View: 1134|Reply: 1
|
Gobind tiada hak ugut Pas
[Copy link]
|
|
IPOH - Pas Perak menyifatkan DAP khusus Pengerusi Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo tiada hak untuk mengugut Pas keluar dari PR hanya disebabkan ketegasan parti itu untuk membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dun Kelanta pada 18 Mac depan.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kata dua yang ditujukan kepada Pas juga berasas memandangkan PR bukan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Jadi kita tidak terikat dan mana-mana pihak dalam PR sendiri sebenarnya tiada hak atau kuasa untuk menentukan masa depan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong itu yang menegaskan Pas bukan parti dalam gabungan PR sekiranya bertegas membentangkan Enakmen Hudud di sidang Dun Kelantan, bulan depan.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 1-3-2015 03:58 PM
Kalau tak setuju dengan PAS...
elok PKR dan DAP keluar Pakatan Rakyat....buat pakatan baru....abis citer...
jadi...tak perlulah nak ugut-ugut...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|