CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 0

PAS, Umno mesti bersatu selamatkan Islam dan Melayu, kata bekas ketua hakim

[Copy link]
Post time 22-2-2015 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 22-2-2015 11:40 AM




PAS dan Umno perlu bersatu bagi menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerana DAP akan memusnahkan hak orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam jika ia mendapat kuasa, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini.

Beliau menggesa PAS mengetepikan perbezaan dengan Umno dan sedar yang melindungi orang Melayu daripada DAP melalui BN bermakna melindungi umat Islam dan Islam daripada kehancuran di Malaysia.

"Jika selepas PRU14, didapati kerajaan BN di peringkat Persekutuan akan tumbang, PAS hendaklah menyertai kerajaan BN, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya," tulisnya dalam akhbar milik Umno Mingguan Malaysia.

"PAS mesti sedar yang kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam,” katanya.

Hamid mendakwa orang Cina merasa lebih kuat sekarang kerana mereka bersatu di belakang DAP, dan mereka mula membuat tuntutan melampau dan mencabar Islam, termasuk berkenaan khutbah Jumaat. – 22 Februari, 2015.

MENYUSUL LAGI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list