CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2499|Reply: 28

[Jenayah] Dipenjara 4 bulan, sepak anak hendak solat

[Copy link]
Post time 6-3-2015 05:32 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pengawal keselamatan menyepak anaknya berusia lapan tahun yang hendak menunaikan solat dibalas dengan hukuman penjara empat bulan hari ini oleh Mahkamah Majistret, di sini.
   
Majistret Zuraini Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrol Azhar Rahmat, 36, setelah dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, 14 Januari lepas.
   
Ketika menjatuhkan hukuman, Zuraini sempat menasihati Hasrol Azhar supaya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
   
"Saya memandang berat kes ini kerana setiap hari ada kes dera anak yang dibawa ke mahkamah. Walaupun anak sendiri tidak boleh pukul," katanya.
   
Hasrol Azhar didakwa mendera anaknya berusia 8 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah rumah pangsa, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 7.19 malam, 3 Disember lepas.   
   
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
   
Menurut fakta kes, tertuduh menyepak anaknya sewaktu mangsa hendak membentang sejadah untuk menunaikan solat Maghrib.
   
Perbuatan itu diketahui kakak tertuduh pada 5 petang, 7 Januari lepas yang kemudiannya turut dimaklumkan oleh mangsa bahawa dirinya sering didera tertuduh.
   
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala bapanya ditangkap pihak polis.
   
Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
   
"Saya juga mahu mohon hukuman ringan kerana anak-anak sedang menunggu saya di luar sana," katanya.
   
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon mahkamah  menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf selain dapat menjadi iktibar kepada masyarakat. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku risau bila dia keluar penjara nanti lagi teruk dia kerjakan budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:36 PM | Show all posts
cisssss........bapak ape neh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:36 PM | Show all posts
panas hati kot anak bentang sejadah..konon nak perli lah tu..padan muka kena penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:46 PM | Show all posts
ummah pprt..akak tak hairan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleis yang berhudud bersunni bersyafie tu kannn...percaya sorga bawah tapak kaki..selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 06:13 PM | Show all posts
la..4 bulan je ke..aiseyman..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bpknya disepak tiap hr slma 4 bulan dipenjara nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah lindungilah anak ini.

Risau apa bapaknya buat bila keluar nanti...kalau dah perangai macamni!!

Konon anak menunggu...menunggu apa? Menunggu kena terajang dia???
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Babinya perangai bapak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:44 PM | Show all posts
Apalah yg bapaknya angin sgt sampai sepak anak nak solat??semoga insaf ya bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:50 PM | Show all posts
"Saya juga mahu mohon hukuman ringan kerana anak-anak sedang menunggu saya di luar sana," katanya.

menyirap darah aku bila baca permohonan jantan keparat nih. Kalau aku jadi hakim tu, mmg aku sound cukup2 lepas dia cakap lagu tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:04 PM | Show all posts
cis....kejam punya bapak..bak kata Faizal Tahir dlm lagu Assalamualaikum..

"Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this"------------------------------------------------
I believe we are better than this
We could all be better than this"




Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:11 PM | Show all posts
Malesis dan keganasan tak dpt dipisahkan!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:15 PM | Show all posts
Apalah....budak tu nak buat baik pun kau tendang.....bapak baran kuat mendera mcm ni, jgn harap anak suka...4 bulan kat dlm jel tu aman hidup anak anaknya....sendiri perasaan anak menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jenis punya bapak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakkkkkk merayu konon anak-anak menunggu diluar sana...yelahh menunggu kau punya penyepak kan? Dasar!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nmpak sgtla si bapak x semayang..malu lettew dgn anak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnga..anak anak ko tunggu ko ke...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 11:04 PM | Show all posts
biar bagi lumpuh kaki yang dia sepak anak tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.220613 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list