CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 8

[Tempatan] Budak tujuh tahun ketagih dadah

[Copy link]
Post time 1-3-2015 12:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-3-2015 12:20 AM



Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kiri) bersama Mohamad Hasan (tiga dari kanan) serta Alwi Ibrahim (tiga dari kiri) dan Suhaimi Abdullah (kanan) melakukan gimik perasmian dalam majlis sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, semalam. – MINGGUAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 28 Feb. - Masalah ketagihan dadah kini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak termasuk yang berusia tujuh tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, perkembangan tersebut membuktikan bahawa pengedar dadah mula meracuni generasi Z iaitu mereka yang lahir selepas tahun 2000.

Menurutnya, sebanyak 1.4 juta penduduk di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah termasuk 21,227 penagih yang berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun lalu.

“Jabatan Penjara juga memaklumkan kepada saya sebanyak 42 peratus daripada 49,200 banduan di seluruh negara terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan dadah termasuk mengedar, memproses dan menggunakan dadah.

“Pengedar dan tauke dadah juga dipercayai menjadikan kumpulan berusia 18 hingga 39 tahun sebagai sasaran mereka,” katanya selepas bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan melancarkan sam*butan Hari Antidadah Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim; Setiasuaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid juga menjelaskan, seramai 3,276 banduan telah disabitkan bersalah oleh mahkamah dan sedang menunggu hukuman mati atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Jelas beliau hukuman itu ba*gaimanapun tidak dapat dilaksanakan memandangkan ada ban*duan yang sedang menunggu proses pengampunan dan prosedur-pro*sedur mahkamah lain.

“Kebanyakan banduan ini adalah merupakan pengedar yang ada dalang di belakang dan mereka mampu melantik peguam-peguam yang mahal bayarannya untuk melepaskan diri,” katanya.

Untuk itu kata Ahmad Zahid, pihaknya menggariskan tiga strategi dalam menangani permasalahan dadah melibatkan kaedah perundangan, pembanterasan dan pemulihan.

Antara langkah diambil ialah penahanan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) bagi kes yang kekurangan bukti dan saksi, penubuhan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia dan program-program ke*sedaran di peringkat akar umbi.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jena....CsfQ0sCi.dpuf

_________

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 12:12 AM | Show all posts
7 tahun...ni terpengaruh dengan bapak/ahli keluarga yg menagih la ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:14 AM | Show all posts
kat kampung2 akak rasa lagi hauk masalah dadah ini, sampai balu kazen akak dah minta pencen awal nak pergi lepak KL dgn anak2 atau lepak2 kat pondok gitu jah.
rasa dah tak selamat tinggal kat kampung sebab rumah beliau dah banyak kali kena pecah masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasai mak bapak sama kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak skrg bz keje anak xterjaga kesian... Sia siasia je xjaga amanah Allah rugi woooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 02:24 PM | Show all posts
klu 7thn tu mest sbb tgk makpak dia menagih gak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 12:38 PM | Show all posts
7 tahun? biar betul lah tu.... ibu bapa yang menjadi penyebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 12:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 12:54 PM | Show all posts
Changa replied at 1-3-2015 12:14 AM
kat kampung2 akak rasa lagi hauk masalah dadah ini, sampai balu kazen akak dah minta pencen awal nak ...

balu kazen akak tu mcm akak juga kah?  jenis i stand with zionis laknatullah?  jikalau sebegitu, maka cash lah jua.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.089515 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list