CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2634|Reply: 0

Peluang terakhir Zulfahmi bukti prestasi

[Copy link]
Post time 4-3-2015 09:02 AM | Show all posts |Read mode


MUSIM perlumbaan 2015 adalah peluang terakhir pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin untuk membuktikan prestasi terbaik beliau pada saingan motosikal Grand Prix (GP) Dunia.
       
        Peringatan itu diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali yang mempunyai aspirasi tinggi terhadap pelumba negara itu serta pasukan baharu Drive M7 SIC Racing Team.
       
        “Kita dah duduk (bincang) dengan dia (Zulfahmi), kita buat pasukan ini untuk Fahmi (Zulfahmi) dan sukan permotoran Malaysia. Ini peluang terakhir Fahmi,” katanya.
       
        Sekiranya prestasi Zulfahmi cemerlang kali ini beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak meneruskan pelaburan bagi meletakkan pelumba itu dalam kelas yang lebih tinggi.
       
        Katanya, banyak bakat baharu pelumba muda mempamerkan prestasi memberangsangkan khususnya dalam Asian Talent Cup yang dilihat mempunyai prospek tinggi mengisi tempat disifatkan ‘kerusi panas’ itu.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.055098 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list