CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 0

Isuzu ELF jenama trak paling laris pada 2014

[Copy link]
Post time 24-2-2015 09:32 AM | Show all posts |Read mode
TRAK tugas ringan Isuzu ELF sekali lagi muncul sebagai jenama trak paling laris di Malaysia bagi tempoh lima tahun berturut-turut berdasarkan statistik Persatuan Automatif Malaysia (MAA).
       
        Berdasarkan statistik tersebut, trak tugas ringan Isuzu mengungguli carta jualan dengan 6,024 unit dan meningkat sebanyak 4.5 peratus  berbanding 5,788 unit tahu lalu.
       
        Ketua Pegawai Eksekutif, Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu Malaysia), Kimitoshi Kurokawa berkata, penambahan jualan unit trak disumbangkan daripada pelancaran model baharu ELF generasi keenam pada April lalu.
       
        “Kami mempunyai produk-produk yang mengagumkan dan itu memberi keupayaan kepada kami untuk terus menerajui pasaran selain khidmat jualan serta selepas jualan kepada pelanggan dan operasi yang kukuh.
       
        “Produk Isuzu sudah lama terkenal dari segi kebolehpercayaan dan kecekapannya dengan menawarkan produk menerusi satu rangkaian pengedar yang kukuh,” katanya melalui kenyataan media, baru-baru ini.
       
        Salah satu sumbangan utama kejayaan Isuzu Malaysia pada 2014 adalah melalui rangkaian trak tugas ringan, trak tugas sederhana, trak tugas berat dan prime mover yang mampu mencatatkan jualan sebanyak 300 unit.
       
        Menurut Kurokawa, angka itu mengukuhkan lagi kedudukan Isuzu selaku jenama trak No. 1 walaupun trak bersaiz lebih besar itu ditawarkan suku ketiga 2014.
       
        “Bagi tahun ini, kami meningkatkan nilai jenama Isuzu menerusi program penjagaan pelanggan yang lebih baik,” katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069760 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list