CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 6

[Tempatan] Wakil rakyat P.Pinang dilarang sertai perhimpunan di KL esok

[Copy link]
Post time 6-3-2015 05:06 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN 6 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.
Advertisement

"Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di sini hari ini.

Lim berkata, beliau sendiri juga mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur itu yang mahu diadakan oleh PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Advertisement

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Pada 27 Februai lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah agak wakil DAP & yg cina takkan sertai perhimpunan mcm ni. Tp set2 Melayu perasan teraniaya yg akan berdemonstrasi... Biarla family Anwar ja buat perhimpunan tu, yg lain focus family sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:11 PM | Show all posts
rajin betul deme2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:38 PM | Show all posts
Tak apa la. Yang nak pergi demo, pergi la. Asalkan tak susahkan orang lain. Tak rosakkan harta benda. Mungkin mereka rasa itu jalan yang betul untuk jadikan Malaysia sebuah negara yang lebih telus, demokrasi dan adil.

Chewaaahhh ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:10 PM | Show all posts
cuba kalau kerajaan negeri BN yg keluarkan arahan mcm ni.. mcm mane plak komen korang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Org cina x suka buang masa berdemo2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 6-3-2015 05:09 PM
Memang dah agak wakil DAP & yg cina takkan sertai perhimpunan mcm ni. Tp set2 Melayu perasan terania ...

Bersih 3.0 ramai je Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059177 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list