CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20022|Reply: 130

Mamat Khalid terkilan dengan Zizan Razak dan Emma Maembong

[Copy link]
Post time 27-2-2015 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Mamat Khalid terkilan dengan Zizan Razak dan Emma Maembong


[size=0.8em]PENGARAH Mamat Khalid (lima dari kanan) bersama pelakon filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh. - Foto NSTP


PETALING JAYA: Pengarah filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, Mamat Khalid tidak berhasrat mengadakan promosi jelajah filem ke-14 arahannya itu yang akan berada di pawagam pada 5 Mac ini kerana terkilan dengan dua bintang utamanya, Zizan Razak dan Emma Maembong yang tidak hadir pada sesi tayangan semalam.

Menurut Mamat, produksi terpaksa menganjak tarikh tayangan kepada semalam kerana mengikut jadual dua pelakon itu.
Namun tindakan itu ternyata sia-sia apabila batang hidung mereka langsung tidak kelihatan.

"Saya baru mengetahui mereka tidak dapat hadir beberapa jam sebelum tayangan. Saya tidak mahu mengguris hati pihak di sana kerana mereka memberikan komitmen yang baik sewaktu penggambaran dua tahun lalu. Bagaimanapun saya agak terkilan apabila mereka tidak hadir pada malam ini.
"Memandangkan mereka tidak hadir hari ini (semalam), saya tidak akan memanggil mereka lagi untuk promosi ataupun mengadakan jelajah promosi untuk filem ini.
"Fokus saya kini hanyalah untuk ke radio dan stesen televisyen saja dan biarlah filem ini berdiri dengan sendirinya.
"Kalau mereka berdua ada masalah peribadi dan enggan bersemuka pada tayangan malam ini, beritahu saja saya tidak kisah. Atau mungkin mereka malu dengan hasil filem ini pun, maklumkan juga kerana saya terima apa jua alasan.
"Tapi mereka senyap begitu saja, di mana sikap profesional mereka? Mungkin sebagai pengarah, saya tidak penting dan tidak berada langsung dalam kamus hidup mereka," katanya kecewa.
Selain Zizan Razak dan Emma Maembong, filem terbitan Ariabella Sdn Bhd itu turut dibintangi Usop Wilcha dan Saiful Apek.

Sebelum ini, Zizan pernah menimbulkan masalah apabila tidak hadir ke sesi rakaman suara (dubbing), akibatnya produksi terpaksa memasukkan suara individu lain bagi menggantikan Zizan.

Oleh itu kata Mamat, mereka yang menonton filem itu nanti akan mengesan slanga pertuturan Zizan yang berbeza.

"Sebenarnya sebagai pengarah, saya yang harus dipersalahkan kerana tidak menjaga konti. Tapi kekurangan itu terjadi kerana kita menghadapi masalah apabila Zizan tidak hadir pada sesi 'dubbing', jadi kami terpaksa menggunakan suara orang lain.
"Sebab itu mereka yang menonton filem ini pasti tertanya kenapa Zizan berbual dalam slanga berbeza-beza," katanya.
Mamat menyifatkan ketidakhadiran Zizan dan Emma ibarat sebuah majlis perkahwinan yang tiada mempelai tetapi majlis tetap juga perlu berlangsung kerana tetamu sudah diundang.

Ketiadaan mereka cukup menyedihkan dirinya dan Mamat sempat memberikan bayangan serik untuk bekerjasama dengan dua pelakon popular itu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 08:50 AM | Show all posts
Tak profesional betul emma n zizan ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:53 AM | Show all posts
bermula dah zaman kejatuhan zizang nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lg bang mamat. Kita pulaukn ajer depa nih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:54 AM | Show all posts
sebab tu kite kena salute neelofa ngan fazura....hati sakit macamane pun promosi drama tahajjud cinta depa pergi jugakkkkk....siap bergambar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:55 AM | Show all posts
Kenapala zizan ni.. bkn setakat tak dtg promote, dubbing dulu pun tak join?

Kesian abg Mamat. I like your filim abg Mamat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2015 08:57 AM | Show all posts
zizan bagai menggali kubur sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:58 AM | Show all posts
ditarik balik rezeki oleh Nya...baru tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Menjahanamkan karier sendiri
Dah kenape teruk sgt perangai korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:04 AM | Show all posts
zizang zizang apa nk jd dgn kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat tinggal zizangg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:14 AM | Show all posts
menuggu statement dari zizang dan emma
dua2 x datang serentak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:17 AM | Show all posts
gone case la....produksi dah bagi can pon korang wat hal lagi...bye bye ler
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:18 AM | Show all posts
peh.....bercinta2 gak..jgn sampai susahkan org lain..cian abg khalid........
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:18 AM | Show all posts
booo zizang pasan glemer
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:18 AM | Show all posts
Ler... attitude problem plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 09:26 AM | Show all posts
teruknya, at least kenalah bagi tau abg Mamat kalau tak dpt hadir. kalau senyap jah macam tu memang tak professional langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:28 AM | Show all posts
minta maaf sudah tidak berguna lagi
move on la ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah kaya.........lupa diri lerr tu....koje dgn pelakon yg bodoh tp glemer ini lah natijahnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:30 AM | Show all posts
Telalu byk job ka zizang tu sampai cannot commit...

kita org biasa ni keja mati2an pun lum tentu dpt kumpul reta cam retis...x pa laa..mungkin zizang nak keja kilang lps ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.559689 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list