CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1698|Reply: 7

[Dunia] Dibayar RM14,000 utk tengok bontot

[Copy link]
Post time 7-3-2015 06:58 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.
Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.
Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina walau kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1,200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dengan ketepatan antara 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu untuk mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam namun tak ramai orang mahu menghabiskan masa mempelajari kemahiran tersebut.

“Saya rasa masalahnya adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

“Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan status tinggi manakala di United Kingdom ia lebih cenderung menjadi bahan jenaka,” katanya, dipetik Metro.uk.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
wow... kat mesia ada ke keje ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 07:18 AM | Show all posts

WALAUPUN ditawar gaji £40,000 (RM 14,000) sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.


ringgit telah semakin kukuh....




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku berhenti membaca selepas ayat pertama. Siapalah yang terjemah artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:29 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-3-2015 07:18 AM
ringgit telah semakin kukuh....

sebenarnya dia maksudkan 40k eur per year = rm 160k setahun..
so sebulan memang lebih kurang rm 14k yang ditulis tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:57 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 7-3-2015 08:29 AM
sebenarnya dia maksudkan 40k eur per year = rm 160k setahun..
so sebulan memang lebih kurang rm 1 ...

mungkin juga dia convert ke rupiah lepas tu yen then baru ke ringgit kot.... last2 sendiri konfius



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 10:24 AM | Show all posts
iols tgk gambar je huhu
owww cute nye anak ayammmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
40k euro aku sanggup buat keje tu!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.728366 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list