CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6207|Reply: 53

[Tempatan] Pencarum KWSP diberitahu pegawai dia sudah mati

[Copy link]
Post time 21-2-2015 10:26 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: “Saya terkejut apabila mengetahui identiti saya selama ini digunakan individu lain untuk membuka akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 31 tahun lalu tanpa saya ketahui.

“Mujur tidak ada apa-apa, kalau dia buat jenayah, pasti saya yang masuk lokap,” kata Ruslan Ahmad, 51.

Menurut Ruslan, perkara itu terbongkar ketika membuat semakan akaun pada 2006 apabila petugas di kaunter memaklumkan penama yang menggunakan kad pengenalannya meninggal dunia dan identiti yang digunakan adalah dirinya sendiri.

“Awak Ruslan kah? Ruslan sudah mati. Berkali-kali saya tanya, namun pegawai itu tetap memberi jawapan sama. Beberapa bulan sebelum itu, saya semak dan dapati ada lebih RM40,000 wang dalam akaun KWSP saya. Kemudian bila semak lagi dalam akaun kosong.

“Siapa tidak terkejut kerana saya masih hidup. Saya pernah hilang kad pengenalan ketika bekerja di Singapura pada 90-an, tetapi tak sangka jadi sampai begini. Nampaknya tak dapatlah saya pulang ke kampung untuk menjaga emak dan berkahwin,” katanya.

Wang yang dicarum Ruslan sejak mula bekerja lebih 30 tahun lalu didapati tiada di dalam akaun ketika dia membuat semakan pada 2007 kerana diisytiharkan meninggal dunia pada Ogos 2005 di Muar, Johor.

Sejak itu, dia hilang punca dan turun naik pejabat KWSP lebih 30 kali kerana ingin mengetahui status bagaimana wang di dalam akaun persaraannya itu boleh hilang begitu saja dengan alasan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup sehingga hari ini.

“Siapa yang mati sebenarnya, saya masih hidup dan saya percaya identiti saya diguna orang lain selepas kad pengenalan hilang di Singapura pada 2005.

“Kali terakhir saya semak akaun ialah pada pertengahan 2005. Ketika itu akaun berkenaan masih berbaki RM45,228. Sebulan selepas itu ketika mendapatkan penyata, saya terkejut ianya kosong.

“Apabila ditanya, pegawai memaklumkan duit diserahkan kepada Amanah Raya Berhad kerana saya sudah mati,” katanya ketika ditemui Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Ruslan berkata, dia hadir ke pejabat Amanah Raya untuk mengemukakan bukti dia masih hidup dan pemilik akaun sah dan pada mulanya pegawai bertugas juga terkejut bagaimana kes terbabit boleh berlaku.

Katanya, dia dimaklumkan bahawa duit simpanannya sudah diproses dan dihantar kembali ke KWSP, namun semakan mendapati sebaliknya kerana ia hanya berbaki lebih RM1,000, jauh lebih rendah daripada sepatutnya.

“Saya tanya pegawai di situ dan dimaklumkan ia bukan milik saya kerana sudah meninggal dunia. Saya ditunjukkan gambar orang itu, memang mirip saya, tetapi bukan saya.

“Sehingga ke hari ini saya masih berusaha mendapatkan semula duit saya. Saya sudah berjumpa dengan keluarga si mati itu tidak lama dulu. Saya juga ada impian, mahu berkahwin dan ada keluarga, saya rasa teraniaya,” katanya yang kini bergantung hidup dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan makanan percuma di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu negara.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya mendapati kes berkenaan mempunyai asas dan tidak menolak kemungkinan ia angkara sindiket yang mengambil kesempatan menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Kami akan bantu dari aspek perundangan termasuk khidmat nasihat guaman. SUKAGUAM menggesa pihak berwajib tampil memberi penjelasan berhubung isu ini kerana jika berasas, iasatu penganiayaan kepada Ruslan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik si Ruslan ni....beliau x pernah check penyata kwsp ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:35 AM | Show all posts
gini jelah kalau nak senang.....pergi jadi ahlil keluarga si mati tu je terus....kawen la dengan bini arwah tu...haaa...


kesian juga kes brader ni....tak dapat la nak benti kerja balik kampung kawen dgn andartu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-2-2015 10:33 AM
Pelik si Ruslan ni....beliau x pernah check penyata kwsp ke

Iols nak check la penyata kwsp senin nih....
Takut kalau jadi macam en ruslan nih....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 21-2-2015 10:37 AM
Iols nak check la penyata kwsp senin nih....
Takut kalau jadi macam en ruslan nih....

Haha.....i baru check minggu lepas...kan ada kiosk rhb tu boleh check...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:43 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 21-2-2015 10:35 AM
gini jelah kalau nak senang.....pergi jadi ahlil keluarga si mati tu je terus....kawen la dengan bin ...

idea bagus...

tapi perlu ke masuk dalam keluarga penipu gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2015 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi. Macam macam kes
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:53 AM | Show all posts
Semoga dia mendapat pembelaan yang sewajarnya dan wang dia dapat dikembalikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2015 11:04 AM | Show all posts
Dia org susah kut..nk p check penyata kt mesin tu mungkin jauh..mcm tempat aku ni x dak..kena p pekan sebelah baru ada mesin c3k penyata...lama kan kes ni ..baru rini masuk paper ...kalau x, sampai ke sudah org x tau...

apa bukti depa kata dia mati tu...ada sijil ka or cek jpn saja org tu dah mati...

harap epf bg penjelasan mcm mana hal ni boleh jadi at the 1st place ... bukan sikit amik duit org tu ...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
amanah raya yg sapu duit org dah mati..tk smua org celik it..tk smua org ekses knowledge mcm kita..ni semua keje org2 cerdik pandai skolah tinggi manyonglap duit org mcm ruslan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 21-2-2015 11:04 AM
Dia org susah kut..nk p check penyata kt mesin tu mungkin jauh..mcm tempat aku ni x dak..kena p peka ...

tak masuk akalkan senang2 claim tuan punya akaun mati terus masuk amanah raya. sedangkan yg hidup ni nak cek akaun pun tanya mcm2..ni yg terbongkar mesti ada yg lain kes sama..org epf punya keje jugak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:17 AM | Show all posts
Sign up online kwsp. Siap ada android apps lagi.
Tiap2 hari boleh chek. X payah travel ke pekan  bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:22 AM | Show all posts
Dahsyat betul sindiket macam ni...duit dalam EPF pun selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:23 AM | Show all posts

Dahsyat betul sindiket macam ni...duit dalam EPF pun tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:27 AM | Show all posts
kesian2 kerja berhempas pulas pagi petang siang malam ...tiba2 pulangan di kebas org ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..dah umo 51...

Ke mana pegi nya usia remaja en. Ruslan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak x kerja dah.. Tp kan setahun sekali epf htr penyata... Btw, akak dah resigned 17 tahun dah.. Tetiap thnthn dpt walau x mencarum.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak x kerja dah.. Tp kan setahun sekali epf htr penyata... Btw, akak dah resigned 17 tahun dah.. Tetiap thnthn dpt walau x mencarum.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:38 AM | Show all posts

Duit kwsp kita akan di bagi kat Amanah Raya kalau kita tak buat nomination kah macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe Elohim menarik sebahagian rezeki dr en ruslan ni sbb dia x byr zakat or ada pernah berhutang dgb org lain tapi x bayar
Barangkali
Or sapa2 yg kuarkn duit en.ruslan ni tanpa kebenaran, semoga Elohim celakakan orang itu seumur hidupnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.068547 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list