Dalam kehidupan diatas muka bumi Allah SWT ini jangan jadikan hidup kita ini bertuhankan duit semata-mata.
Duit tidak mampu membuat kita bahagia, tetapi duit perlu ada untuk kita bahagia.
Duit tidak mampu membuat kita gembira, tetapi duit perlu ada untuk kita gembira.
Duit tidak mampu membuat kita hidup senang, tetapi duit perlu ada untuk kita hidup senang.
Duit tidak mampu buat kita sihat, tetapi duit perlu ada untuk kita sihat.
Semua pekara didunia ini memerlukan duit, kencing di tandas awam pun perlukan 50 sen.
Ramai yang tidak dapat puaskan hati untuk menikmati apa yang mereka inginkan didunia ini, kerana tiada duit. Contoh Belajar, kahwin, beli rumah sendiri, kereta sendiri.
Sehingga mati pun memerlukan duit.
Bila hidup kita bertuhankan duit, kita akan sentiasa sujud untuk mendapatkan duit tersebut walaupun ianya secara haram. Kita lupa rezeki dan nikmat duniawi ini adalah pemberian darinya.
Kita lupa bahawa hidup didunia ini bukan untuk mengejari duniawi. Tetapi harta/bekalan amalan yang perlu kita bawa di akhirat nanti.
Menurut kepercayaan orang cina pula, hidup ini perlu cari harta dan akan digunakan di akhirat kelak. Dimana dihari kematian mereka akan membakar (dalam bentuk kertas) sebab mereka percaya harta yang mereka bakar ini akan menemani mereka nanti di sana.
Adakah kita sebagai orang yang beragama islam ini ingat semua ini hanya duniawi?
Hanya 3 perkara sahaja yang mampu kita bawa selepas mati : -
Sedejah jariah - sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Contoh, mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid unutk kegunaan masyarakat islam setempat. Selagi masjid itu digunakan, selagi itu si mati akan mendapat keberkatan selepas kematian.
Ilmu yang bermanfaat - Ilmu yang diajar kepada orang lain kerana Allah SWT akan terus mengalirkan pahala baginya walaupun telah meninggal.
Doa anak yang soleh/solehah - Setiap amalan yang dilakukan si anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Maka didiklah anak dengan ilmu bukan dengan IPAD dan laman sosial.