CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 928|Reply: 3

[Dunia] Syarikat penerbangan Teluk didakwa dapat subsidi AS

[Copy link]
Post time 6-3-2015 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Kesatuan syarikat penerbangan Amerika Syarikat meningkatkan kempen untuk memujuk Amerika Syarikat untuk mengubah perjanjian penerbangan komersial dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang didakwa tidak adil dalam pemberian subsidi.

Mereka mendakwa pekerja Amerika Syarikat akan kehilangan pekerjaan mereka jika syarikat-syarikat domestik ditolak daripada pasaran utama kerana persaingan daripada tiga syarikat penerbangan Teluk.

Kesatuan sekerja itu berulang kali mendakwa Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways telah menerima subsidi berbilion daripada negara itu, namun dinafikan oleh ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sebaliknya, syarikat-syarikat penerbangan Teluk mendakwa, syarikat penerbangan Amerika Syarikat hilang penguasaan pasaran disebabkan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Ia memberi impak kepada kerjaya kami. Kita mempunyai kewajipan untuk tidak hanya mendedahkan subsidi tetapi mahu kerajaan membetulkannya," kata Rick Dominguez, Pentadbir Eksekutif Air Line Pilots Association.

Dakwaan-dakwaan tersebut telah mencipta satu permusuhan politik, dengan syarikat-syarikat seperti FedEx Corp yang meminta pentadbiran Obama untuk tidak mengubah perjanjian "Langit Terbuka", yang memanfaatkan FedEx dan

mengatakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat mempunyai kepentingan perlindungan.

Delta Air Lines, United Airlines dan American Airlines berhasrat untuk mendedahkan kertas putih 55 halaman memperincikan tuduhan terhadap syarikat penerbanganTeluk. - MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 05:49 PM | Show all posts
Tokey  Emirates tu kan dah kaya nak subsidi buat pe lagik??  Eleh, mengaku jelah kapal terbang kat US tu memang servis tahap cipan. Nak makan kacang pun kena bayar, dah serupa tambang murah dah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:53 PM | Show all posts
orang tu keuntungan berbillion dalam setahun nak subsidi apa lagi... yang aku tau emirate yang sponsor banyak kat us tu, even boarding hall and aerobridge kat JFK tu ada yang dedicated to emirate sebab dia bayar lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu emirates siap ada replika kapai dekat Heathrow terminal 3...berapa depa bayat BAA pun entahlah nak erect kapal tu kat situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064248 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list