View: 2730|Reply: 28
|
Makan Guna Chopstick Terbukti Turunkan Kadar Gula Dalam Darah
[Copy link]
|
|
MENERUSI satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, mendapati penggunaan chopstick ketika memakan nasi merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah.
Menurut sumber akhbar Lianhe Zaobao, satu kajian yang dijalankan oleh Singapore Institute for Clinical Sciences, National University of Singapore menunjukkan tabiat pemakanan 11 orang yang menggunakan chopsticks, sudu dan tangan untuk makan nasi.
Menurut pengarah kajian tersebut, Jeyakumar Henry, dia mendapat inspirasi untuk mengadakan penyelidikan itu selepas minum di sebuah kopitiam.
“Saya tinggal lebih 30 tahun di United Kingdom dan semua orang di sini makan menggunakan tangan, tetapi bila sudah menetap tiga tahun di Singapura baru saya sedar kepelbagaian kaum di sini turut melibatkan cara pemakanan masing-masing yang berbeza di antara satu sama.
“Ini membuatkan saya terfikir adakah cara pemakanan nasi yang berbeza ini boleh memberikan kesan terhadap tindak balas gula dalam darah dalam badan seseorang itu.
“Dan daripada penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati makan nasi menggunakan chopstick menunjukkan kadar gula yang kurang, berbanding makan menggunakan tangan atau sudu.
“Ini kerana jika kita pakai chopsticks, jumlah nasi yang dikaut adalah sedikit berbanding menggunakan tangan atau sudu. Jadi, ianya memberikan kesan terhadap kandungan gula dalam darah mereka,” katanya.
Dia menjelaskan lebih lanjut, bila seseorang itu makan dalam jumlah sedikit dan mengunyah secara perlahan-lahan, secara tidak langsung ia akan mengambil masa yang lama untuk badan mencerna kadar pengambilan karbohidrat yang diambil.
“Sebagai contoh, anda mengambil 43 suapan untuk menghabiskan semangkuk nasi jika menggunakan chopsticks dan sebaliknya, jika gunakan tangan dan sudu, anda boleh menghabiskan dalam lebih kurang 17 hingga 20 suapan sahaja.
“Jika anda mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan makan, ianya lebih berkesan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan,” katanya lagi.
Jadi, buat anda yang ingin mengawal kadar gula dalam darah dan lebih-lebih lagi buat penghidap kencing manis, bolehlah mencuba tips ini yang telah terbukti menerusi hasil penyelidikan yang dijalankan ini. – MYNEWSHUB.CC |
|
|
|
|
|
|
|
Habislah, harga chopstick dijangka akan naik 20%. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi. Mkn nasi tu yg tambah lagi kandungan gula kot. Cer tanya doktor2 kat cari nih.
Yg aku perasan mangkuk nasi org cima kecik sikit dr pinggan besar nasi org melayu. Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
pakar pemakanan uols bukan pakar diabetes
nasi blh mkn tp dgn jumlah kecik..
kita mkn nasi dgn lauk yg meleleh air liur mbuatkn nasi cm bukit di pinggan cmpur plak teh ais..
|
|
|
|
|
|
|
|
kimsa-ra replied at 6-3-2015 07:10 PM
pakar pemakanan uols bukan pakar diabetes
nasi blh mkn tp dgn jumlah kecik..
kita mkn nasi ...
Haha..mmg tak dpt dinafikan ttg itu. |
|
|
|
|
|
|
|
its depend on hadam ke tidak makanan tu sebelum masuk ke perut la kaedahnya, so tak kira la makan guna apa pun, kalau kunyah sehingga betul betul hadam dak kira ok la tu..
sunnah nabi kan kunyah 40 kali dulu sebelum telan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak semestinya makan gune chopstik menyebabkan makanan yang dikaut tu sedikit.
Aku tengok citer cina, pelahap juga deme bila makan.
Siap sedut dari mangkuk lagi nasik atau mi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bro, hadith yang mengatakan nabi sarankan kunyah 40 kali or 44 kali sewaktu dengannya tak sahih.
Kalo Bro blaja usul diroyah, maka tau ler satu2 hadith tu logik atau tak bila nak disandarkan pada nabi.
Just for sharing.
|
|
|
|
|
|
|
|
siyes makan guna chopstick lagi laju kalu makan mee slurpppp |
|
|
|
|
|
|
|
owh ok, tapi logik juga kalau kunyah lumat lumat sebelum telan baik untuk kesihatan kan..tq.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup.. even omputih pun akui kunyah lama2 bagus utk sistem penghadaman.. penah baca saintis kuar statement ni..
tp kita dh lama tau kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha.. ako baru nk ckp pasal ni.
mmg mat saleh pakai garfu pun mkn nasi. lol...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedikit ka kaut? ye ke...kalo dah pelahap mulut besar manadanye nak kaut sesikit ni..tengok korea dah la, depa punya slurppp mee penoh mulut.. |
|
|
|
|
|
|
|
missDollie replied at 7-3-2015 02:05 PM
sedikit ka kaut? ye ke...kalo dah pelahap mulut besar manadanye nak kaut sesikit ni..tengok korea da ...
sedikit kaut kalo tak pndai guna mst terkial2 dpt sikit jelah kn.. kalo pndai guna byk gaklah masuk
mmg mangkuk kecik je mkn tp tetap bertambah gakkn..
taknak mkn nasi byk jgn mkn ngn mknn yg blh buka selera mcm sambal, ikan masin/pekasam, tempoyak dan yg sewaktu dgnnya.. kalo tak mmglah bertambah2 nk plak pekena gulai lemak labu ngn sambal belacan pehtu ade ulam2 n ikan masin., iols yg biasa mkn nasi 1/4 dr pinggan pun bleh bertambah2 mkn., lupa dah diet.
jd masak lah mknn serupa lauk sepital insya Allah jgn kata nk bertambah nk ngabihkan separuh nasi tu pun susah huhuhhuhu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|