View: 1278|Reply: 13
|
[Tempatan]
Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan
[Copy link]
|
|
TELUK INTAN: Kerajaan malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan yang dibina pada 1885 sebagai Warisan Kebangsaan.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2015 yang diadakan di Dataran Menara Condong di sini.
Muhyiddin berkata, sejarah menara itu yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan amat unik kerana ia pernah digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat iaitu sebagai tangki air ketika musim kemarau dan mempunyai kemudahan memadam api.
Katanya, kerajaan juga sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap menara berkenaan iaitu sebagai warisan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
"Jam yang digunakan pada menara ini adalah lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ia hasil derma penduduk tempatan pada masa itu," katanya.
Muhyiddin berkata, menara itu menjadi tarikan pelancong ke Teluk Intan sebagaimana Menara Pisa di Itali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang condong sangat menara tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Condong la sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat tok moh beraksi kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tok moh pernah beraksi kt situ lakerajaan trus umumkn jd warisan |
|
|
|
|
|
|
|
kt teluk intan pun ade satu batu peringatan. org cakap batu tu dulu2 kecik je tp makin lama makin besar. pastu ade urban legend kalau batu tu pecah, teluk intan akan tenggelam. wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ke sis, Spidey syak itu konspirasi orang-orang tua untuk menipu kanak-kanak sajalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaahai, ingatkan memang udah lama jadik heritage building. Elok lah.
Satu adja masalah kat msia ini, bangunan2 lama tidak dipelihara. Jika mahu diruntuh, anytime.
Baru dan moden yang deme suka. Hakikatnya, kilauan yang baru tidak dapat gantikan nilai sejarah yg lama.
Tamak jer puncanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaahai, ingatkan memang udah lama jadik heritage building. Elok lah.
Satu adja masalah kat msia ini, bangunan2 lama tidak dipelihara. Jika mahu diruntuh, anytime.
Baru dan moden yang deme suka. Hakikatnya, kilauan yang baru tidak dapat gantikan nilai sejarah yg lama.
Tamak jer puncanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah banjar dan mandailing mesti bangga |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di negara lain awal2 dah jadi warisan negara dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
takmo bagi tokmoh pingat datuk ke? besar bakti beliau, bg Malaysia terkenal seantero dunia gtuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|