View: 1710|Reply: 8
|
[Tempatan]
Ular tedung sepanjang 3 meter cetus kekecohan di hospital
[Copy link]
|
|
Edited by ib-instaforex at 4-3-2015 08:06 PM
Gambar yang memaparkan kakitangan hospital mengangkat ular tedung tersebut kini viral di media sosial.
KOTA KINABALU, 4 Mac:
Kemunculan seorang pesakit dengan bangkai ular tedung sepanjang tiga meter di Hospital Daerah Tuaran cetuskan kekecohan.
Ular berkenaan dipercayai telah mengigit pekerja buruh warga Indonesia ketika sedang membuang air di Kampung Serusup di Tuaran sekitar jam 5.30 petang.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Tuaran sejam selepas digigit reptilia berbisa tersebut yang turut ‘dibawa’ bersamanya.
Gambar bangkai ular tedung berkenaan kini tersebar di media sosial yang memaparkan kakitangan hospital berkenaan mengangkatnya.
Difahamkan, pesakit itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2 di sini untuk rawatan susulan.
“Pesakit itu dirujuk kepada kami sekitar jam 6.30 petang. Keadaan mangsa agak kritikal namun stabil dan sedar,” kata jurucakap Hospital Daerah Tuaran yang enggan namanya disiarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai mangsa tu
senang doktor nak cari ubat
dapat selamatkan dia |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ingatkan ular menyusur masuk,mcm citer babi masuk kat perpustakaan Tun Hasmah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bijaknya org yg tolong bawa ular tu sekali ke hosp. Senang kerja doctor.
My friend's dad pernah kena patuk ular. Bawa pergi hosp doc tanya kena patut ular apa, anaknya tak dpt nak jawab, he can only describe physical ular je. Nasib baik la ular yg patuk ayah dia tu jenis tak berbisa sgt, bukan ular tedung ker apa |
|
|
|
|
|
|
|
omg seramnya |
|
|
|
|
|
|
|
sempat plak bunuh ular tu
tp baguslah dorang ni phm kalo kena patuk ular kena tahu jenis ular yg patuk tu kalo xtau mmg kena bawak juga ular tu ke sepital..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ular pn nk masuk sepital |
|
|
|
|
|
|
|
apsal takdak org pegang ular ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
serammm tgk...beso betul ular tedung ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|