CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: feuersturm

Gangguan Belaan Yang Berterusan!

[Copy link]
 Author| Post time 29-6-2015 09:02 AM | Show all posts
@nenek_lampir : sampai bila tuh, wallahualam. michael schumacher yg duit berkoyan2 boleh pakai doctor terbaik dunia pon masih vegetative state. takyah percaya la news ckp dia improving, kalau betul dah lama tunjuk gambar or video terkini dia. kami sekeluarga harap yang terbaik je lah untuk dia, redha dgn ketentuan Illahi.

@Epik : kalau tak silap debumelukut.blogspot.com, tapi jgn bgtau pulak saya dok bukak cite2 hantu kat sini haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 10:54 AM | Show all posts
feuersturm replied at 29-6-2015 09:02 AM
@nenek_lampir : sampai bila tuh, wallahualam. michael schumacher yg duit berkoyan2 boleh pakai docto ...

oh.. okeh okeh.. harap adik TT cepat sembuh dan dipermudahkan ye. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 11:47 AM | Show all posts
tq bro feuersturm..saya ibu dah xde..teringin nak baca coretan seorg ibu..semoga bro sekeluarga dilindungi rahmat Allah..amin
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:23 PM | Show all posts
best gak follow citer2 kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:37 PM | Show all posts
sedak ceghito demo bro.
bule2 poso ni brehi pulop baca ceghito2 misitk ni.

teruskan lg bro.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 12:19 PM | Show all posts
baru2 nih lepak dgn sorang kawan lama, minum teh malam2. dia nih jenis berkawan dgn macam2 jenis orang, ustaz pon dia kawan, gangster india pon dia kawan. bagi dia, buang yang keruh ambil yang jernih. macam2 lah pulak cerita bleh dgr daripada dia nih, hasil pergaulan dengan macam2 orang.

minggu lepas dia jumpa sorang gym buddy dia. budak melayu, tp tak tentu arah sikit lah. borak2 dekat gym lepas settle workout sambil hisap rokok (diorang pegi malam2 masa bulan pose nih), masuk lah cite psl hantu2 nih. lepas dah beberapa cite dh keluar, nak pulak ada sorang dua lagi kaki pon dh join borak skali dekat atas moto depan gym tuh, kawan dia nih bukak cerita. bagi dia nama Sham lah.

Sham nih mmg tak tentu arah, solat puasa memang jarang sekali dia buat. minum pon kuat, layan weed pon kuat, main nombor pon kuat. sepanjang bertahun2 dia main ekor, tak pernah menang besar. setakat dapat saguhati kecik2 tuh ade lah kan. geram jugak dia rasa bila baca paper ada pulak orang menang juta2 mcm tuh je.

Sham nih pnah dengar psl orang gi mintak nombor dengan hantu, alah tgk astro pon ada tunjuk cite Ngangkung tuh. dia nih pulak jenis tak berapa percaya benda mistik tahyul, tp sebab keinginan nak menang duit juta2 nih membuak2 so dia start la tanya2 geng2 nombor dia psl ngangkung nih. biasalah zaman modern, sorang pon geng dia tak pnah dengar ada orang buat. kalau ada pon jenis yang cerita berlapis2 dah ("kawan aku punya abang punya jiran punya sepupu penah buat..."). memang Sham x percaya la kalau cerita dah mcm tuh sekali lapis dia.

satu hari tuh, sorang geng nombor Sham nih call. kita namakan dia Joe. dia kata semenjak Sham tanya dia psl ngangkung arituh, dia skali naik minat so dia pulak usaha tanya2 orang. hasil 'siasatan' dia, dapat tahu ada sorang bomoh dekat Klang pandai buat. Joe tanya Sham nak join tak, cuba nasib tengok macam mana power ke tak bomoh nih. mesti la Sham melompat nak, memang dah lama dia cari pon. Joe ajak jumpa dekat rumah dia pada malam esoknya. Sham malam tuh dah macam2 plan nak buat apa dengan duit yang bakal dia menang, walaupon kadangkala rasa musykil tuh ada gak. tapi tak cuba tak tahu kan?

esoknya Sham pegi rumah Joe naik motor. Sham dok Cheras, Joe dok Padang Jawa. nampak tak gigihnya Sham naik motor pegi sana? sampai je rumah Joe, nampak ada 2 orang lagi kawan Joe dh sampai dulu. rupanya Joe dah cari geng. 4 orang, ngam satu kereta gerak. Naik kereta kawan Joe, Wira aeroback bikin dan terus menghala ke Klang pada malam tuh.

lepas sesat dua tiga kali sebab takde alamat, hanya ada direction je, sampai la dekat rumah bomoh tuh. nih tahun 2015, bomoh pon dah duduk rumah teres mcm orang lain. bukan lagi dok rumah kayu nak roboh tepi2 hutan dah. diorang tekan loceng kat pagar, ada la sorang pakcik dalam umur 50an bukak pintu dan tanya cari siapa. Joe terus terang je, tgh cari Wak Yus nak dapatkan nombor. Wak Yus angguk je kepala, dan suruh masuk sbb pagar tak berkunci pon.

dalam rumah Wak Yus, diorang borak2 kosong dulu sambil minum teh o panas. lepas dah lama borak mcm tuh, Sham pon dah panas punggung. terus je dia tanya, mcm mana nak cari nombor nih. Wak Yus senyum.

"pertama sekali, kena ada barang lama. barang berisi. kena mintak dengan tuan dia, tak boleh curi. lepas dah dapat, bawak datang sini, Wak kena persiapkan dulu barang tuh. lepas tuh datang balik pada hari yang Wak tetapkan untuk pegi dapatkan nombor"

lepas balik tuh, kalut la diorang empat cari 'barang berisi' tuh. pantang ada dengar orang ada keris lama atau cincin batu mesti di mintak pinjam dan hantar dekat Wak Yus. setiap kali jugak Wak Yus bgtau barang tuh takde isi. 2-3 minggu mencari, akhirnya berjaya. kawan Joe yg bawak Wira tuh yang jumpa. namakan dia Am. Am jalan2 dekat pasar malam, jumpa pakcik jual batu2 cincin dan barang2 antik. ada pulak satu duit syiling lama, si penjual kata ada khadam. seronok la si Am, sanggup beli dgn harga RM50 untuk satu syiling lama. hantar pegi Wak, Wak akui syiling tuh ada isi dan boleh dipakai. Wak Yus suruh Am bawak kawan2 dia datang balik hari rabu depan untuk mulakan proses.

ya, tak perlu jumaat keliwon ke ape ke. mungkin rabu tuh ada some significance, wallahualam sebab Wak Yus tak pernah explain kenapa rabu tuh dipilih. maka lepas kerja rabu tuh, kesemua empat mereka - Sham, Joe, Am dengan sorang lagi Wan terus gerak pegi rumah Wak Yus. sebab Am sorang yang ada kereta, diorang pakat2 naik kereta Am sekali dgn Wak Yus yg duduk seat tepi driver.

Wak tak bgtahu destinasi, hanya bagi arahan. belok kiri. belok kanan. belok kanan. belok kiri. seterusnya sampai la dekat pekan sabak bernam. Am terus je drive ikut arahan Wak sampai ke sebuah rumah tinggal yg nampak mcm dah nak roboh. parking kereta, semua keluar ikut Wak Yus yang jalan depan sekali.

sebelum masuk pagar rumah, Wak Yus berpesan. arahan dia jangan diingkari, ikut je apa dia suruh buat. then baru diorang semua melangkah masuk. rumah tuh menurut sham, tak jauh dari rumah2 lain tapi sebab tanah dia besar sikit, dan banyak pokok jadi agak terselindung dari rumah2 jiran. gelap memang gelap lah. Wak masuk terus ke ruang tamu dan menyalakn sebatang lilin merah mcm orang cina guna utk semayang. duit syiling tadi diletakkan di belah kiri lilin dan sebungkus kain kuning yang diikat dengan benang diletak di belah kanan lilin. ntah apa isi kain tuh, Sham tatau.

Wak pusing menghadap mereka berempat yang dok berdiri di belakang Wak. Wak mula bagi briefing sket apa yang akan dilakukan olehnya dan apa yang harus mereka berempat lakukan, termasuk pantang larang. haa part nih yg nak tunjuknya betapa sesatnya amalan nih. Wak Yus suruh mereka solat sunat hajat, dgn dia sebagai imam. menghadap lilin tadi, bukan qiblat. diorang pon 'solat' lah kat situ, ntah apa bacaan Wak Yus sepanjang 'solat' pon tak didengari Sham. diorang hanya perlu ikut sahaja, tak perlu baca apa2 selain sematkan kemahuan mereka sepanjang 'solat' - nak nombor ekor.

selesai 'solat', Wak pusing menghadap mereka sekali lagi dan bagitau kejap lagi akan ada makhluk yang muncul memberi nombor. dia arahkan mereka berempat pejam mata dan jangan berbunyi sedikit pon sepanjang proses, hinggalah Wak bagitau sudah selesai. pejamlah mata empat orang tuh, sambil hati makin cuak.

Sham cerita dia dok tengah dalam 'saf'. Joe paling kiri, kemudian dia, Wan dan Am dok hujung paling kanan. lepas dia pejam mata, dengar suara Wak Yus macam berzikir, tapi ntah bahasa apa dia pakai. tak lama lepas tuh angin mula bertiup kuat. Sham rasa mcm nak tumbang pon ada, tapi dia tahan.kemudian dia mula mendengar bunyi macam ada orang berjalan di tingkat atas (rumah tuh 2 tingkat).bunyi berjalan tuh makin lama makin hampir dan kemudian berhenti. suara Wak Yus makin kuat, angin pon makin kuat. dan tiba2 semua senyap. suara Wak Yus pon dah takde, angin pon dah takde.

Sham agak suspense masa nih. masa dok menunggu, dia rasa Joe dok tolak2 dia dgn siku. byk kali Joe buat sampai Sham geram, dia bukak mata sikit intai Joe. nampak Joe tgh mata terbeliak pandang atas. Sham pon jadi curious ah, terus dia pandang atas sama.

nampaklah dia satu makhluk hitam legam pekat bergantung dari siling, dan mcm ada satu lidah hitam panjang duduk menjilat ibu jari tangan Wak Yus. sebab terkejut, Sham terkeluar suara. terus lildah makhluk tuh naik ke atas dan makhluk tuh keluarkan bunyi macam ribuan burung berkicau sekaligus.

Joe terus bangun dan lari, Sham pon tak tunggu dah lari sekali. Am dgn Wan yang dh bukak mata jugak bila dengar bunyi bising terus bangun dan lari lintang pukang jugak. semua berkumpul dekat kereta Am dekat luar.

"mati la Wak marah, adoi" Joe mengeluh, yang lain terkial2 nak light rokok untuk tenangkan fikiran.

tak lama kemudian nampak Wak Yus keluar dengan muka membara. dimakinya sorang2 sampai Sham ckp dia rasa nak pukul pulak si Wak tuh sbb dah sakit hati kena maki. lepas dia dh lepas geram, Wak pon light rokok dan dok sekali hisap rokok dengan diorang.

"tempat nih dah tak jadi dah, kena cari tempat lain pulak kalau masih nak"

-----

second part cerita nih nanti sambung, ada kerja pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2015 12:54 PM | Show all posts
tq @ad_hoc79  and @mekbudu   
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 02:32 PM | Show all posts
pergh... ada hati lagi nk nombor walaupun pengalaman ngeri depan mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 11:59 AM | Show all posts
ehh... tak serik jugak? tak sabo nenek nak tau diorang dapat tak duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:17 PM | Show all posts
pulok...bila nak sambung nih??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 12:30 PM | Show all posts
Bestttt giler kot TT. Kipidap!

Btw, sy follow adik TT dari zaman beliau masih sihat bujang lagi. Terkejut masa tahu keadaan dia macam tu. Baca belog your mom pun sedu-sedu sedih. Moga sentiasa dipermudahkan urusan semua dalam kes ni,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 12:42 PM | Show all posts
ok sambung cerita.

untuk sesi kedua, Wak Yus kata tak perlu bawak barang berisi dah (apsal ntah tak buat teknik yg nih dulu, saje je kot nak nyusahkan budak2 tuh). cuma kena masa yang betul je. tunggu la empat orang tuh panggilan dari Wak Yus nak bagitau bila hari yang sesuai.

tunggu punya tunggu, Joe dapat call. Wak Yus dah dapat firasat dia, malam esoknya malam paling sesuai. jadi esoknya ulang balik mcm hari tuh, lepas kerja terus pegi Klang rumah Wak Yus. Naik kereta Am, gerak ikut arahan Wak Yus. rupanya kali ni menghala ke arah lain.

lepas dekat 2 jam drive, sampai la dekat pinggir hutan di kawasan Bentong. keluar dari kereta, semua jalan ikut Wak Yus masuk ke dalam belukar. sebab lalu bukan ikut denai, susah payah gak la nak melangkah dalam gelap tuh. Wak Yus tak bagi pasang lampu, pantang katanya. lepas redah semak samun, siap terjatuh berkali2 sebab gelap dan banyak halangan, sampai la dekat satu busut besar. kata Sham nak sama tinggi dengan dia (tatau lah Sham tinggi mana, tapi lebih kurang average height orang lelaki melayu la kot).

Wak Yus suruh duduk dalam 'saf' sekali lagi, tapi kali nih tak payah 'solat'. cuma kena duduk dan tunggu. Wak Yus yang buat segalanya. kali nih lebih simple, takde lilin, takde ape. cuma Wak Yus duduk berdepan dengan busut dan mula membaca jampi serapah. satu apa pon Sham and geng tak faham. lama jugak Wak Yus jampi, sampai kebas2 kaki Sham.

"apa jadi, jangan lari dan jangan tegur. nak tengok, suka hati kamu. kalau rasa takut, tak payah tengok" Wak Yus bersuara dari depan. lain sikit kali nih, mungkin Wak rasa kalau suruh jgn tgk pon, budak2 nih tengok jugak.

dalam gelap diorang duduk menunggu, Wak masih terkumat kamit membaca jampi. Wan dh siap menguap mengantuk. Sham tengok jam, dekat pukul 2 pagi dah. eh, baru Sham terpikir. macam mana dia nampak tengok jam padahal jam dia jenis cap ayam je bukan mcm g shock ke ape. rupanya sikit demi sikit macam ada cahaya mula menerangi tempat tuh, datangnya dari arah belakang diorang. suasana masih gelap, cuma dah boleh nampak sikit2. macam langit dekat2 nak pagi.

Sham berbelah bahagi, nak pusing tengok ke tak? kali ni dia dok paling kanan, tepi Wan. dia siku Wan, tapi Wan geleng kepala. Sham punya rasa ingin tahu membuak2, lebih2 lagi sebab makin cerah tempat tuh macam ada orang pasang lampu yang malap.

Sham nekad. pelan2 dia pusing kepala, jantung berdegup kencang. suasana pulak sunyi sepi, langsung takde bunyi cengkerik ke burung ke monyet ke. bila dia dah pandang ke belakang, mula2 sekali Sham rasa confused. 'eh apsal ada kereta dalam hutan nih?' bila mata dia dh dapat adjust dengan keadaan, baru la dia nampak rupanya 2 cahaya yang dia ingat lampu kereta tuh adalah cahaya mata seekor ular besar tengah panggung kepala.

Sham tergamam, dan terdetik rasa nak lari. tp ditahankan perasaan takut dia, alang2 dh sampai tahap nih baik teruskan je. nak pusing balik dia dah takut, terus je lah Sham tengok lembaga ular tuh dan matanya yang makin lama makin terang. Sham tak pasti adakah ular tuh makin membesar atau makin mendekat, sebab makin lama bentuk kepala ular tedung dengan mata bercahayanya kelihatan makin besar.

Wak Yus terus membaca jampi di depan. masa nih Wan, Am dengan Joe pon dah pusing sekali dan tengok ular tedung yang dh setinggi pokok berterusan menyuluhi mereka. dengan tiba2, mata ular tuh macam meletup dan mengeluarkan cahaya terang sampai diorang kena tutup mata.

berpinar2 mata diorang berempat selepas tuh. suasana dah kembali gelap, bunyi2 hutan mula rancak kembali. bila pandang depan nampak Wak Yus baru nyalakan sebatang lilin biasa. diorang terus pergi rapat dengan Wak. rupanya tujuan Wak menyalakan lilin adalah untuk menunjukkan nombor yang telah tertera di busut. Sham kata nombor tuh mcm bayang2 di busut je. Wak tak bagi tulis, kena tengok dan hafal je. elok je tengok kejap, lampu lilin terpadam sendiri. Wak terus ajak diorang balik.

nombor dah dapat. Wak dh pesan, nombor tuh bukan dalam aturan yang tepat so diorang kena pusing2 susuan nombor tuh bagi dapat nombor yang betul. esoknya diorang empat pergi lah beli pelbagai kombinasi nombor yang dirasakan betul. Sham cakap dia menang beberapa ribu, tak dapat first prize pon. geng dia yang lain2 pon takde yang dapat first prize.

Sham still serba salah nak percaya benda tuh. dia yakin dia nampak ular tedung sebesar pokok dengan mata menyala macam lampu, kawan2 dia pon nampak. tapi sorang pon tak nampak macam mana nombor tuh muncul di busut. ada kemungkinan Wak Yus yg letak nombor tuh, dengan apa cara tatau lah. nak pulak tak menang pon juta2 macam yang diimpikan. bila tanya Wak, katanya teknik di rumah tinggal tuh lebih ampuh. lebih bagus nombor yang diberi kalau dapat bertahan. ntah betul ntah menipu orang tua tuh.

bagi Sham cukup la sekali gi try, lepas tuh lama jugak xleh nak tido malam dengan tenang sbb termimpi2 ular dan makhluk hitam tuh. macam tak berbaloi dapat duit sikit je haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 01:13 PM | Show all posts
huk aloh... ribu ribu tu kira huntongla dapat.. tu pon nasib baik tak kene ngap dek ular bijik mata lampu kete...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tsui87 at 4-7-2015 05:57 PM
feuersturm replied at 1-7-2015 12:19 PM
baru2 nih lepak dgn sorang kawan lama, minum teh malam2. dia nih jenis berkawan dgn macam2 jenis ora ...


Layan weed tu apa??
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:27 PM | Show all posts

apa blog nye..nak baca jugakkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:40 PM | Show all posts
feuersturm replied at 1-7-2015 12:19 PM
baru2 nih lepak dgn sorang kawan lama, minum teh malam2. dia nih jenis berkawan dgn macam2 jenis ora ...

weyyyy wak yus ni mcm penah dgr la..umah dia klang kt ne?

adoii joe padang jawa tu pn mcm famliar je..sbb laki aku ni kwn ngn sorang india ni..laki aku ngn india mmg rapat..india ni mmg kaki no...sllu tny laki aku no2 best..laki layan je la..tp x penah dia menang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 02:51 PM | Show all posts
feuersturm replied at 2-7-2015 12:42 PM
ok sambung cerita.

untuk sesi kedua, Wak Yus kata tak perlu bawak barang berisi dah (apsal ntah t ...

mmg wey..laki india kwn laki aku pn ckp..bomoh2 ni nipu je..aku sllu dgr dia cite sbb dia sllu dtg umah aku..borak2 ngn laki aku sbb dia suka main ngn anak aku..kadang dia cite la pasal dia nk beli no mcm2..setakat ni mmg dia x penah kaya..paling besar dia menang no tu mmg 1st prize...3.2million..tp yg kelaka no dia menang tu rupanya ramai gila no sama..last2 3.2mill tu kongsi dpt 60k je...hahaha tp dia ckp masa tu x guna bomoh pn..dia mmg taksub la bab2 tahyul mahyul ni...dia pesan kt laki aku..laki aku jgn ikut dia sbb dlm islam dosa..dia takpe dia bukan islam..

penah dia cite masa tu dia br kenal pasal ngangkung ni sbb terpedaya ngn kawan dia sorang ni ckp bomoh ni bagus sume...yg tak tahan bomoh tu kene kenakan dia nk dpt no 1st price dia kene buat ritual dlm hutan ni...x silap dpn busut gak..n paling tak tahan dia kene bogel ngadap busut n bc jampi bomoh tu bg..dia cakap dia buat sbb dia percaya..dia pn buat la..tetibe masa dia duk jampi tu tetiba telinga dia ada benda kecik terpelanting...tgk2 lipatan kertas... bila dh hbs jampi hantu sume xde pun keluar..dia amik kertas tu ada no 6 digit..pastu tgk2 bomoh2 tu sume dh lari..dia tau dh dia kene kencing...lawak gila..tp dia try gak la beli no tu..hampeh tak kene pun

mmg kelakar la pengalaman dia..pastu taksub ngn barang2 lama ni..dtg umah aku hr tu dia masuk dapur nk basuh tgn..pastu atas stove ada kuali kecik laki aku br lps guna goreng telur..dia tny wah kuali lama ni..brp lama dh ni..laki aku ckp mmg lama sbb dr arwah opah dia lg...pastu dia ckp ni mesti ada khadam ni..jual la kt dia... laki aku ckp mcm2 hal la ko ni..mmg terhibur la ngnn dia...yg penting dia x kaya pn smpai skg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 10-9-2015 02:27 PM
apa blog nye..nak baca jugakkk

I x boley nk pm guna mobile..

Tt bole x i paste link blog mummy u kt sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 05:35 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 10-9-2015 02:40 PM
weyyyy wak yus ni mcm penah dgr la..umah dia klang kt ne?

adoii joe padang jawa tu pn mcm faml ...

tatau la katne exactly, member yg cerita. takde pulak dia bg alamat

joe tuh bukan nama sebenar, dia just ckp kawan dia je and duduk padang jawa. tp melayu lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 05:36 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 10-9-2015 02:51 PM
mmg wey..laki india kwn laki aku pn ckp..bomoh2 ni nipu je..aku sllu dgr dia cite sbb dia sllu dtg ...

Sham nih ada cerita psl kawan dia (india) kena nombor, mintak dari sami Hindu. takde la juta2, tp byk jugak rasanya. tak ingat sgt dah, nanti saya tanya balik ceritanya mcm mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067980 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list