CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28776|Reply: 179

[Jenayah] CSI:Ibu muda Dalam Pantang DiTemui Mati Terikat UPDATE Pg1 Wajah Tertuduh!

[Copy link]
Post time 5-3-2015 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 16-3-2015 06:00 AM

Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan
Kemas kini: Mac 05, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 05, 2015 07:08 MYT)        




Anggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di sini malam tadi. - Foto Bernama

PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di sini, malam tadi.

Lebih menyayat hati, apabila mangsa seorang ibu muda berusia 23 tahun dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah. Bayi lelaki terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.

Ketika ditemui, tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata kejadian disedari oleh suami mangsa sekitar jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaan mereka.

Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Pasukan forensik turut menemui senjata yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya.

Pemeriksaan turut menemui kesan pecah masuk pada bilik mangsa.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM untuk dibedah siasat.-Awani


Didakwa bunuh wanita dalam pantang                              
Oleh Sarah Zulkifli


Petaling Jaya : Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang masih berpantang bersalin di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, di sini, dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Azmirul Shamsuddin, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju kemeja-T hijau itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, di Apartment Mentari Court, Sungai Way, di sini, pada 10.22 malam, 4 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.





      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 12:55 PM   
«         »
                     
ANGGOTA polis membawa Azmirul ketika di mahkamah. FOTO Salhani Ibrahim











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37332#sthash.lXknv850.dpuf





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 08:37 AM | Show all posts
zalimnya....kesian baby kehilangan kasih sayang ibunya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:42 AM | Show all posts
Ya Allah....baby kalau menyusu badan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:42 AM | Show all posts
akak syak warga nepal ni?
tak pun indon....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:43 AM | Show all posts
allahuakbar....sedihnye baca berita ni...
kesian baby tu...baru sebulan...
dah kehilangan ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:44 AM | Show all posts
Mesti kerana dendam...faham2lah kalu dah berkongsi dgn org lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 08:44 AM | Show all posts
Kejamnya.....manusia jenis apa pembunuh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:45 AM | Show all posts
kesiannyer... sampai hati buat mcm tu..
kes rogol dan bunuh kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 08:46 AM | Show all posts
zolim nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.


pesal detail sgt ni....btw barangan komputer tu samada cip IC atau pemacu cakera keras...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:53 AM | Show all posts
kejamnya manusia...baru bersalin adik ni...xda belas ehsan ker tgk baby ada disebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:53 AM | Show all posts
khailya replied at 5-3-2015 08:45 AM
kesiannyer... sampai hati buat mcm tu..
kes rogol dan bunuh kah?

biar papaya br bersalin dh nk rogol
pantang pun xhabeh lg


mcm2 la
smlm kes kena tetak kt muka & tikam perut




Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:59 AM | Show all posts
kesiannya baby.... mesti masih menyusu badan.... sekejap je rasa kasih sayang ibu.... jilake punya pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:59 AM | Show all posts
menakutkan sekarang ni....
ramai benar orang kurang siuman...
apabila syaitan menguasai diri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:02 AM | Show all posts
Ya Allah. apa nak jadi ha kat malaysia ni?

kalau betul warga asing, pls pls plsssssssss pihak berwajib tolong pantau.

malaysia ni dah jarang2 nak nampak bangsa kita. bangsa asing pulak makin ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm pantang. Separuh bogel. Kena rogol kah. Syaitan betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 09:02 AM | Show all posts
Ya Allah, kesiannya.... ini mesti salah sorang housemate punya keje...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

Kejam teramat kejam !.
Syaitan bertopengkan manusia
Pembunuh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:05 AM | Show all posts
sgt2 kejam pembunuhan ni.. zamn skrg sesetengah manusia dah hilang sifat kemanusiaan.. dah tak leh kawal emosi.. dah tak fikir dah kesan atas perbuatan.. buat dolu, consequences blkg kira..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:11 AM | Show all posts
Nak tgk serius @ tak keruntuhan sebuah bangsa... tgk tahap keruntuhan institusi keluarga...
itula yg Malaysia hadapi skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.080216 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list