CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3156|Reply: 23

[Tempatan] Terengganu, negeri TERBAIK STPM 2014

[Copy link]
Post time 3-3-2015 07:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU 2 Mac – Terengganu terus unggul dalam bidang akademik dengan pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan hadapan dalam pe­periksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Ia turut mencipta sejarah tersendiri apabila tiga daripada 53 sekolah yang menawarkan pendidikan tingkatan enam memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas sekali gus menempatkan diri dalam kalangan sekolah paling cemerlang di negara ini.

Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin di sini yang memperoleh PNGK 3.21 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Besut (PNGK 3.12) yang masing-masing terpilih untuk menerima anugerah sekolah terbaik STPM peringkat kebangsaan.
Advertisement

Pengarah Pendidikan negeri, Zakaria Hussin memberitahu, sebuah lagi sekolah yang mencatatkan PNGK melebihi 3.0 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang iaitu sebanyak 3.10.

Turut mencatatkan keputusan membanggakan ialah 19 sekolah lagi yang memperoleh PNGK melebihi 2.80 termasuklah SMK Renek, Besut; SMK Padang Midin dan SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu; SMK Kuala Telemong, Hulu Terengganu; SMK Paka, Dungun; SMK Kuala Besut serta beberapa sekolah lain.
Advertisement

“Secara keseluruhannya, 45 daripada 53 sekolah itu mencatatkan peningkatan memberangsangkan manakala selebihnya menunjukkan sedikit penurunan sekali gus meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik daripada segi pencapaian STPM selepas memperoleh PNGK 2.74 berbanding PNGK kebangsaan iaitu 2.62.

“Pencapaian itu juga mengatasi PNGK tahun sebelumnya 2.58 iaitu peningkatan yang sangat signifikan, iaitu sebanyak 0.16 mata atau 6.20 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pencapaian peringkat negeri, di SMA Sultan Zainal Abidin di sini hari ini dalam majlis meraikan para pelajar cemerlang peperiksaan itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam majlis itu, seramai 12 calon yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil serta dua calon yang mendapat semua A- menerima sijil penghargaan beserta beg dan komputer riba.

Penerimanya termasuklah Aisyah Nadhirah Juhari, Nurul Najiha Ramlee, Hui Min Siew, Ng Hui Teng, Khor Boon Soon, Shazleen Shahhira Yaaccob, Siti Nur Amirah Ghazali, Noor Fariena Natyasha Husin, Tengku Norfazlia Tengku Saharudin, Syahrul Shafiq Omar di samping Wan Ee Va, Mariam Jamilah Abdullah, Norfazirah besah dan Nurul Izzati Che Juhari.

Empat daripada calon yang memperoleh keputusan cemerlang semua A itu dari SMK Tengku Bariah, dua dari SMK Padang Midin serta masing-masing satu calon dari SMK Kuala Besut, SMK Nasiruddin Shah, SMK Sultan Omar, SMK Badrul Alam Shah, SMK Sultan Sulaiman dan SMK Pengkalan Berangan manakala dua calon yang memperoleh keputusan semua A- itu masing-masing dari SMK Renek dan SMK Chalok, Setiu.

Sementara itu, Ahmad Razif yang berpuas hati dengan pencapaian itu turut mengumumkan keputusan kerajaan negeri menyediakan ganjaran khas kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang yang disalurkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah tersebut.

“Kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM20,000 kepada SMA Atas Sultan Zainal Abidin atas kecemerlangan sekolah itu manakala dua lagi sekolah iaitu SMK Putra dan SMKA Durian Guling pula masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM10,000,” katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 2,014 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang terdiri daripada 1,982 calon sekolah kerajaan, 25 calon sekolah swasta dan lima calon persendirian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Upsr pon tengganu plg bagus..rahsianya adalah makang nasik dagang, org kat KL siap beli vitamin mahal omega 3 la, fish oil  la tp kat trengganu tiap2 hari dieorg mkn omega3 dr ikan tongkol, nasi lemak lauk ikan tongkol, nasi dagang, nasi berlauk, pulut kelapa n ikan kering, kerabu ikan, satar otak2, ikan goreng tepung,kerepok lekor etc.. Semunye penuh collagen laut,mineral protein segale
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 07:57 PM | Show all posts
terengganu ni ada banyak masalah sex kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu berduyun jd penganggur
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:34 PM | Show all posts
tanah subur nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:35 PM | Show all posts
Tak banyak kaum bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 09:38 PM | Show all posts
Tahniah....Negeri Melayu Terengganu

Dalam sukan pon cemerlang, dalam pelajaran pun cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun terengganu byk isu bnde roboh tp sistem pndidikan nye adalah antara terbaik di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 09:45 PM | Show all posts
kentutmanis replied at 3-3-2015 07:56 PM
Upsr pon tengganu plg bagus..rahsianya adalah makang nasik dagang, org kat KL siap beli vitamin maha ...

Cakap jelah soalan dah bocor, UPSR kena ulang semula mana kedudukan terengganu untuk UPSR?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu kat ganu bersungguh mengajor kot tgklah kes yg lemas banjir tu
sggup blk semula umah nk tanda kertas spm..
iols ade kenalan,ank dia mild autisme calon upsr thn lepas dpt 5A ok,
kalo budak yg berbeza keupayaan blh cemerlang pastilah selain drpd usaha budak tu sendiri adalah krn kesungguhan guru yg mengajar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:17 PM | Show all posts
Mr.Virus replied at 3-3-2015 09:45 PM
Walaupun terengganu byk isu bnde roboh tp sistem pndidikan nye adalah antara terbaik di malaysia :lo ...

sukan pun agak kuat jugak la sek sek ganu ini.
walaupun perangai sekor2 agak hauk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 3-3-2015 10:17 PM
sukan pun agak kuat jugak la sek sek ganu ini.
walaupun perangai sekor2 agak hauk kan?

Mungkin rahsinya terletak dlm nasi dagang & keropok lekor
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:47 PM | Show all posts
aku baru tau pembuat soalan upsr, pmr & spm bnyk dari pantai timur.  so, gabungan faktor yg mencemerlangkan tganu ( kata kwn aku yg keje cikgu la ) ;

1. soalan bocor / murid dh bnyk kali buat soalan yg hampir sama dgn soalan exam sebenar
2. peratusan cina & india paling rendah di malaysia (cina & india kurang, kurang la yg fail BM, tinggi la peratus lulus ; sbb fail BM bermakna fail exam)
3. pengarah jpn terengganu yg push cikgu utk fokus akademik berbanding pengurusan

tp tganu still kena baiki satu kelemahan, english

english tetap negeri2 pantai barat yg pegang kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kentutmanis replied at 3-3-2015 07:56 PM
Upsr pon tengganu plg bagus..rahsianya adalah makang nasik dagang, org kat KL siap beli vitamin maha ...

kajian dari barat bukti makan budu boleh meransang minda menjadi lebih aktif , cegah barah etc. Plus kerajaan ganu ada strategi utk sekolah fokus up kan prestasi upsr, pmr(dulu) dan spm....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 3-3-2015 10:47 PM
aku baru tau pembuat soalan upsr, pmr & spm bnyk dari pantai timur.  so, gabungan faktor yg mencemer ...

ko ni org johor ke???
macam baka bakashi je
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah akak ucapkan.semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan hingga ke masa hadapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 08:27 PM | Show all posts
peYno replied at 4-3-2015 07:22 AM
ko ni org johor ke???
macam baka bakashi je

yup. johor. tp bakashi tu apebende?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 4-3-2015 08:27 PM
yup. johor. tp bakashi tu apebende?

patutla... org johor biasa english lemah... subject pon lemah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:21 PM | Show all posts
peYno replied at 4-3-2015 08:53 PM
patutla... org johor biasa english lemah... subject pon lemah

bakashi tu english ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 4-3-2015 09:21 PM
bakashi tu english ke ?

selalu dgr negeri terbaik tganu, melaka, NS, KL, selangor penang

tak pernah dgr negeri johor

sebab tak pandai tu yg baru kenal bola
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068717 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list