CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2204|Reply: 1

[Tempatan] Ringgit masih di bawah nilai sebenar - Zeti

[Copy link]
Post time 24-2-2015 01:16 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Ringgit kini masih berada di bawah nilai sebenar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, pihaknya menjangka ringgit akan mencerminkan asas sebenar ekonomi negara dalam jangka waktu akan datang, sebagaimana ditunjukkan oleh pertumbuhan ekonomi mantap sekitar lima peratus, tahap pengangguran rendah, dan lebihan dalam akaun pembayaran semasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan Syariah Maybank Islamic di sini hari ini.

Ringgit sudah susut ke paras terendah dalam tempoh enam tahun sejak 2009. Ringgit mencatat paras terbaik tahun lalu, RM3.1463 bagi setiap dolar AS pada 27 Ogos 2014.

  Hari ini ringgit disebut harga pada 3.6235/6265 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 3.6340/6370.
  Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.6641/6683 daripada 2.6664/6705 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.1076/1121 daripada 4.1213/1254 pada Isnin.
  Ringgit jatuh berbanding pound kepada 5.5972/6033 daripada 5.5844/5908 pada Isnin dan jatuh berbanding yen kepada 3.0470/0503 daripada 3.0456/0486 sebelumnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 12:44 PM | Show all posts
thanks for the info. teruk jatuhnya ya.. next time rm naik beli duit us banyak so that time nilai susut leh dpt banyak, if it could worked that way..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.553235 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list