View: 1268|Reply: 5
|
[Tempatan]
Jalan tidak sempurna diturap jadi viral
[Copy link]
|
|
TUMPAT - Sebagai tanda protes terhadap masalah jalan di Kampung Kota Kubang Labu di sini, empat penduduknya sanggup berjalan kaki hampir satu kilometer membawa kain rentang, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Gelagat mereka membawa kain rentang bertulis ‘kami mahu jalan ini dinaik taraf, lampu dan divider dibaiki segera!' dan 'protes…kami pengguna jalan raya mahu jalan ini dibina baru..boo la dok tapong-tapong nyo' itu menjadi viral di Facebook.
Seorang daripada mereka, Abdul Halim Abdul Rahman, 56, berkata, walaupun bantahan itu hanya disertai empat penduduk kampung, tetapi yang penting mesej itu sampai kepada pihak berkenaan.
“Saya bersama tiga lagi berjalan bermula di lampu isyarat Kota Kubang Labu sehingga ke bulatan Pasir Pekan bawa kain rentang ini,” katanya.
Menurutnya, dia sebagai penduduk yang prihatin mahu masalah jalan di sini diselesaikan dengan menurap baharu dan bukannya sekadar menampal jalan yang berlubang.
“Cukup ah dok tapongnya (tampal) jalan berlubang, kena turap baharu dah jalan ini,” katanya.
Katanya, jalan utama itu sudah lama tidak dibaiki sehingga mengundang ketidakselesaan kepada pengguna yang berulang-alik dari Tumpat-Kota Bharu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni, papehal kite viralkan
baru terketek2 buat keje
|
|
|
|
|
|
|
|
Betol tu bella
Yg mana dok pedalaman yg serba kekurangan tu viralkan aja
biar wakil rakyat dan konco2 buat keje lebih kencang |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada sesetengah benda perlu diviralkan contohnya mutu perkhimatan dari pegawai kerajaan, operator restoran, peniaga yang biadap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|