CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30753|Reply: 158

[Tempatan] Pelacur Arab Berleluasa di Malaysia?

[Copy link]
Post time 24-2-2015 01:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis arab yang cantik menjual tubuh di Malaysia. Para pelanggan utamanya juga terdiri daripada orang arab juga.

Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan mampu menakutkan mereka tetapi di Malaysia mereka bebas melakukan aktiviti terkutuk itu.

Perniagaan maruah yang menguntungkan ini menyebabkan semakin ramai gadis-gadis cantik ini bekerja disini.

Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat.

Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana undang-undang yang ketat di negara sendiri.

Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud.

Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur, katanya.

Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini.

Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya.

Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh..lpasni pelacur tmpatan,cina,indon,vietnam susah cri mkn ma...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:04 PM | Show all posts
"....tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya."


kelainan mcm mana tu?  bukan cikki semua sama ker
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello dah bertahun ok??? Bukan sekarang je.....minah saleh pun byk melacur sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:06 PM | Show all posts
pelacur arab ini dahulu sebelum cafe2 tepi menara uda itu belum katup mereka dok berkuntum kat gloria jeans cafe,
sekarang akak rasa mereka banyak berkuntum kat restoran depan picolo hotel itu.
banyak pelacur2 gemuk jah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:10 PM | Show all posts
Modngengade replied at 24-2-2015 02:04 PM
"....tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelain ...

sama gak mcm kita makan daging kambing tempatan dan import....dah bertaun2 makan daging tempatan, sekali dpt rasa import perghhh lain rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 02:10 PM | Show all posts
Pelancong dan pelacur Arab amat dialu alukan ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
iran n magribi tu setahu aku bkn arab kn ? ke aku silap dgar kwn aku org oman ckp haritu. klau sudan, yemen syria tu ye la arab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 02:10 PM | Show all posts
pelacur arab kat mesia ni sebenarnya cerita lapuk okeh.. dia org ni pakai purdah pun boleh jual body.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 24-2-2015 02:01 PM
Pergh..lpasni pelacur tmpatan,cina,indon,vietnam susah cri mkn ma...

takziah aku ucapkan. lepas ni bolehlah mereka berpindah ke arab. supaya lelaki arab dpt mencari kelainan jua kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:11 PM | Show all posts
mohon para2 suami yg beragama islam..mengamalkan perkara, dan doa bagi kuatkan iman.
mudah mudahann............
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 24-2-2015 02:04 PM
"....tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelain ...

Ofkos la...kuku unta....kt sini kuku kobau grip longgar maaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:28 PM | Show all posts
oohhh apakah mereka semua cantik macam haifa wehbe???

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mkin sonok la lobai wannabe
feeling2 arob

ya ukhti
ya hanafi
ana ente cikcur
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:33 PM | Show all posts
kucing meow meowww

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:33 PM | Show all posts
taikpekatt replied at 24-2-2015 02:10 PM
iran n magribi tu setahu aku bkn arab kn ? ke aku silap dgar kwn aku org oman ckp haritu. klau sudan ...

kalau persian itu mmg la bukan arab.
namun maghribi akak ragu2.
by right mereka arab la kot.

kecuali mereka stok in denial tak nak kaitkan diri dgn kebodohan ummah arab sunni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 02:45 PM | Show all posts
Changa replied at 24-2-2015 02:33 PM
kalau persian itu mmg la bukan arab.
namun maghribi akak ragu2.
by right mereka arab la kot.

Tepat sekali kakak.. Iran ni Parsi.. Maghribi ni Afrika
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 02:46 PM | Show all posts
Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan mampu menakutkan mereka tetapi di Malaysia mereka bebas melakukan aktiviti terkutuk itu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku g aeon tmn maluri ada bapak ayam bawak pelacur belah2 russia kot beli barang makanan..Porno hbs pakaian... Malu je bdk2 tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 03:17 PM | Show all posts
slavehunter replied at 24-2-2015 02:05 PM
Hello dah bertahun ok??? Bukan sekarang je.....minah saleh pun byk melacur sini.....

adakah mereka mereka tu terdiri dari yang memakai jubah hitam bagai....

pernah tengok diaorg nih tukar pakaian kat airport...masa kat airport bukan main seksa nengok masa nak naik flight tup2 tukar pi pakai jubah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.463069 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list