CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Tempatan] Kes denggi meningkat lebih 200 peratus bagi dua bulan pertama di Pahang

[Copy link]
Post time 6-3-2015 05:42 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu 618 kes berbanding 201 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, dalam masa yang sama dua kes kematian dilaporkan berlaku iaitu masing-masing satu kes di Bentong dan Bera.

“Kuantan mencatatkan bilangan kes demam denggi tertinggi dengan 427 kes, diikuti Temerloh (76), Jerantut (42), Maran (30), Bera (18), Raub (sembilan).

“Selain itu di Lipis mencatatkan enam kes, Bentong (lima), Pekan (empat) dan Rompin (satu) manakala Cameron Highlands tiada mencatatkan sebarang kes,” katanya kepada pemberita dalam majlis mesra bersama media anjuran Jabatan Kesihatan Pahang di sini, hari ini.

Katanya, pada masa ini masih terdapat enam kawasan wabak denggi yang aktif di Pahang, yang mana lima daripadanya terkawal manakala satu lagi lokaliti dikategorikan sebagai ‘hotspot’ iaitu di Taman Pasdec Jaya, Indera Mahkota 2, Kuantan yang telah mencatatkan lapan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan.

Zainal berkata, Jabatan Kesihatan negeri juga telah mengeluarkan 129 kompaun dengan nilai denda sebanyak RM64,500 dan 104 Notis Seksyen 8 juga telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070312 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list