CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 0

[Tempatan] Pemilik Inspira Di Gesa Buat Pemeriksaan Takut Ada Problem-Proton

[Copy link]
Post time 24-2-2015 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Proton Inspira
[url=][/url]



PEMBUAT kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menggesa 5,280 pemilik kereta Inspira yang dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menghubungi pusat servis Proton untuk pemeriksaan percuma.

        Proton berkata, gesaan itu dibuat seiring dengan kempen pembaikan dan pemeriksaan percuma Mitsubishi Malaysia Motor yang melibatkan brek booster dan
        tali berjalur-V ke atas model-model tertentu Mitsubishi yang dipasang sepenuhnya
        (CBU).

        "Dipercayai unit 'Drive Belt Pulley' dalam kereta Proton Inspira yang dikeluarkan dalam tempoh itu mungkin sudah haus selepas jarak perbatuan tertentu serta keadaan pemanduan.

        "Ini akan menyebabkan kehausan pramatang dan kelusuhan kepada unit itu, yang mungkin akan menyebabkan kehabisan bateri dan kepanasan enjin serta membebankan sistem stereng kuasa," katanya.

        Penggantian tersebut adalah percuma termasuk kos buruh. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053575 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list