CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 7

[Tempatan] Pernikahan anak PM dijadual 28, 29 Mac

[Copy link]
Post time 6-3-2015 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 6-3-2015 05:37 PM


Majlis perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib, bersama tunangnya Daniyar Kessikbayev disahkan akan berlangsung pada 28 dan 29 Mac ini.

Kad jemputan majlis perkahwinan anak sulung Datuk Seri Najib Razak pada 28 Mac dirancang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), satu sumber yang dekat dengan kabinet memberitahu Malaysiakini minggu ini.


Selain itu, Malaysiakini juga melihat kad undangan perkahwinan Nooryana, 26, bersama Daniyar, 27, yang diadakan keesokannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut kad jemputan pada 29 Mac, majlis persandingan itu akan diadakan anntara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Spekulasi mengenai majlis perkahwinan anak sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor mula diperkatakan di kalangan pengguna Internet awal minggu lalu.

Ia menjadi buah mulut apabila gambar-gambar yang dikatakan kad jemputan perkahwinan mereka untuk barisan orang kenamaan tersebar di media sosial, termasuk beberapa blog.

Pejabat Perdana Menteri setakat ini membisu apabila ditanya mengenai majlis perkahwinan yang bermula 7.50 malam 28 Mac.

Ibu Daniyar juga enggan mengesah atau menafikan mengenai perkahwinan tersebut.

Dalam reaksi melalui emel kepada Malaysiakini minggu lepas, Maira Kessikbayev melalui jurucakapnya di New York berkata: "Kami tidak ada komen pada masa ini."

Nooryana dan Daniyar dilaporkan bertemu di Amerika Syarikat, sewaktu pasangan itu melanjutkan pelajaran di universiti.

Bakal menantu perdana menteri juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, abang kepada bapa tiri Daniyar.

Majlis perkahwinan mereka dikatakan turut akan dibuat di kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang. Majlis bertandang ke Kazakhstan dijangka diadakan selepas majlis perkahwinan di Malaysia.

Bagaimanapun butirannya belum dapat disahkan.

Pertunangan Nooryana dan Daniyar diadakan di kompleks Perdana Putra di Putrajaya pada 17 Jun 2011 dengan perbelanjaan RM409,767.

Pendedahan itu menimbulkan kontroversi apabila pemimpin PKR Rafizi Ramli mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menanggung kos tersebut - RM522 seorang bagi 36 tetamu kenamaan (VIP), dan RM359.60 seorang 862 tetamu lagi.

Caj pengendalian majlis itu RM81,000, dakwa ahli parlimen itu lagi.

Bagaimanapun PMO menafikan kos itu ditanggungnya, malah berkata ia dibayar oleh Najib sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 06:24 PM | Show all posts
pukul 7.50 dah setat?? Mesti macam lipas kudung nak solat, nak mekap, nak sarung baju..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhh...hope ada siaran langsung la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cun le
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhh. Dapat menantu.. hidung mancung...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:36 PM | Show all posts
Sekejap Nazarbayev, sekejap Kessikbayev...
Pak sedara dia diktator, i mean, presiden Kazakhstan ada dijemput tak... paling kurang Borat Sagdiyev ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 08:05 PM | Show all posts
Mcm mat said lah.  Kena pecat dekat2 nak sambut menantu.   
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 09:47 PM | Show all posts
untung ler kahwin time GST tak start lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.072300 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list