.

Sehingga kini aku dah lama xjumpa beliau lg. Mungkin sedaranya dah keluar dr situ kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 05:44 PM | Show all posts
betul.... inilah petua yang ayahanda akak guna waktu kaki akak kena parang dulu..
darah mengalir tak berhenti2 menyebabkan semua org panik..
dengan yakin ayah akak baca ayat ni.. dia tarik nafas dlm2....... dan kemudian dia hembus pada luka akak tu...
alhamdulillah, dengan izin Allah darah tu stop...
dah stop kalu apalagi bawak pi jahit ler....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 07:23 PM | Show all posts
Petua untuk lambatkan atau hitamkan rambut beruban- lepas makan nasi ,basuh tangan, air kat tangan tu sapu                     
kat kepala (kena buat banyak kali)


Petua hilangkan jerawat -  lepas mandi lap muka guna baju adik beradik yang berlainan jantina  .Baju tu haruslah
sudah dipakai.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2015 11:03 PM | Show all posts
ok sekarang ni angah nak share satu lagi petua yang atok angah ajar. angah menikah dengan isteri disember 2013. akad nikah kitorang wat malam, lepas isya'. so masa mala tu angah nervous la takot nanti tok kadi tanya yang bukan2 pulak. bukannye tak ingat, tapi al maklumla, kalau dah tanya depan2 orang ramai kan, benda yang simple pon boleh jadi kaget. hehehehe.

so petua yang atok angah ajar ni, untuk "mematahkan" hati orang. apa tu mematahkan hati orang? haaaaaa. mematahkan hati orang ni bukan benda pedajal pon, cuma untuk melembutkan hati. sebagai contoh, kalau angah buat kat tok kadi yang bakal menikahkan tu, hati dia akan terbuka dan takkan tanya or buat benda bukan2 la.

petua ni jugak elok kalau2 korang gi interview ke, atau time tengah bergaduh dengan pasangan. aritu angah pernah, b'gaduh kuat la dengan isteri. serius tak pernah gaduh sampai tahap rasanya hampir boleh wat berpisah la. puncanya atas kesalahan angah sendiri jugak. taubat aku.

okay, pendekkan cerita, camne caranya? haaaa. kalau petua yang ini memerlukan hand gesture anda. genggamkan tangan kanan, TAPI, ibu jari jangan letak di bahagian luar tangan. sebaliknya, sorokkan dengan dibaluti jari2 yang lain. kalau tak paham cara or tak boleh gambarkan, nanti angah upload gambar untuk korang ok.

sudahnya tangan dibuat camtu, genggam sekuat mungkin tapi jangan sampai patah la. hahahahah. dan sambil memandang mata orang yang nak ditujukan tu, dalam hati berdoa atau sebut ayat ni sebanyak yang mungkin "aku bukan nak patahkan jari aku, aku nak patahkan hati kau". kalau disulami dengan bismillah serta selawat keatas Nabi junjungan, in shaa Allah lagi berkesan.

kalau korang tengah kena marah dengan bos ke, atau bergaduh (buan secara fizikal la), buat la. nescaya hati orang yang tengah marah tu akan lembut dengan izin Allah s.w.t. okay nanti angah akan share lagi petua2 yang kebanyakannya angah amalkan dalam kehidupan seharian, dan sangat berkesan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2015 11:04 PM | Show all posts
timahterung replied at 17-2-2015 07:23 PM
Petua untuk lambatkan atau hitamkan rambut beruban- lepas makan nasi ,basuh tangan, air kat tangan  ...

janganla macam ni tuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2015 11:06 PM | Show all posts
Munnalicious replied at 17-2-2015 05:32 PM
Surah tabad yada tu plak ada sorg nek kat surau tmpt kje aku ni (dia visitor la kiranya dok lawat se ...

haaaaaa tang kalau nak cari barang hilang, atau nak mengingati sesuatu yang kita rasa terlupa sangat2, angah ada cara dia. tang yang ni ustazah duk ajar. sangat2 berkesan, even pernah amalkan kat seorang akak tempat angah praktikal dulu ppon dia terkejut berkesan. hehehehe. tungguuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2015 11:07 PM | Show all posts
puanlina replied at 17-2-2015 05:44 PM
betul.... inilah petua yang ayahanda akak guna waktu kaki akak kena parang dulu..
darah mengalir ta ...

hakhakhakhak. betol tu, sesetengah petua2 atau amalan ni hanya untuk membantu di kala keadaan kecemasan, pape hal pon perlu jugak disupport dengan cara penyembuhan yang menggunakan teknologi. kalau darah dah benti kene parang camtu, sambung gi berlari ke main bola ke memang cari nahas la. tak gitu? kihkihkihkih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 11:32 PM | Show all posts
Terima kasih diatas perkongsian...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
timahterung replied at 17-2-2015 07:23 PM
Petua untuk lambatkan atau hitamkan rambut beruban- lepas makan nasi ,basuh tangan, air kat tangan  ...

hahahaa...

Klu abg/adik jenis pembersih pkai deodorant, losyen, talkum badan, perfume ok lh, Tp klu klu jenis asal boleh je, mau pening mase lap muka tu, silap2 jerawat btambah byk.

Mihmihmihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
2 thun lepas aku ada baca article tentang klau barang hilang, sebut INNALILLAH. dan penulis tu ckap ucapan tu bukan utk org yg meninggal je. tp utk diucapkan ketika berlakunya musibah. since then aku amalkan ucapan tu tiap kali nk cari barang aku yg hilang. memang menjadi sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada abg member kasi petua masa kt penjara dulu.. Kalo mata masuk benda..tp aku xingat sampai habis.. Yg aku ingat, tangan kiri sapu mata kanan,tgn kanan sapu mata kiri..tp tangan tu jgn di depan muka..mesti bersilang belakang kepala.. Lps tu baca alif ba ba beralih, alif ba ba berubah.. Ada lg..tp Tu ja aku ingat..haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 08:55 AM | Show all posts
angahsmart replied at 17-2-2015 11:03 PM
ok sekarang ni angah nak share satu lagi petua yang atok angah ajar. angah menikah dengan isteri dis ...

petua ni sama macam aku baca dalam buku Bercakap Dengan Jin... atuk tu bagi petua sama kat si tamar nak interview keje masa tu.. ayat pun lebih kurang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
angahsmart replied at 17-2-2015 11:03 PM
ok sekarang ni angah nak share satu lagi petua yang atok angah ajar. angah menikah dengan isteri dis ...

Assalamualaikum tt.tq  share petua org lama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 02:37 PM | Show all posts
timahterung replied at 17-2-2015 07:23 PM
Petua untuk lambatkan atau hitamkan rambut beruban- lepas makan nasi ,basuh tangan, air kat tangan  ...

saya tiada adik beradik lain jantina, sume laki, huhu.. patutlah muka kami adik beradik naik jerawat tak henti2 huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 02:51 PM | Show all posts
bel x ingat sgt petua2 ajaib org tua2
tp bab hilang barang tu kan ada satu yg bel cuba n byk kali jd
bel akan baca doa nabi yunus dlm perut ikan tu
baca ulang2 kali sambil fikir brg tu...
x lama mesti jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kat poremer nama @dumbell. Dier pon byk petua lama2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:40 PM | Show all posts
ayat pertama surah al massad....

member aku penah bagitau petua kalo berhadapan dgn anjing garang
baca ayat tu, anjing garang takkan kejar kite
dan statik macam tu smpailah kite bace sesuatu ayat utk lepaskan die
tapi aku dah lupe ayat ape
dan aku tak berani nk apply petua tu, haruslah aku yg lari dulu
mungkin kurang berkeyakinan gamaknye


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:40 PM | Show all posts
(angah lupa ape terma orang camni, tapi memang dia alim2).


tabligh kah??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 03:41 PM | Show all posts
okay guys, ada satu lagi petua yang angah nak share. petua ni sangat berguna kalau2 korang ada terlupa sesuatu, memang benda yang korang sangat2 tak ingat letak kat mana atau ilang kat mana. benda ni angah belajar masa kat sekolah dulu, ada 1 ustazah yang sporting and best yang aja. haaaaaa.

ape yang bestnya pasal petua ni, bukan sahaja berguna kalau korang lupa sesuatu, tapi juga sangat elok digunakan oleh pelajar2. kot2 la korang tengah final exam ke, spm, pt3 atau mana2 ujian la, terlupa ape jawapan dia padahal dah study pasal tu. hahaha. berkesan terbaik okehhhh.

camne caranya? ok. caranya begini, waktu korang terlupa dan tengah cuba untuk mengingati, gunakan jari telunjuk sebelah kanan, letak kat kepala bahagian kanan jugak. pas letak tu, korang selawat sebanyak 3 kali. benda yang korang lupa tu takkan tup tiba2 ingat, akan amik masa dalam beberapa minit.

dulu masa cuti sem angah penah keje kat 1 department gomen kat selayang, masa tengah filing dengan sorang akak senior tempat kerja tu, dia lupa 1 file yang kecik letak kat mana. padahal bilik bersepah kaw2. so angah aja dia buat. bila petua tu berkesan, seronok tengok muka dia terkejut. hahahah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080303 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list