CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16023|Reply: 101

[Jenayah] Datin ditangkap khalwat dalam kereta bersam...

[Copy link]
Post time 24-2-2015 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 24-2-2015 08:12 AM

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 @ 7:47 AMDatin ditangkap khalwat dalam kereta bersama lelaki 'warak'
Oleh Haspaizi Mohd Zain


KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 08:06 AM | Show all posts
beratnya ujian suami dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:10 AM | Show all posts
Oooo sbb suami buat bidaah, maka isteri yg 'alim' ni pi buat skandal dgn laki org yg jugak 'alim'...
mcm kat forum la, kan main org len fitnah ke hulu ke hilir...diri sendiri menfitnah tak nmpk
ok dah paham konsep tu skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:13 AM | Show all posts
ayooo mcm gini pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Last2 perempuan jugak nampak buruk......tajuk pun menghentam perempuan..yang lelaki berzina tu hilangggg.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:17 AM | Show all posts



'sesetengah melayu' ni suka jual agama utk uang dan seks...






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 08:17 AM | Show all posts
isterinya dah minta cerai...2 thn tak sex dgn lakinya...lakinya buat budus tak bagi cerai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes berzina semua menghentam perempuan......lelaki dipuja2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2015 08:24 AM | Show all posts

ini akibatnya bila suami enggan ceraikan isterinya..anak2 sama tumpang malu atas perbuatan ibunya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:28 AM | Show all posts
sapa datin itew
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 24-2-2015 08:17 AM
Last2 perempuan jugak nampak buruk......tajuk pun menghentam perempuan..yang lelaki berzina tu hilan ...

Kan.... tiba2 watak utama jatuh kat ppuan tuh.... haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:33 AM | Show all posts
pening kepala aku baca cerita ni.....berselirat. dah x menyempat balik umah ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:41 AM | Show all posts
kalau dah pening.....macam2 laa perempuan nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:52 AM | Show all posts
hotel murah kat situ fully booked ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:52 AM | Show all posts
kenapa tak cite pasal suami org tu ya...klu suami org yg warak du' tu tak ambik kesempatan terhadap datin warak du' tu..rasenye tak kan jadi pkr cenggini..
Sy yakin..suami dia sangat mulia org nya...bersabar dengan ujian drNya..semoga datin warak du' tu mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 08:56 AM | Show all posts
baru kena tangkap "semalam" tapi dah berbagai2 cerita luar dan dalam  datin & suaminya  ni wartawan dah tau. tsk tsk tsk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 08:59 AM | Show all posts
oh ya. kata dah menyewa rumah lain untuk tujuan melempiaskan nafsu dgn boprennya. yang pegi beromen dlm kereta siang2 buta tu pasaipa? dah tak menahan sgt ke? lepas tu ... ditangkap atas aduan org ramai. org ramai nampak depa beromen dlm kereta tepi jalan lantas panggil JAIS .. dan JAIS sempat dtg tuk tangkap depa? pantasnya JAIS bertindak. atau .. lamanyaaaa depa beromeennnn.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:05 AM | Show all posts
entah entah kote datuk tu t ak power hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:08 AM | Show all posts
dah tak de tempat lain ke nak buat projek?
dah tau ramai yg skodeng lagi2 nak buat projek tepi jalan... tarak baca suratkabar ke ape ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 09:09 AM | Show all posts
Melayu obses dengan dua benda, agama dan seks. Kalau digabungkan agama dan seks memang hilang akal la dibuatnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.782532 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list