Walaupun secara asasnya Air ECPI ini dihasilkan daripada (suber air) bekalan air paip dan kemudianya dirawat dengan Sistem RO, tetapi ia juga dirawat dengan menggunakan beberapa sistem rawatan lain seperti Ozon, Alkali, Ion, UV dan ditambah dengan Teknologi Gelombang Elektromagnet. Disebabkan kos tambahan yang tinggi akibat penggunaan pelbagai jenis rawatan, maka tidak hairanlah harganya juga menjadi agak mahal.
Bagi mereka yang telah merasai khasiat penggunaan Air ECPI ini, harga yang mahal tadi bukanlah satu halangan. Ini kerana Air ECPI mampu membuatkan diri anda lebih bertenaga, dapat menguatkan sel dan imunisasi serta dapat mengawal gula dalam darah. Oleh sebab itu, air ini sering digunakan didalam terapi bagi membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun harganya mahal, tetapi inilah kelebihan yang terdapat pada Air ECPI berbanding Air RO dan juga Air Mineral.