CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3493|Reply: 30

[Tempatan] Dera Dan Eksploitasi Amah,Tertuduh Berburqa Penuh Muka!

[Copy link]
Post time 10-3-2015 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 10-3-2015 02:33 AM

IPOH – Seorang ahli perniagaan wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mengeksploitasi dan mendera pembantu rumahnya warga Indonesia.

Zuliana Rahhin, 34, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 34 tahun di rumahnya di Taman Bercham Suria di sini pada 2013 dan 2014.

Bagi kesalahan mengeksploitasi, dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mendera, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa menggunakan penyapu, pisau dan seterika terhadap mangsa.

Jika sabit kesalahan, Zuliana berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon tertuduh tidak dibenar ikat jamin atas alasan kedua-dua kes adalah serius.

Peguam Fey Aqis Mohd Khairuddin pula memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan Zuliana perlu menyara tiga anak dan seorang daripada mereka menghidap penyakit jantung berlubang.

“Tertuduh juga sedang menerima rawatan penyakit mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,” katanya.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April depan untuk menyebut semula kes itu.  – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 09:31 AM | Show all posts
Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon tertuduh tidak dibenar ikat jamin atas alasan kedua-dua kes adalah serius.


yes..
tak kira la nak sara anak berapa puloh org pun....
harus ke nak dera org?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 10:33 AM | Show all posts
IPOH: Seorang ahli perniagaan wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mengeksploitasi dan mendera pembantu rumahnya warga Indonesia.

Zuliana Rahhin, 34, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 34 tahun di rumahnya di Taman Bercham Suria di sini pada 2013 dan 2014.

Bagi kesalahan mengeksploitasi, dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mendera, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa menggunakan penyapu, pisau dan seterika terhadap mangsa.

Jika sabit kesalahan, Zuliana berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda.


Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab memohon tertuduh tidak dibenar ikat jamin atas alasan kedua-dua kes adalah serius.

Peguam Fey Aqis Mohd Khairuddin pula memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan Zuliana perlu menyara tiga anak dan seorang daripada mereka menghidap penyakit jantung berlubang.

"Tertuduh juga sedang menerima rawatan penyakit mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan," katanya.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April depan untuk menyebut semula kes itu.
- BERNAMA




        ZULIANA Rahhin (kanan)  dibawa oleh anggota polis setelah didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah sesyen Ipoh di sini semalam iaitu mendera pembantu rumah dan mengekploitasi buruh secara paksa menggunakan kekerasan. - Foto L.Manimaran









Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 10:37 AM | Show all posts
apelah perasan dia masa mendera tu yer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 10:54 AM | Show all posts
mental lagik!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 10:58 AM | Show all posts
GUna pisau dan seterika?..Ish ish..nasib baik indon tu tak buat yg sama kat anak2 dia..
Tambah2 yg jantung belubang tu...takdak ehsan punya manusia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2015 11:01 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 10-3-2015 12:33 PM
IPOH: Seorang ahli perniagaan wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas ...


Pe'el jakun baru dpt maid.

buat maid mcm slaves... tau plak cover muka.. kalo tak salah tak perlu la nak cover2... lawan till the end..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:12 AM | Show all posts
org mcm  ni elok  jadi test  item utk kilang seterika...QC boleh test power sterika kat badan dia before distribute to retail outlet...pehtu chop kat kotak " QC Passed".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 11:14 AM | Show all posts
selalunya dengar jinjang punya org yg suka dera amah guna seterika semua nih...kali nih ketuanan melayu...hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:29 AM | Show all posts
kenapa ..
sekarang ni
selalu ja bacer benda2 gni

Tertuduh juga sedang menerima rawatan penyakit mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan
adakah tu untuk pelepasan dari tuduhan / hukuman ringan
atau memang sekarang ramai yang mental?


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:30 AM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 10-3-2015 10:58 AM
GUna pisau dan seterika?..Ish ish..nasib baik indon tu tak buat yg sama kat anak2 dia..
Tambah2 yg  ...
tu la pasal kan ..
naya ja budak2 tu kalau pembantu tu buat benda yang sama

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:33 AM | Show all posts
semoga mendapat cash....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:36 AM | Show all posts


jumpa gambar tanpa tutup muka .. xtau tu dier ke tak
http://itsmebellarienna.blogspot.com/2014/05/dari-dapur-bella-rienna.html

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-3-2015 11:29 AM
kenapa ..
sekarang ni
selalu ja bacer benda2 gni

aku rasa..perbuatan menyakiti diri sendiri atau makhluk lain (manusia/haiwan) memang ada masalah mental..atau split identity kot
perlu report dari pakar yang arif...doktor sakit jiwa dan seumpamanya

masa tu la mahkamah akan nilai...si polan ni waras ke tak masa melakukan perbuatan dera tersebut

dek tengok citer2 omputih pasal orang psaiko ni...mmg macam2 imaginasi derang, dendam kesumat, langsung orang lain jadi mangsa


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:42 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 10-3-2015 10:33 AM
IPOH: Seorang ahli perniagaan wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas ...
hurm..
jumpa ni berdasar kan ..
tak tau ke orang yang betul ke tak..
nama dah sama dah

Zuliana perlu menyara tiga anak dan seorang daripada mereka menghidap penyakit jantung berlubang.

tak berani nak tepek

https://plus.google.com/105125763360720821078/posts

http://snapwidget.com/v/902529587433841864

http://snapwidget.com/v/906312409810347202

http://itsmebellarienna.blogspot.com/2014/05/dari-dapur-bella-rienna.html

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:49 AM | Show all posts
aseela replied at 10-3-2015 11:37 AM
aku rasa..perbuatan menyakiti diri sendiri atau makhluk lain (manusia/haiwan) memang ada masalah m ...
owh ..
baru paham..
kira nya bila d tangkap .. memang refer terus la ke hospital mental tu yer untuk laporan
Terimakasih untuk penjelasan

camne lak yer kak
kalau erm.. sakit jiwa ni d sebab kan stress
letih balik kerja
nengok rumah berselerak lagi
gegar .. gegar.. gegaar .. meletup
habes terbang melayang semua yang boleh d capai
agak2 ni boleh masuk dalam mental tak?
sebab rasa nya ramai mengalami perasaan seperti ni




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 11:50 AM | Show all posts
Edited by putriTS at 10-3-2015 11:53 AM
FanTasyCreaTioN replied at 10-3-2015 11:42 AM
hurm..
jumpa ni berdasar kan ..
tak tau ke orang yang betul ke tak..

aku lempang kang..caption x menahan. Ini je sempat masak??dgn gulai ketam bagai. haha. caption 'ini je sempat masak' utk aku adalah telur goreng kicap. She's pretty. kesian. cantik2 tapi ade masalah jiwa. Dari I kecik mak dah terapkan, maid bukan hamba kita. Dia dibayar untuk menolong kita. bukan buat semua keje kita. apa yg boleh buat sama2, buat sama2. Apa yg boleh buat sndiri, jgn harapkan org tu buat utk kita. so, kalau ada benda yg kita tgk x puas hati, just remember dia manusia jugak. panggil dia and sama2 buat benda tu.
I pnah dgr jugak, ini salah satu simptom meroyan. meroyan bukan immediately lepas bersalin je. years after pun boleh jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:56 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-3-2015 11:49 AM
owh ..
baru paham..
kira nya bila d tangkap .. memang refer terus la ke hospital mental tu yer un ...

mental kategori tak bole nak pikir cara rasional...
tu yang kadang..ada dengo suara la...ada kawan halimunan la...cam di reka2

pasal balik umah, tunggang langgang macam tongkang...anak semueh tu..
seeloknya..masuk umah kaki kanan..baca bismillah 3 x... diam dulu..
terus masuk bilik...kalu dah solat kat opis...p mandi dulu..amik air semayang...

lepas tu baru la bole pikir dengan waras apa nak target dulu..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:01 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-3-2015 11:36 AM
jumpa gambar tanpa tutup muka .. xtau tu dier ke tak
http://itsmebellarienna.blogspot.com/2014/ ...

cepat je adek fan csi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:04 PM | Show all posts
putriTS replied at 10-3-2015 11:50 AM
aku lempang kang..caption x menahan. Ini je sempat masak??dgn gulai ketam bagai. haha. caption 'in ...
hahahahaha ttengok gak ek caption tu
boleh geng la kita ekeke sebab bila bacer caption tu tadi
" tu baru yang dier sempat jer masak .. camne lah rupa andai dier betul2 masak"

rasa nya sikap ni memang ada ja d kalangan kita
bukan berenti takat kat maid ja
tau sebab dengar2 juga la aduan dari masa ke semasa
ader yang suruh si emak jager cucu
tak d fikir ada masa orangtua tu nak gak ke surau
ada masa nak gak santai2
tapi tu dia .. ader anak humban terus suruh mak jager
atau kadang ader mak mertua yang buat benda2 seperti ni kat menantu perempuan
kurang2 maid dapat la jugak gaji
tak senang nengok menantu relax2

dalam kes perempuan ni
mungkin juga kot stress / meroyan sebab tekanan sebab si kecik yang ader sakit jantung tu kot
yer lah orang nya cantik kan
dulu boleh bersiar2
tapi bila ader si kecik yang sakit
mungkin .. mungkin rasa  terhad perjalanan..
stress..
geram..
maid jer la yang ader untuk d tunjuk kuasa dan lepas geram


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.079263 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list