CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8219|Reply: 19

[Jenayah] Ustaz Dari Nuraka:Di Hukum Gantung Sampai Mati Bunuh Pelajar

[Copy link]
Post time 2-3-2015 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah: Ustaz dihukum gantung sampai mati bunuh pelajar
Hanif, yang juga warden asrama di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau,  Perlis dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada Mac 2012 selepas mengaku bersalah  menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada 2011.


[size=100%]
ALOR SETAR, 1 Mac:
Seorang guru agama dijatuhi hukuman gantung  sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah  membunuh seorang pelajarnya empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab  membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan  keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Hanif Mohd Ali,31, pada akhir  kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata tertuduh  didapati telah menyebabkan tekanan pada leher mangsa sehingga menyebabkan  oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak mangsa dan menyebabkan kecederaan  terhadap organ mangsa.

Sewaktu kejadian, hanya tertuduh berada  bersama-sama dengan mangsa yang pada masa kejadian hanya berumur tujuh  tahun.

“Perbuatan dilakukan itu boleh menyebabkan  kematian dan pihak pendakwa raya berjaya membuktikan perbuatan tertuduh mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati bagi sabitan  membunuh,” katanya.

Hanif, yang juga warden asrama di Sekolah Rendah  Agama Al-Furqan, Arau, Perlis dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada Mac 2012  selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee  pada 2011.

Mengikut pertuduhan asal, Hanif dituduh membunuh  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun pertuduhan itu dipinda kepada  Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian ketika mahkamah  memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan pada Mac 2012.

Namun pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati  dengan keputusan tersebut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk  mengembalikan pertuduhan asal terhadap tertuduh.


Terdahulu, peguam Mohd Shakir Khairi yang  mewakili Hanif memohon agar mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan  memandangkan anak guamnya merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti  kemasyarakatan dan pengajaran serta pembelajaran Al-Quran.

Katanya, tertuduh yang merupakan anak kedua  daripada empat beradik juga perlu menjaga ibu dan bapanya yang telah lanjut  usia.

Mengikut fakta kes, hasil bedah siasat  menunjukkan sebab kematian mangsa adalah kerana hipoksia berikutan tekanan pada  leher, selain terdapat pelbagai kesan kecederaan ditemukan pada badan  mangsa.

Tertuduh yang ketika itu berusia 27 tahun juga  telah memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan bertindak menampar serta  menolak dada mangsa.

Hanif yang memakai kemeja-T putih, berseluar  kelabu serta berkopiah dilihat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada  anggota keluarganya selepas hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Badius Zaman Ahmad.



trp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 07:23 AM | Show all posts
gila punya perangai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 07:48 AM | Show all posts
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.
ALOR SETAR – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online

Keratan akhbar berkaitan kes melibatkan warden asrama belasah murid tahun 1 sampai mati di sebuah sekolah persendirian di Arau, Perlis pada 2011.sumber:siakapkeli.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 07:49 AM | Show all posts
RECAP:

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini.

Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya dipetik KOSMO Online hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit.

“Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

“Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya,” katanya lagi.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin.

Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya.

Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.

tmi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:54 AM | Show all posts
ummah syumul title ostad mati dalam iman katanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih sgt.... tolong la masyarakat... kl dah pukul budak sampai mati lg ko ckp dia baik????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2015 07:56 AM | Show all posts
RECAPERITA INDIVIDU LAIN




Wednesday, April 13, 2011

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara.

Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut.

Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku.

Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.

GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.-
anaksungaiderhaka





Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:59 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 2-3-2015 05:48 AM
ALOR SETAR – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang ...

ni ke jntn tu...layak ke dipaggl ustad...
manusia yg plg baik adelah yg dapt menahan sabarnya

sakit hati aku baca...
sng2 je mntk maaf...
selayanknya dpt hukuman tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 08:07 AM | Show all posts
semalam Changa dah bukak

sambung jelah

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 08:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 08:09 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-3-2015 12:07 AM
semalam Changa dah bukak

sambung jelah

alamak ya ka
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:09 AM | Show all posts
Edited by Aliaskotonggo at 2-3-2015 08:10 AM

bodoh punya gamis yang cuba mengindahkan ustaz teroris tu. Setakat pegi melawat borak sikit2 dah tiba2 buat keputusan 'takdak oksigen' maknanya mati biasa!! bodoh betul geng2 ketayap ni. Dah bapak angkat si arwah pun cakap ustaz teroris minta maap sebab takd apat kawal perasaan bila seksa si mati, boleh pulak si Gamis kata mati sebab takdak oksigen mati biasa?!!! Inilah geng2 ketayap yang bila teroris mengganas dikatakan sedang berjihad...puiiiiiitttptuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:14 AM | Show all posts
Pukul dan cekik budak. Mungkin ini cara mendidik ala Pakistan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kedah darul teroris
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang ade pulak yg backing ostad cakap... ni org alim...setan dia lagi besor... tahap general yg hasut ostad ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:04 AM | Show all posts
Tajuk best. Kalau buat movie mst letup! Selayaknya cash.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 09:13 AM | Show all posts
itu masalah orang bujang. Cepat naik angin..elok bagi pakcik tua yg jaga asrama..lebih berperikemanusiaan..ada rasa kasih sayang...dah ada anak tau lah nak hargai anak orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:32 PM | Show all posts
media ni bole caya ke? deme ni suka benor exaggerate dan putar alam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:33 PM | Show all posts
Arwah dah mengaku kan ..... napelah didenda sebegitu ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih sedih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.099940 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list