CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 0

[Tempatan] Terengganu henti beri eBook pada pelajar, ganti sistem i-Class

[Copy link]
Post time 1-3-2015 12:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (eBook) kepada murid mulai tahun ini dan bakal digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan Internet lebih efisien

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata buat permulaan 17 sekolah rendah akan dilengkapi sistem berkenaan.

"Pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat dan kita jangka kesemua 400 sekolah rendah dan menengah akan dilengkapi i-Class dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

"Sistem ini akan dikendalikan syarikat Top IT Sdn Bhd yang telah mempunyai pengalaman luas dalam pelaksanaan eBook sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menutup majlis Pertandingan Mewarna Warisan Kita anjuran Muzium Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarahnya, Mohd Yusof Abdullah.

Ghazali berkata keputusan menggantikan eBook dibuat berdasarkan hasil kajian Institut Darul Iman (Idaman) sejak akhir tahun lalu.

Beliau berkata pelaksanaan sistem baharu itu mampu menjimatkan peruntukan kerajaan negeri sehingga RM10 juta setahun, berbanding agihan eBook.

"Tidak dinafikan, eBook telah banyak memberi impak positif terhadap penguasaan teknologi komunikasi dalam kalangan murid terutama di luar bandar. Namun seiring dengan perkembangan pantas perubahan teknologi, sudah tiba masanya kita menukar sistem baharu yang lebih berkesan dan dapat meningkatkan kemahiran teknologi murid," katanya.

Sistem eBook mengandungi komputer mini yang dilengkapi perisian sukatan pembelajaran Kementerian Pendidikan yang mula diperkenalkan di Terengganu sejak tahun 2009.

Ia turut mempunyai perisian 30 juzuk al-Quran melibatkan peruntukan antara RM18 juta hingga RM20 juta setahun. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062487 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list