Edited by ib-instaforex at 6-3-2015 12:50 AM
Mayat lelaki rentung dipercayai anak Tan Sri
Mayat seorang lelaki dipercayai anak kepada bekas penasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Myvi di Bukit Damansara, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, pegawainya dimaklumkan mengenai penemuan itu kira-kira jam 10.35 pagi oleh pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.
“Mayat itu ditemui, selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran dan keadaan mayat rentung sepenuhnya.
“Kami mengesan pemilik kenderaan berkenaan, berdasarkan nombor casis pada kenderaan itu, di mana ia milik seorang lelaki yang tinggal di Jalan Setiakasih.
“Apabila kami menemui pemilik kenderaan itu, kami dapati dia adalah bekas penasihat kepada Tun Mahathir yang bergelar Tan Sri,” katanya. Menurut Muhammad Azlee, Tan Sri itu memberitahu polis, kereta berkenaan dipandu anak lelakinya berumur 40-an yang menghidap penyakit Alzheimer.Polis masih lagi menyiasat punca kebakaran itu.
Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan masih menunggu keputusan bedah siasat.
“Pasukan forensik tidak menemui apa-apa tanda mencurigakan di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan identitinya akan disahkan.
“Kami tidak menolak kemungkinan, kes ini adalah pembunuhan, namun ia hanya dapat disahkan, selepas laporan bedah siasat diterima dan berdasarkan penemuan bukti di lokasi kejadian, setakat ini, ia dikklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada The Rakyat Post.
+++++++++++++++++++++++++++
KEADAAN kereta yang terbakar di kawasan bukit. FOTO Mohd Rizal Abdullah -\
Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran kereta di kawasan bukit, Lorong Setiabestari 2, Bukit Damansara di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 40-an berada dalam keadaan terbaring di bahagian pemandu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berkaitan kejadian itu.
"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya untuk bedah siasat.
"Polis masih menunggu maklumat mengenai kes berkenaan sama ada kematian mengejut ataupun terdapat unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34932#sthash.R8chLM25.dpuf |