CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6974|Reply: 96

[Tempatan] Kahwini bekas rakan sekolah lepas 44 tahun terpisah

[Copy link]
Post time 1-3-2015 12:23 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR 28 Feb. – Siapa sangka sahabat lama yang terpisah selepas meninggalkan alam persekolahan sejak 44 tahun lalu kembali disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis di sini hari ini.

Pasangan, Mohd. Sharif Wahab, 61, dan Che Teh Taha, 61, yang merupakan bapa dan ibu tunggal selamat melangsungkan perkahwinan kali kedua selepas bernikah di Masjid Tengku Kalsom, Jalan Langgar di sini pada 18 Februari lalu.

Mohd. Sharif yang berasal dari Kampung Kubur Panjang, Pendang berkata, dia mula mengenali isterinya sejak 1965 ketika mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang.
Advertisement

“Ketika itu, kakaknya merupakan salah seorang guru di sekolah tersebut, jadi saya selalu ke rumahnya di Kampung Bukit Lada yang terletak berhampiran kampung saya untuk belajar atau menyiapkan kerja sekolah.

“Persahabatan itu semakin kukuh selepas kami memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubur Panjang dan kebetulan, saya dan isteri duduk di kelas yang sama sejak dari tingkatan dua," katanya ketika ditemui di rumah pengantin perempuan di Lot 70, Kilometer 8, Jalan Langgar di sini.
Advertisement

Mohd. Sharif menjelaskan, bermula daripada perhubungan sahabat biasa, bertukar menjadi 'cinta monyet' sebelum berakhir selepas masing-masing menamatkan alam persekolahan pada 1972.

Setahun kemudian, katanya, dia mendapat pekerjaan sebagai penyelia di Felda Kampung New Zealand di Pahang manakala isterinya itu pula bekerja sebagai pembantu kerani di Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur.

“Sejak itu, kami terputus hubungan dan membawa haluan masing-masing. Saya kemudian telah bertemu jodoh dengan Norehan Mohd. Taib pada 1975 dan menetap di Kuantan serta dikurniakan enam anak.

“Daripada maklumat rakan-rakan, saya dimaklumkan isteri juga telah bertemu pasangannya dan menetap di Alor Setar serta dikurniakan lima anak,” ujarnya.

Menurutnya, mereka dengan bantuan rakan-rakan akhirnya bertemu buat kali pertama pada September tahun lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Ketika itu, isteri datang melawat arwah isteri saya yang agak kritikal akibat penyakit kencing manis sebelum dia meninggal dunia pada pertengahan Disember lalu.

“Sekitar Januari lalu, baharulah saya memberanikan diri untuk merisik isteri yang ketika itu merupakan seorang ibu tunggal selepas kematian suaminya pada 2013. Pada mulanya, saya agak bimbang ditolak, namun bersyukur kerana hasrat itu dimakbulkan sebelum kami bernikah pada 18 Februari lalu,” ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ada harapan bertemu kekasih lama jaman skolah rendah nanti umo 60an.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaa kalau dah jodoh kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan2 sekolah aku pompuan bnyk yg gemuk2..dlu kt skolah skit punya lawa.la dh kawen gemuk2 suma.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:37 AM | Show all posts
tudiaaa..laju pakcik..bini meninggal bulan 12 bulan 2 kawen baru dah..tahniah la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:37 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 1-3-2015 12:32 AM
kawan2 sekolah aku pompuan bnyk yg gemuk2..dlu kt skolah skit punya lawa.la dh kawen gemuk2 suma.:lo ...

maknanyer yang cantik2 dulu tak nak kawin dgn lu la...





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tuk nenek
Kalau dh jodoh kn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lavabutang replied at 1-3-2015 12:37 AM
maknanyer yang cantik2 dulu tak nak kawin dgn lu la...

wa x pilih yg cntik
wa.pilih yg biasa3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 12:41 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 1-3-2015 12:38 AM
wa x pilih yg cntik
wa.pilih yg biasa3..

normal la tu...takkan pipit nak terbang dgn enggang...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:42 AM | Show all posts

...wah mesti banyak yang dorang bualkan...nak catch up where they have left dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tade gambar ke ye? nk tgk la kalo blh nk gambar dulu dan skrg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 12:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
wah....tahniah dh jadi datuk n nenek bertemu jodoh semula..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:04 AM | Show all posts
amboi tak menyempat kan sis?
kubur isteri pun tak tumbuh rumput lagi dah bernikah lain malah masa isteri nazak pun dah standy cari bini lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:08 AM | Show all posts
Changa replied at 1-3-2015 01:04 AM
amboi tak menyempat kan sis?
kubur isteri pun tak tumbuh rumput lagi dah bernikah lain malah masa i ...

benda halal yang yg digalakkan....lu tak yah kecoh la..

cuma kaum kerabat iblis je tak suka orang buat benda halal..


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:15 AM | Show all posts
cinta pertama pakcik ni kut.. kalau dah jodoh huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 1-3-2015 12:59 AM

Sume classmate mase skolah ke??jadi reunion terus
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:22 AM | Show all posts
bini mati baru sebulan dah nikah lain, kuatnya cinta monyet
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa bini nazak pokcik dah standby, hebat, jgn la laki ai gitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:27 AM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 1-3-2015 01:22 AM
bini mati baru sebulan dah nikah lain, kuatnya cinta monyet

so...lepas berapa bulan bini meninggal baru sah kawin lain dalam islam..??





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.250531 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list