Masjid Cyberjaya dibuka esokMasjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa. - foto: Facebook
[size=100%]KUALA LUMPUR, 26 Februari:Setelah sekian lama umat Islam di Cyberjaya menunggu-nunggu untuk sebuah masjid ikonik dibuka di kawasan ini, akhirnya pembinaan masjid tersebut telahpun disempurnakan.
Kini umat Islam yang tinggal di sekitar Cyberjaya tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya kerana esok (27 Februari 2015), Masjid Cyberjaya bakal mula beroperasi.
Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula sejak April 2013 dan ia terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.
Masjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa dan ia juga merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau. Masjid Cyberjaya merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau.
trp |