CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13953|Reply: 70

Ajak Shiro dituduh sombong. Lebih suka tidur di hotel bila balik kampung.

[Copy link]
Post time 6-3-2015 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tapibukanaku at 6-3-2015 10:39 AM

Ajak nafi sombong, enggan tidur di rumah keluarga[size=14.8800001144409px]

Demam fenomena program lawak, Maharaja LawakMega 2014 (MLM 2014) baru sahaja kebah dengan menyaksikan Zero dinobatkanselaku juara.
Kecemerlangan mereka berjaya membelakangikumpulan lawak lain yang lebih dominan seperti Virus dan Shiro. Sekadar selesadi tempat keempat, Shiro dilihat bersyukur dengan kejayaan yang dirangkulsebelum ini.
Bagaimanapun baru-baru ini, melalui sebuahruangan pojok akhbar tempatan, salah seorang anggota kumpulan duo Shiro iaituAjak dikatakan telah mula sombong.
Menurut laporan tersebut, Ajak atau namasebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30, dikatakan jarang pulang ke kampung untukmenjenguk sahabatnya, apatah lagi keluarganya. Jika pulang ke kampungnya diKluang, Johor sekalipun, hos program IBoom itu akan menginap di hotel sekitarJohor Bahru.
Kosmo! berbicara dengan bekas anggota TenteraLaut Diraja Malaysia (TLDM) itu bagi meminta penjelasan bagi pihaknya mengenaidakwaan itu. Terkejut dengan khabar angin tersebut, Ajak menafikansekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkannya tidak sepatutnya timbul.
Ujar pelawak dan pelakon itu yang pernahmembintangi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, kekangan masa memang membuatkandia tidak kerap pulang ke kampung seperti sebelum ini, namun itu bukan bermaknadia sudah mendabik dada dan melupakan asal usulnya.

Kosmo!: Ajak, benarkah anda kini dikhabarkansudah sombong dan enggan berjumpa sanak saudara apabila pulang ke kampung?
AJAK: Saya begitu terkejut dengan dakwaantersebut. Tuduhan itu benar-benar tidak berasas. Setiap minggu, saya akan pulangke kampung di Kluang, Johor untuk berjumpa keluarga. Malah, jika berkelapangan,saya akan turut membawa mereka keluar bersiar-siar. Saya juga masih bergauldengan orang kampung di kedai kopi berdekatan rumah saya dan pada masa yangsama, tidak pernah merasakan diri saya sombong.
Saya akan melayani peminat selagi termampu. Halini kerana saya merasakan terhutang budi dengan mereka. Siapalah saya tanpamereka.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakananda tidak bermalam di rumah keluarga anda di Kluang, Johor tetapi lebih gemarmenginap di hotel apabila pulang ke kampung halaman?
Saya rasa tuduhan itu tidak berasas sama sekali.Mana mungkin saya tidur di hotel sedangkan saya mempunyai rumah dan keluarga disana. Saya masih tidur di rumah keluarga apabila pulang ke kampung.

Adakah anda berasakan diri sudah terkenalsehingga bersikap sedemikian?
Saya tidak pernah merasakan diri sudah terkenal.Malah, saya tidak pernah bermimpi untuk berada dalam bidang seni. Jika sayabenar-benar sombong, mana buktinya? Saya kira mungkin ini satu salah fahamkerana disebabkan terlalu sibuk dengan hal kerja, saya lebih gemar berada dirumah jika mempunyai kelapangan.

Apabila terjadi cerita-cerita negatif sepertiini, adakah ia mampu menjejaskan karier anda?
Sejujurnya, saya sangat takut dengan gosipataupun khabar angin. Jika boleh, datanglah bersemuka dengan saya dan memintapenjelasan saya sendiri. Tidak perlu cakap-cakap belakang.

Apakah nasihat anda kepada individu yangmenyifatkan anda sebagai sombong?
Saya berharap dia tampil untuk bersemuka dengansaya. Jika dia ikhlas hendak berkawan dengan saya, tampillah, saya dengan caraterbuka akan mendengar masalah dan berbincang mengenai isu tersebut. Barangkalisebelum ini ada sikap saya yang membuatkan dia berkecil hati. Saya minta maaf.
Adakah anda berpuas hati dengan kedudukan dalamlapangan seni?
Saya masih baharu dan banyak lagi perkara yangtidak saya terokai dalam lapangan seni ini. Saya akui masih belum sampai ketahap yang membanggakan. Bagaimanapun, jika ditoleh kembali perjuangan saya danShahrol melalui kumpulan Shiro, saya sangat berbangga dengan pencapaian kamiyang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Boleh anda ceritakan mengenai perkembanganter baharu anda?
Saya kini baru selesai penggambaran filemberjudul Rempit Sampai Langit. Saya juga kini dalam persiapan ke Indonesia bagimengacarakan program IBoom yang kini memasuki musim kedua. Selain itu, sayajuga akan terlibat dalam beberapa program rancangan televisyen terbitan Astrokelak.


[size=14.8800001144409px]

[size=14.8800001144409px]

sumber: kosmo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 10:40 AM | Show all posts
jahat betul orang yg tuduh2 macam ni.
kesian kena tuduh lupa diri. orang yg tuduh tu tak pulak wartawan tu identify? entah2 saja buat cerita bagi panas supaya artikel jd interesting?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:10 AM | Show all posts
siapa mata merah tu woiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:14 AM | Show all posts
tapi kan dia ni kayu cket lau mengacara...
shahrul more better than him
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:18 AM | Show all posts
animcute replied at 6-3-2015 10:40 AM
jahat betul orang yg tuduh2 macam ni.
kesian kena tuduh lupa diri. orang yg tuduh tu tak pulak war ...

aku pun sll suspect reporter yg saje buat isu ni. saja nak buat story.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau p jb tido hotel mmg logik la sbb kluang mmg jauh from jb. Sure dia blk kg pastu nk bwk anak bini jalan2 ke kan. Aku tgk kt ig bini dia n dia elok je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun jd isu kan?
Tido hotel pun apa salahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
What is Halini???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh..hal ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak tido hotel gak jadahnye.hotel ape je yg best sgt situ. Tp iols penah jah dlm byk2 stay di jb ter book 1 hotel kt agoda tp rupenye hotel tu mcm hotel pelacur kondom dijual bersepah2 kt bawah tu siap poster.kat bwh tu ade pub penuh manusia mabuk.. Euuuwww geli lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:29 AM | Show all posts
toxicated replied at 6-3-2015 11:26 AM
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak t ...








Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:29 AM | Show all posts
jb kluang jauh kot... hahahhaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 6-3-2015 11:29 AM

Keji la uols pon ingt lagi ke..iols siap bentang pelikat atas tilam wat lapik tido punyelah geli. Baik aku tido dlm kete jah. Dh lewat sgt nak tuka hotel pun.huh!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:35 AM | Show all posts
toxicated replied at 6-3-2015 11:31 AM
Keji la uols pon ingt lagi ke..iols siap bentang pelikat atas tilam wat lapik tido punyelah geli.  ...

hahahh sabar je la.. bahaya jugak klau mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:49 AM | Show all posts
biaq pi la die. ishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:54 AM | Show all posts
wartawan skrg suke wat cite panas.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 11:57 AM | Show all posts
toxicated replied at 6-3-2015 11:26 AM
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak t ...

ye ke tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:58 AM | Show all posts
xada isu la ni nk create isu..tp dh jd fitnah...iols pon rasa gossip artis malaysia ni sbnrnya kita sbg rakyat marhaen xhinggin pon nk tau hal2 rumah tangga atau dlm kelambu depa...wartawan hiburan BBNU ni je yg lebih2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 12:03 PM | Show all posts
sepupu klu blik kg, duk hotel
sbbnya famili ramai sgt
yg stay di rumah selesa, sendiri pun selesa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 12:17 PM | Show all posts
biar aje la nk tido hotel pun..
da ikut keselesaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099244 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list