CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3648|Reply: 29

[Tempatan] Viral.. Foto Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk Yang Pelik Tapi Benar!

[Copy link]
Post time 4-3-2015 05:30 PM | Show all posts |Read mode



DISEBABKAN elemen unik dan humor, satu imej memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang bersama-sama kini menjadi viral di media sosial.
Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.
Namun, individu berkenaan menafikan lantas memberi penerangan tentang kisah di sebalik foto tersebut.

Menurut Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London, dia menyaksikan sendiri kejadian sebelum mencapai kameranya dan merakamkan momen berharga tersebut.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.

Niat asalnya, dia ingin menyaksikan burung belatuk hijau yang sering kelihatan di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.
Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi daripada jurugambar dan peminat burung.

Walaupun nampak comel, terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut.

Sebenarnya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai santapannya.

Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri selepas kehadiran Le-May dan isterinya menakutkan cerpelai lalu dia melepaskannya untuk melarikan diri.
- MYNEWSHUB.CC


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 05:31 PM | Show all posts
omel sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:36 PM | Show all posts
mula2 tengok ingat kisah rakan karib

tapi bila baca kisah sebenar rupanya hubungan prey-predator
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:37 PM | Show all posts
magsa dan pemangsa
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:38 PM | Show all posts
genUmi replied at 4-3-2015 09:36 AM
mula2 tengok ingat kisah rakan karib

tapi bila baca kisah sebenar rupanya hubungan pr ...

lorh ye ke... nampak sangat aku tengok gambar je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:00 PM | Show all posts

gitu ekk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 06:01 PM | Show all posts
selalu tengok kat utube cempelai makan arnab lagi besar dari dia, dengan tikus
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:03 PM | Show all posts

ya la mangsanya burung belatuk,
pemangsanya cerpelai..

sekali dengan xdisangka2 burung belatuk mampu menerbangkan cerpelai..


agak2 gayat tak?atau terjatuh si cerpelai ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 06:07 PM | Show all posts
ceh....cumil je. Macam cerita budak-budak. Belatuk bawa cerpelai.
Sekali amik kau. Cerpelai tu tengah nak menyantap belatuk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:10 PM | Show all posts
Penerbangan Tambang Murah ker ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:34 PM | Show all posts
nampak cute je

mcm menumpang destinasi je
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt tadi cerpelai nk mengawani belatuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat bejalan dek..terbang le skali skala
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:43 PM | Show all posts
Wah uniknya jarang dapat lihat aksi sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:53 PM | Show all posts
Sebenarnya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai santapannya.

Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri selepas kehadiran Le-May dan isterinya menakutkan cerpelai lalu dia melepaskannya untuk melarikan diri.



rajin2lah membaca...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jika dilihat pada gambar tanpa membaca artikelnya, memang tampak comel sungguh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 06:56 PM | Show all posts

lu bila mahu jadi straight dan jantan sejati?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 4-3-2015 05:37 PM
magsa dan pemangsa

I ingat hubungan suami isteri, zaman skrg kan pelik2 je
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:10 PM | Show all posts
kentutmanis replied at 4-3-2015 07:04 PM
I ingat hubungan suami isteri, zaman skrg kan pelik2 je

binatang...walau pun mereka binatang,tetapi mereka tidak keliru macam manusia
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 07:14 PM | Show all posts

baaiikkkk....kite dah baca dengan tekunnye..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075173 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list