CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4920|Reply: 51

[Dunia] Mayat terbiar 5 tahun dalam kereta

[Copy link]
Post time 3-3-2015 08:00 AM | Show all posts |Read mode

Pontiac (Amerika Syarikat): Mayat seorang wanita dijumpai mereput di dalam kereta di rumahnya selama lima tahun dan kematiannya hanya disedari selepas rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.

Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.

Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.

Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.

Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.

Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan hanya dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.

Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.

Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.

Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.

Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.

Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.

“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.

Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
X berbau ke jiran2 keliling??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran jenis x amik port.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:16 AM | Show all posts
adoilah.....5 tahun tu...lame giler....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:20 AM | Show all posts
x kan la famili x amek tau lsg psl dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:28 AM | Show all posts
famili pn xkn la x tergerak hati nk tanye khabar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Fmly dia tak kisah dia yk blk raya xmas ke, tak pun call ke, tk kn tk syak smtg
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:07 AM | Show all posts
mcm tipu je. bangkai mesti la berbau..
family kwn2 pun mesti ada dtg melawat gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 10:17 AM | Show all posts
famili,ofis xcari? peliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:17 AM | Show all posts
Feedoss replied at 3-3-2015 10:07 AM
mcm tipu je. bangkai mesti la berbau..
family kwn2 pun mesti ada dtg melawat gak.

kat garaj tertutup..kt sana iklim sejuk memungkinkan segala jenis bauan agak terhad utk dihidu tetangga.

aiseh..bahse
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:27 AM | Show all posts
kesiannya lama betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:34 AM | Show all posts
Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.


Menyendiri tahap extreme ka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kejiranan yg x busy body ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:45 AM | Show all posts
kesiannya. after 5 years baru org jumpa.

tp itula. takkan la family or friends tak rasa pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:48 AM | Show all posts
kesian..5 thn jangka masa yg agak lama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 11:05 AM | Show all posts
Time salji kejadian tuh. Kawasan tertutup, terlindung sket garaj tu. Kemungkinan bau tak masuk kat kediaman jiran kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa sgt mat saleh klu family pon xberjumpa bertahun2
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:24 AM | Show all posts
ni mesti jenis mak bapak pon da mati atau da kawen lain...
die x penah jumpa family..
xde kawan2....
pstu kwsan perumahan elite..jiran x amik port...
mati cmtu jee..
xde hantu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:37 AM | Show all posts
tak ada bau ke? 5 tahaun lama betul tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.107628 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list