View: 4067|Reply: 25
|
[Tempatan]
Pengambilan pil perancang, jamu punca kecelaruan jantina
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pengambilan pil makanan tambahan, pil perancang dan jamu oleh ibu mengandung atau menyusu boleh mengakibatkan kecelaruan jantina bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan.
Menurut pakar sakit puan, pil dan jamu yang yang mengandungi hormon estrogen dan testosteron berlebihan mengganggu pembentukan organ seksual bayi.
Akibatnya, bayi perempuan yang lahir atau membesar akan memiliki ciri kelelakian, manakala bayi lelaki akan mempunyai ciri perempuan.
Pembentukan organ seksual memerlukan hormon testostreron untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan.
Dr Amilia Afzan Mohd Jamil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ibu mengandung yang mengambil kedua-dua hormon itu dalam kadar yang berlebihan menyebabkan ada antara bayi mereka yang akan memiliki ciri fizikal (phenotype) yang bertentangan dengan ciri genetik (genotype) mereka.
"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan terutama untuk fungsi seksual yang bukan mengikut saranan perubatan mempunyai risiko yang tinggi terhadap pembentukan bayi kerana diragui mempunyai kandungan hormon yang berlebihan.
"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan yang diragui kandungannya sekiranya diambil dalam semester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) boleh mengganggu proses pembentukan janin dan dibimbangi menjadi salah satu punca berlaku kecelaruan jantina atau ketidaknormalan jantina bagi bayi.
"Makanan tambahan yang mengandungi kadar testosterone yang tinggi pula, sekiranya diambil waktu mengandung boleh mengakibatkan bayi perempuan memiliki ciri kelelakian, contohnya mempunyai klitoris (kelentit) yang besar dan panjang seperti penis (zakar)," katanya kepada BH.
Difahamkan ada kes tempatan, akibat kesan pengambilan makanan tambahan itu seorang bayi perempuan dibesarkan sebagai lelaki kerana saiz klitoris disangka penis sehinggalah gender sebenarnya terbongkar apabila dia mendapat haid ketika berusia 12 tahun.
Amilia Afzan menjelaskan, ada sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang dan jamu yang diambil selepas bersalin pula mengandungi hormon estrogen berlebihan boleh memberi kesan kepada bayi lelaki yang disusukan.
"Kesannya berlaku pembesaran payudara bayi lelaki, manakala pendarahan (seperti darah haid) dari vagina bayi perempuan.
"Kesannya hanya akan hilang apabila ubat itu diberhentikan, bagaimanapun dibimbangi gangguan hormon bayi menjejaskan ciri genetik ketika tumbesarannya," katanya.
Pakar genetik, Dr Roziana Ariffin, berkata ada juga kes walaupun jarang berlaku yang mana perempuan yang akan ada ciri lelaki seperti misai, otot dan suara garau akibat pengambilan seperti 'progestational agents' dan hormon androgen oleh ibu ketika semestar pertama mengandung.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uiiiii! yeke? takutnya nk mkn apa2 vitamin ni |
|
|
|
|
|
|
|
takan kerana pil perancang?, 4,5,6 ribu tahun dulu pun dah ada benda macam ni terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
tt dah tau sebab musabab dia jadi sutun...
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pemakanan orang dulu2 kot ada yang x seimbang
rupa2nya makanan ni sgt pengaruhi gender seseorang ek
|
|
|
|
|
|
|
|
Klo amik vitaminc pon xbole jgk ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
so teori yg kata fonen sebab d biasakan pakaian ppuan masa kecik..dan d bagi mainan anak patung tu..tak betul lah kan
...rupanya dlm womb lagi dah menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
khunsa = transgender?
bkn khunsa ni ade 2 anu. transgender plak org yg tukar anunya. ke macam mana? - insan keliru |
|
|
|
|
|
|
|
kelentit sebesar zakar??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ah, teringat watak angela basset dlm ahs:freak show, triple breasted woman with a big clitoris, that was mistakenly identified as a penis |
|
|
|
|
|
|
|
maybe jugakk..
patot budak sekarang banyak penyakit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni sume poyo... Alasan nk jd ponen |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah2 lagi I makan mana2 jamu hatta pi perancang...
Suntikan bagi kesan tak? Contoh suntikan vit....botox .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak promote hormon treatment letewwww cakap ja |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lupa nak bukak kamus la tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
pakar ni bercakap berdasarkan kajian ka atau sekadar kemungkinan?.....
kekadang cakap pakar pun kita kena read between the lines..... jangan terus telan.
lagi sadis bila pakar lain cakap pasal bidang lain tapi ummah percaya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 1-3-2015 12:49 AM
mungkin pemakanan orang dulu2 kot ada yang x seimbang
rupa2nya makanan ni sgt pengaruhi gender se ...
Dari awal mmg kena jagaSetuju. Mmg Klu dh tahu mengandung atau tahun tu rancang nak mengandung pandai2 la jaga makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-3-2015 12:14 PM
pakar ni bercakap berdasarkan kajian ka atau sekadar kemungkinan?.....
kekadang cakap pakar pun k ...
Tak elok mcm tu,rasa hormatdan ada org yg anggap mungkin doktor lebih tahu sbb dia Belajar dlm bidang perubatan dan mungkin ada kajian terkini , yg buat pakar ckp mcm tu. Tgk la zaman sekarang mkn fast food , sayuran yg ada byk bhn kimia terlekat lagi.makan jeruk dan etc.mmg akan pengaruh kandungan ibu |
|
|
|
|
|
|
|
Iya kan? Dari zaman dahulu sudah wujud khunsa bagai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|