View: 5743|Reply: 21
|
[Dunia]
Bilik Seks 5 Jam Untuk Banduan Teroris Di Penjara Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Edited by ib-instaforex at 6-3-2015 05:56 PM
Pemandangan kompleks penjara Al-Hair dekat Riyadh dari udara, pusat tahanan pengganas paling besar di Arab Saudi.
RIYADH — Meskipun dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair dekat sini khas untuk banduan militan pengganas IS lebih seperti sebuah hotel mewah berbanding penjara.
Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, sebuah peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.
Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda namun, kerajaan tetap menyediakan beberapa bilik khas bagi banduan yang sudah berkahwin.
Kemudahan gimnasium untuk banduan pengganas melakukan senaman turut disediakan pihak penjara Arab Saudi. – Gambar hiasan
Sekali sebulan, tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan waktu seks bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh di dalam kamar khas dilengkapi katil, cadar dan snek ringan untuk dinikmati bersama ketika berasmara.
Selain Al-Hair, Arab Saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya, khusus untuk menghukum banduan pengganas IS agar kembali insaf.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef malah membenarkan wartawan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.
Kolam renang untuk tahanan dapat berenang santai dalam sebuah penjara Arab Saudi khusus untuk banduan kes pengganas. – Gambar hiasan
“Kami tidak sembunyikan apa-apa pun. Tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan mata,” kata pengarah penjara Al-Hair, Mohammed al-Ahmed, kepada sekumpulan petugas media antarabangsa.
Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.
Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.
Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai hadiah untuk banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. — Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Dgn harapan tak adalah aktiviti meliwat berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Berlumba2 lar pasnehh ISIS nk masuk jail di sittiew. Good luring tactics |
|
|
|
|
|
|
|
Menang lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
72 bidadari disediakan x? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti yang duduk dalam tu takmo kuar penjara.
Penjara lagi mewah dari kampung halaman sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
patut lah ummah pprt di mlysia ni byk sgt nak masuk IS ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang la nampak mewah,,tapi lepas tu aklau bersalah kena pancung camne? |
|
|
|
|
|
|
|
atau sebenarnya saudia dengan rela mengumpul tentera upahan yg boleh dikerah bila2 diperlukan? |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah siapa yg dipenjara kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Semestinya seks menjadi daya tarikan bagi lobais.. |
|
|
|
|
|
|
|
5 minit untuk banduan asia |
|
|
|
|
|
|
|
5 minit untuk banduan melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup mewah secara free ... Makan tanggung... Homeless boleh la jd teroris dgn hrpan kena tangkap masuk jel |
|
|
|
|
|
|
|
lebih berat ke arah tu rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan pertama.... macam koridor sepital gomen kat mesia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Expendable assets. Amat berbaloi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terrorist ini mungkin masuk dalam kategori orang yang membiayai kegiatan keganasan ke atas amerika atau negara kapir lain. Kalau tak tangkap, nanti dikritik negara barat. Solutionnya adalah sumbat juga mereka ni dalam penjara, tapi 'penjara' tu sekadar atas kertas sahajalah.
Cubalah kalau mereka tu berkomplot untuk menjatuhkan raja arab saudi, awal-awal lagi dah kena pancung
|
|
|
|
|
|
|
| |
|