CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 12

[Tempatan] Edisi Rhazzz:Demonstrasi SAY NO TO BANGLA Berjalan Lancar

[Copy link]
Post time 2-3-2015 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Demo protes pekerja Bangladesh berjalan aman
Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini mengumumkan rancangan membawa masuk  12,000 pekerja Bangladesh untuk bekerja di sektor perladangan di negeri ini.- Foto hiasan: khabarsoutheastasia.com


[size=100%]KUCHING, 2 Mac:
Demonstrasi dianjurkan serentak di empat  bahagian di negeri ini Sabtu lepas bagi memprotes kemasukan pekerja warga  Bangladesh ke Sarawak berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tidak  diingini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Dr Chai Khin  Chung.

Beliau berkata demonstrasi berkenaan mendapat  permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemantauan dibuat pihak polis  mendapati pihak penganjur mematuhi semua syarat ditetapkan.

Chai berkata demikian pada sidang media di  sini, hari ini.

Demonstrasi “Say No To Bangla” anjuran Gerakan  Anak Sarawak (GASAK) yang berlangsung pada 28 Februari lalu diadakan secara  serentak di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini  mengumumkan rancangan membawa masuk 12,000 pekerja Bangladesh untuk bekerja di  sektor perladangan di negeri ini.

GASAK berpendapat tindakan membawa masuk pekerja  warga Bangladesh akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dalam  sektor perladangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot  dilaporkan sebagai berkata sebelum ini bahawa kumpulan pertama seramai 5,000  pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Sarawak pada April tahun ini.

Richard berkata, tujuan utama pengambilan  pekerja asing itu adalah untuk menangani masalah kekurangan 30,000 pekerja di  ladang-ladang kelapa sawit di negeri ini.


trp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:14 PM | Show all posts
Bt demo bagaii.. M'sian klu kena tawar kerja buruh nak ke? tak standard katanya.. hah tu la pasal orang ambik buruh asing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:30 AM | Show all posts
Toppaz replied at 2-3-2015 05:14 PM
Bt demo bagaii.. M'sian klu kena tawar kerja buruh nak ke? tak standard katanya.. hah tu la pasal or ...

Semestinya orang Malaysia taknak sebab kita kan lagi 5 tahun nak jadi negara maju.
Kita ke arah automation. Kalau bawak jentera kutip buah sawit maybe ada yang nak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:33 AM | Show all posts
Aq ghase ramai jer anak2 kampung nak kerja ladang.. cuma paham2 la Bangla ni lambat laun bakal jadi.... malas nak cakap.. da ramai sgt.. da la Bangla2 ni sumer kurg ajar
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:39 AM | Show all posts
gasak korang lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak pulak penuh bangla lps ni... Bagus betul gomen tlg memeriahkan malaysia dgn expat2 dr bangla setelah penuh expat2 dr indon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 10:42 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 3-3-2015 10:33 AM
Aq ghase ramai jer anak2 kampung nak kerja ladang.. cuma paham2 la Bangla ni lambat laun bakal jadi. ...

i second your comment
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:44 AM | Show all posts
Nak tggu demo "say no to china doll". Atau apakah ini lainnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 10:49 AM | Show all posts
Toppaz replied at 2-3-2015 05:14 PM
Bt demo bagaii.. M'sian klu kena tawar kerja buruh nak ke? tak standard katanya.. hah tu la pasal or ...

you kena tahu sector buruh yang mana???
bangla yang dihantar ke sana untuk sector perladangan..which is banyak anak muda di sarawak yang bekerja di sektor perladangan(sawit) sekarang...

berapa je majikan bayar gaji mereka yang kerja perladangan ini???RM37-40 perday..which is menyamai dengan gaji yang mereka tawarkan pada mat bangla yang baru masuk kerja.. tu belum lagi yang kerja buruh under bernas tanam padi rm20-25/perday..

bangla masuk kerja tempat tinggal utiliti provide..habis yang anak tempatan kerja di ladang yang kena bayar rumah bil utiliti semua???
local kerja ladang permonth dapat rm700..yang bangla segala bagai rm1200..overtime priority bagi kat bangla!

how i know?my extant family kerja bahagian ladang sawit nun di sarawak sana..

hakikat yang perlu malaysian terima!bukan memilih..tapi di downgraded oleh bangsa sendiri..




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:51 AM | Show all posts
bagi tau je la..kalau malaysia tak ambik warga asing kerja KDN nak cekau duit kat mana???

calling visa bayar KDN per person dah berapa??

yearly PLKS,Fee processing semua cekau dari sini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:54 AM | Show all posts
ogata replied at 3-3-2015 02:49 AM
you kena tahu sector buruh yang mana???
bangla yang dihantar ke sana untuk sector perladangan..wh ...

Betul tu... Ramai kat Sarawak ni nak kerja ladang tau, tu hah toreh getah, kumpul buah sawit, mau je. Cuma masalahnya, gaji & utiliti yg diberikan je. Banyak kampung2 tempat perladangan tu bukan takde yg nak kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:02 AM | Show all posts
Inilah dasar kerajaan kapitalis,bukan mementingkan rakyat tapi kira nak untung shj walau negara tergadai
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:23 PM | Show all posts
Dayak marah ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.092711 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list