CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11119|Reply: 107

[Jenayah] Sirul: Saya tak pernah mengaku bunuh Altantuya

[Copy link]
Post time 19-2-2015 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar berkata beliau tidak pernah mengaku membunuh  Altantuya Shaariibuu, walaupun Mahkamah Persekutuan mensabitkannya bersalah.

Dalam wawancara melalui telefon dengan Malaysiakini, dia mengulangi kenyataan bahawa dia bertindak atas arahan dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

“Saya faham bahawa keterangan mengikut keadaan tidak sekuat keterangan langsung,” kata Sirul (kanan), 43, bapa kepada dua orang anak itu.

Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan mensabit dan menjatuhi hukuman mati pada Sirul dan seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri ekoran kes pembunuhan pada 2006 itu.

Mereka berdua dikatakan menembak mati dan meletupkan seorang warganegara Mongolia di dalam hutan.

Bagaimanapun, mahkamah dan pihak pendakwaan tidak menentukan motif di sebalik tindakan itu.

Ia mencetuskan spekulasi apabila Razak Baginda, penganalisis politik dan rakan rapat perdana menteri, dikaitkan dengan perkara itu

Razak dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Datuk Seri Najib Razak, ketika itu timbalan perdana menteri, menafikan mempunyai sebarang kaitan dalam kes itu dan bersumpah dengan nama Allah.

Polis juga membersihkan namanya.

Najib (atas) pagi ini diminta oleh pemberita mengulas dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.

Najib hanya menjawab perkara itu “mengarut”.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Sirul tidak berpuas hati dengan prosiding undang-undang, termasuk kegagalan memanggil pegawai atasannya DSP Musa Safri.

Musa bekas pembantu Najib.

Kenapa polis dedah muka?

Sementara itu, bekas komando polis itu juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan gambarnya.

”Kenapa dedah gambar saya tanpa kebenaran? Sejak awal pendengaran hingga rayuan di Mahkamah Persekutuan, saya berjaya tutup muka.

”Apa tujuannya (dedah gambar saya),” soalnya.

Sirul tidak hadir ketika keputusan diumumkan kerana berada di Australia.

Dia kini ditahan oleh imigresen negara kanggaru itu di Sydney.

Undang-undang Australia tidak membenarkan pihak berdepan hukuman mati dieksradisi ke negara hukuman dijatuhkan.

Sirul sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan segala-galanya berhubung kes itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 10:20 PM | Show all posts
perjuangan di saat akhir..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hellowwwwww sirul, nko ingat nko special sgt sampai tak boleh dedah muka. Banyak cantik muka nko...

Penjenayah rakyat marhean tak dapat pun treatment macam nko......maka, ada yg terpaksa guna spender renoma untuk cover muka
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedahla cepat woiii.. Bukan setakat rakyat,sesame umno pon dah meluat dgn najib nieh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul dia nak dedahkan. Beraninya dia. Kalau betul seperti dakwaan sesetengah pihak berhubung orang berprofil tinggi yang terlibat. Adakah negara akan mendapat malu. Bencana apakah ini. Itupun kalau benar seperti dakwaan. Tetapi kalau salah, yang pernah mengesyaki perlu minta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:33 PM | Show all posts
Kenapa dedah gambar saya tanpa kebenaran? Sejak awal pendengaran hingga rayuan di Mahkamah Persekutuan, saya berjaya tutup muka.


amboiii... ko siapa nak dedahkan gambar pon kena mintak kebenaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2015 10:43 PM | Show all posts
apa motif dia dedahkan benda ni sekarang?
nak elakkan org terlampau banyak cerita hal yg di sg. buluh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:56 PM | Show all posts
Sirul mencabar ingin mendedahkan kes altantuya.. apa komen pm.... " mengarut"

See.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 19-2-2015 10:33 PM
amboiii... ko siapa nak dedahkan gambar pon kena mintak kebenaran.

Tu la pasal.....
Perasan diva sgt uols......
Padahal, balaci kuli jadi org suruhan jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 12:01 AM | Show all posts
aik? tak ngaku pulak dah ?..ari tu kata ye...jadi pak turut azilah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 12:03 AM | Show all posts
Rosaklahh UMNOOOOO.... Vodo betolllllahhh korg neh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
yayaji replied at 20-2-2015 12:01 AM
aik? tak ngaku pulak dah ?..ari tu kata ye...jadi pak turut azilah kot..

agak2nya Sirul dan Azilah akan dbebaskan tak demi nak tutup org vvip yg terlibat? Jika benarlah org vvip tu terlibat....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi benarlah yg bagi order tersebut adalah musa safri?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh x ngaku plak.... hbs tgn yg mbunuh tu tgn siapa. X kira lah walau.tu arahan dr sesiapa. Hukum ttp hukum, dosa ttp dosa krna mmbunuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 08:16 AM | Show all posts
ultra78 replied at 20-2-2015 07:58 AM
Jadi benarlah yg bagi order tersebut adalah musa safri?

takyah ckp byk mmg terlibat pun... cuma mastermind penguin tuh.....penyelamat kerjaya bijan n pemusnah kerjaya bijan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 08:39 AM | Show all posts
kire altantuya golek2 naik bukit, psg c4, pstu letup sndiri ka?

sirul cume duduk tgk tepi aja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2015 08:45 AM | Show all posts
aku percaya Allah maha berkuasa & kebenaran akan terbukti. RIP al tantuya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 09:13 AM | Show all posts
Lps ni penjara mana pula pasang lilin virgil?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 09:17 AM | Show all posts
meh tgk rupa musa safri

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 09:18 AM | Show all posts
EJALTI replied at 19-2-2015 10:25 PM
Hellowwwwww sirul, nko ingat nko special sgt sampai tak boleh dedah muka. Banyak cantik muka nko.. ...

mungkin part of the deal dgn pihak2 tertentu dia tak boleh dedah muka.tapi bila dia cabut gi ostolia deal tu off la kot.pasan muka dorg didedahkan bila  sirul dah cabut lari.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.286485 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list