CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1252|Reply: 6

[Dunia] 70,000 penduduk selatan Filipina jadi pelarian

[Copy link]
Post time 7-3-2015 01:38 AM | Show all posts |Read mode

Gambar bertarikh 28 Februari lalu merakamkan anggota tentera Filipina memeriksa kelengkapan senjata di Maguindanao, selatan Filipina dalam kempen mereka menggempur pemberontak BIFF. – AFP -

MANILA 6 Mac – Kira-kira 70,000 penduduk di Mindanao selatan Filipina menjadi pelarian ekoran tindakan askar Filipina melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran untuk menggempur kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

Gabenor wilayah tersebut, Mu­jiv Hataman berkata, seramai 70,000 telah melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di pangkalan tentera dan beliau me­rayu pasukan tentera agar menghentikan operasi tersebut.

“Saya merayu pasukan tentera mengentikan serangan ke atas pemberontak kerana kami kekurangan sumber kewangan untuk memberi makanan dan tempat perlindungan kepada ri­buan penduduk yang melarikan diri dari 11 bandar sekitar,” katanya.

Jurucakap tentera, Brigadier-General Jose Kakilala berkata, mereka memerlukan tiga hari lagi untuk mengusir pemberontak tersebut.

Pertempuran tersebut telah menimbulkan persoalan tentang proses damai antara pihak kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempu­nyai kaitan dengan BIFF.

Pertempuran pada Januari lalu telah mengakibatkan 44 orang anggota polis elit terbunuh apabila mereka cuba memberkas dua militan yang dipercayai ada hubungan dengan kumpulan militan al-Qaeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 01:41 AM | Show all posts
Tembbbbbakkk terorissss tiew sumeee, anggggg basssstussssss! Makapatayyyy ang lahadddd nyooon!!!!   
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 01:46 AM | Show all posts
Mahalll na kita kuyaa kawallll!!!!! Paglalawan terorissss ang bassstusss!!!! Putangggg inanggg mooo, terorisss!



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin byk la terrorist dtg sabah. Sian rakyat msia di sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 03:10 AM | Show all posts
tembak mampos sahaja terrorist2 sunni shafie itu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 04:49 AM | Show all posts
Pertempuran pada Januari lalu telah mengakibatkan 44 orang anggota polis elit terbunuh apabila mereka cuba memberkas dua militan yang dipercayai ada hubungan dengan kumpulan militan al-Qaeda.


2 militan....44 orang angota polis elit terbunuh....????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jose kakilala..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.505846 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list