CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4924|Reply: 61

[Tempatan] 'Ibu terkejut, anak lelong barang butik’

[Copy link]
Post time 2-3-2015 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Ibu malang itu menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
[url=][/url][url=]
[/url]




        SEGAMAT - Seorang pengusaha butik perkahwinan di Jalan Salim, Kampung Abdullah, di sini, terpaksa berputih mata apabila kesemua barangan yang terdapat di kedainya itu dilelong oleh anaknya sendiri tanpa pengetahuannya.

        Mangsa yang ingin dikenali sebagai, Nurshila, 54, berkata, dia mengetahui barangan di kedainya dilelong melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar adik lelakinya, 17 Februari lalu.

“Sewaktu dia (adik) mengirimkan SMS tersebut, saya berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja dan saya tidak mengambil serius perkara tersebut pada awalnya kerana beranggapan dia hanya ingin bergurau dengan saya.

“Di dalam SMS tersebut, adik saya memberitahu anak ketiga saya telah membuat iklan lelongan barangan butik saya di laman sosial Facebook dan ternyata dakwaan itu betul kerana saya melihat sendiri ‘posting’ lelongan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

        Menurutnya, dia yang telah mengusahakan perniagaan Andaman selama 37 tahun berkata, butik tersebut juga telah ditutup untuk sementara waktu bermula April tahun lalu sehingga sekarang apabila mengalami sedikit masalah.

        Katanya, baru-baru ini sewaktu dia dan adiknya pergi ke butik tersebut, dia juga terkejut apabila melihat sendiri barang-barangan yang diletakkan di butiknya itu kebanyakannya sudah hampir dijual dan kunci utama butik tersebut juga telah ditukar oleh anaknya itu.

Hampir terduduk saya selepas melihat keadaan kedai yang hampir kosong, Bayangkan, gaun dan kot pengantin yang bernilai RM1,200 hanya dijual RM200 sahaja manakala almari kaca yang bernilai ribuan ringgit dijual pada harga ratusan ringgit sahaja.

“Dia (anak) tidak sepatutnya bertindak sebegini kerana barang-barang andaman tersebut adalah hak milik penuh saya seorang sahaja dan hanya bangunan kedai tersebut milik suami saya. Ada barangan milik butik lain turut dijual dalam lelongan tersebut,” katanya.

        Menurutnya, akibat tindakan anaknya itu, dia juga kerugian hampir RM500,000 dan kebanyakan pembeli yang membeli barangan lelongan tersebut juga tidak mengetahui bahawa barangan tersebut bukan milik anaknya itu.

        Katanya, baru-baru ini juga, anaknya itu turut menjual kereta Proton Satria miliknya kepada seorang penduduk di daerah ini pada harga RM6,000 sahaja dan hampir menjual sport rim dan tayar kereta Honda Civicnya kepada seorang lelaki.

“Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan selepas ini saya akan mengambi khidmat peguam bagi menyaman anak saya itu kerana bagi saya dia sudah melampau dan bertindak di luar batasan.

“Dia juga telah mengugut saya dan ahli keluarga yang lain supaya jangan datang lagi ke butik tersebut dan sekiranya kami datang kembali, dia akan membunuh saya. Saya meminta mereka yang telah terbeli barangan tersebut supaya pulangkan semula kepada saya,” katanya.

        Tambah malang, dia kini juga hilang sumber pendapatan dan tidak mampu membayar hutang-hutang perniagaannya yang mencecah puluhan ribu ringgit.-Sinar Harian[url=]


[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:26 PM | Show all posts
jahatnya anak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulangkan barang then duit nya????lgpon bukan salah pembeli.agak2 ada ke org nk pulangkannnnnnnn?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:30 PM | Show all posts
Dia (anak) tidak sepatutnya bertindak sebegini kerana barang-barang andaman tersebut adalah hak milik penuh saya seorang sahaja dan hanya bangunan kedai tersebut milik suami saya.


something tells me that ini mesti ade kes dengan hubby? Dah berpisah ke? and it looks like anak tu side his/her father...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:30 PM | Show all posts
nak dengar cerita anak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:33 PM | Show all posts
dasatnye
anak dia lelong murah pulak tu
padahal blh je earn byk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 05:34 PM | Show all posts
Dasar anak tak tau dek untung....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
agusta replied at 2-3-2015 05:29 PM
Pulangkan barang then duit nya????lgpon bukan salah pembeli.agak2 ada ke org nk pulangkannnnnnnn?

Mana ada part dia suh pulangkan balik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:35 PM | Show all posts
jahat nye anak itu
ade ceritakah di sebalik kejahatan itu??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 2-3-2015 05:35 PM
Mana ada part dia suh pulangkan balik?

Ade laa....
Cube bace betol betol.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:57 PM | Show all posts
Anak jenis apa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:57 PM | Show all posts
Edited by Lorra2411 at 2-3-2015 05:59 PM
agusta replied at 2-3-2015 05:29 PM
Pulangkan barang then duit nya????lgpon bukan salah pembeli.agak2 ada ke org nk pulangkannnnnnnn?

agak susah nak trace org yg taknak bagi balik barang tu. erm
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape Kemalangan lah nasib.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:00 PM | Show all posts
naina replied at 2-3-2015 05:35 PM
Mana ada part dia suh pulangkan balik?
“Dia juga telah mengugut saya dan ahli keluarga yang lain supaya jangan datang lagi ke butik tersebut dan sekiranya kami datang kembali, dia akan membunuh saya. Saya meminta mereka yang telah terbeli barangan tersebut supaya pulangkan semula kepada saya,” katanya.
ada kat atas nun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:02 PM | Show all posts
syaiton punya anak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:04 PM | Show all posts
lelong barang sebab nak bayar hutang p1wimax la ni....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 2-3-2015 06:00 PM
ada kat atas nun.

Dh baca 2x kali xperasan jgk
baca laju2 skip2 kot
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya.. ape la
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni dah bercerai ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 06:12 PM | Show all posts
kalau mak nya marah.. nanti kena jual..  haaaa ambekk.. ambekk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.171469 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list