CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5425|Reply: 32

[Tempatan] SPM 2014: Saser muncul terbaik

[Copy link]
Post time 4-3-2015 09:06 AM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN –  Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser) di Sikamat, di sini, dipilih sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan semalam.
       
        Daripada 270 calon sekolah itu, seramai 128 pelajar berjaya memperolehi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
       
        Pengetuanya, Sabudin Sani berkata, ia merupakan kali ketiga sekolah itu dipilih sebagai sekolah terbaik dalam keputusan SPM.
       
        Menurutnya, tiada rahsia kejayaan diamalkan sekolah berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban, melainkan gabungan kerjasama guru dan ibu bapa.
       
        “Sekolah ini tiada rahsia. Tapi program yang kita aturkan bersifat berterusan daripada awal tahun lagi di mana dalam takwim sekolah, pada minggu pertama sahaja selepas kemasukan pelajar sudah diadakan bengkel mata pelajaran.
       
        “Selain itu aktiviti kerohanian di surau juga diberi perhatian selain menyediakan persekitaran yang selesa kepada pelajar. Bagi saya gabungan inilah yang boleh dijadikan rekod kejayaan kami,” katanya yang sudah berkhidmat sebagai pengetua di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.
       
        Sementara itu pelajar cemerlang sekolah berkenaan yang memperolehi 10 A+, Thoriqziad Absha Abdul Rahman berkata, tiada yang paling membanggakannya apabila berjaya memberi pencapaian terbaik kepada sekolahnya, sekali gus menggembirakan guru yang mendidiknya selama ini.
       
        “Bagi saya kita sendiri kena usaha cari sumber ilmu lain yang dapat membantu dan bukan sekadar menunggu daripada guru sahaja, " katanya.
       
        Bagi ibunya, Sharifah Hanisah Tuan Syed Dabal, 46, dia turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak keduanya itu yang juga menjadi harapan keluarga.
       
        “Tak banyak yang saya bantu dia. Bagi saya Thoriqziad mencapai keputusan cemerlang atas usahanya sendiri kerana dia memang seorang anak yang baik dan rajin,” katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:10 AM | Show all posts
sekolah ni semua laki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:11 AM | Show all posts
aku tengok sistem pendidikan sekolah malaysia ni..makin pandai budak tu makin intensif khusus utk pelajar cerdik/cemerlang..yg kebelakang dlm kelas makin kebelakang la tempatnya.

pandangan aku je..jgnla menhencap hamba yg kerdil ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:17 AM | Show all posts
wahh.. congratsss!!! beshnye dpt sek terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:19 AM | Show all posts
rospinki replied at 4-3-2015 09:11 AM
aku tengok sistem pendidikan sekolah malaysia ni..makin pandai budak tu makin intensif khusus utk pe ...

Bitter truth but that's the fact. Tak hencap ok, agreed with you.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:20 AM | Show all posts
SASER pelajar  terbaik 10A+
thread adik daniel sekolah cina tu 11A sekolah harian je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 09:20 AM | Show all posts
blackred99 replied at 4-3-2015 09:10 AM
sekolah ni semua laki ke?

akan lahirkah golongan cerdik pandai lgbtq seperti mckk?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:23 AM | Show all posts
blackred99 replied at 4-3-2015 09:10 AM
sekolah ni semua laki ke?

yup. cuma Form 4 & 5. dibina atas kampus lama SDAR.

among angkata dorang memang tau reputasi SASER ni cuma orang luar tak berapa aware...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:25 AM | Show all posts
Edited by Tok_Batin at 4-3-2015 09:28 AM

Rasanya tak ada yang nak dibanggakan sdangat oleh SBP atau MRSM kalau dapat pencapaian tinggi. Sebab pelajarnya diangkut dan dipilih dari seluruh pelusuk Malaysia yang dapat prestasi tinggi. Lagipun sekolahnya lengkap

Tak hairan.

Yang membanggakan bagi sy ialah sekolah biasa /sekolah harian/ sekolah kampung yang dapat pencapaian tinggi. Sebab sekolah tak  lengkap kemudahan dan pelajarnya berbagai ragam
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:27 AM | Show all posts
jeeja07 replied at 4-3-2015 09:19 AM
Bitter truth but that's the fact. Tak hencap ok, agreed with you.

kan..luckily.

i tau sbab dua anak i kena mcmni..sekolah dh letak dia dlm top 10 student, pulun dgn program/ujian mcm2..dan dia ckp yg ketinggalan cigu ajar biasa2 je..ada yg upsr 5A dulu..psal byk bermain prestasi menurun lama2 makin kebelakang kelas budak tu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:28 AM | Show all posts
Tok_Batin replied at 4-3-2015 09:25 AM
Rasanya tak ada yang nak dibanggakan sdangat oleh SBP atau MRSM kalau dapat pencapaian tinggi. Sebab ...

betul sgt tu TOk Batin...saya setuju 200%

SBP lengkap segala, tak rajin belajar tak tau la nak ckp lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:33 AM | Show all posts
kentel replied at 4-3-2015 09:20 AM
akan lahirkah golongan cerdik pandai lgbtq seperti mckk?

dikk, LGBT terhasil bukan kerana MCKK tak MCKK....

it occurs randomly among population sejak azali.....


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:37 AM | Show all posts
rospinki replied at 4-3-2015 09:27 AM
kan..luckily.

i tau sbab dua anak i kena mcmni..sekolah dh letak dia dlm top 10 student, pulun  ...

Pernah jadi to me, tukar sekolah anak. Former school, 1st class. New school letak 2nd last class. Mcm2 problem. Homework tak ada. Bila I pergi tgk classroom during school hour, cikgu di depan tak mengajar pun. Murid2 buat hal masing2. I bising all the time sampai cikgu maths so happened class teacher utk 1st class, noticed my daughter. Apa they all buat, tumpangkan dia masuk 1st class the whole year tu. Baru bersaing. Actually cerita ni I pernah share way back in 2013. Teruk kena hencap dgn vokuro. Hahaha.. lucky mod RedDevil backed me up..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
blackred99 replied at 4-3-2015 09:10 AM
sekolah ni semua laki ke?

Semua laki.adik aku sekolah sana.time adik aku spm(2004) pun sekolah ni terbaik.dia dpt 9A1. Kl dia sekolah dkt tempat aku belajar dia boleh jadi student terbaik tp result mcm dia berpuluh student sama cam dia dkt saser tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:56 AM | Show all posts
Tok_Batin replied at 4-3-2015 09:25 AM
Rasanya tak ada yang nak dibanggakan sdangat oleh SBP atau MRSM kalau dapat pencapaian tinggi. Sebab ...

betul tu!
Btw,sekarang ni ada lagi ke kes paper bocor?dulu kan banyak dgr,even member aku dr mrsm pun mengaku benda tu,takla bocor,tapi soalan bentuk sama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:58 AM | Show all posts
Jangan pandai menghafal jer .. harap ada keyakinan tinggi dsbnya bila masuk dunia kerjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 09:59 AM | Show all posts
jeeja07 replied at 4-3-2015 09:37 AM
Pernah jadi to me, tukar sekolah anak. Former school, 1st class. New school letak 2nd last class.  ...

pindah sekoalh kena masuk kelas mana2 yg kelas yg sekolah suka je, kesian anak u. sebab sekolah lebih pentingkan prestasi dalam certain number % of student yg diorg dah allocated. kalau masuk student baru diorg simply letak je mana2..yg diorg pentingkan 1st clas tu je.
lagi sorg anak tknak kelas atas sgt..biasa2 je, dia saja tknak sungguh2 takut kawan baik dia tk dapat ikut dia naik kelas, dia cerita, even klas dia yg 3rd to the top tu pon cigu inglish dia buat main2..bercerita mcm2, i agak cigu lelaki tu gayah sikit..uols2 kat diorg..belum lagi cigu2 yg asik cuti..ilang kertas..buku tk bagi bailk..cigu collect duit..tiba2 ckp duit tak ckup mintak lagi. tapi kt kelas anak yg sorg lagi cigu tk berani main2.

maaf pjgn lak luahan mak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah akak ucapkan.moga kecemerlangan ini dikekalkan untuk tahun akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:21 AM | Show all posts
Sekolah Dato Isa Samad mengajar dulu.....harap2 jgn ada yg jadi MB seperti beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:35 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-3-2015 09:33 AM
dikk, LGBT terhasil bukan kerana MCKK tak MCKK....

it occurs randomly among population sejak az ...

takde sense of humor betul lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.576528 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list