CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ib-instaforex

Pengacara Iesya Toh dapat Tajaan kahwin RM1 juta

[Copy link]
Post time 1-6-2015 03:46 PM | Show all posts
de_ikea replied at 1-6-2015 10:43 AM
Tahniah azza. Ni baru kawin ya uols?

haah dia baru kawen. tp sbb agak sendu..xde org nk bukak benang psl kawen dia ni. tp tgk gambo kat BN..cantik majlis dia...semua simple je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 03:54 PM | Show all posts
rtm rtm rtm

mmg gitu laa hasil nyer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 04:00 PM | Show all posts
tak kenal dan tak pernah nampak pun .... untung eh dapat sponsor!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:08 AM | Show all posts
Kontroversi tajaan kahwin RM5 juta Iesya Toh


Oleh NURUL FADILA AWALUDIN

Pengacara RTM, Iesya Toh dan pasangan, Huzairee bernikah dalam sebuah majlis penuh bersejarah di Angkasapuri.


MELANGKAH naik ke Bukit Angkasapuri hujung minggu lalu, pekarangan bangunan Wisma TV RTM berubah wajah. Deretan khemah putih yang memenuhi ruang berkenaan menjadikan Bukit Angkasapuri seperti lokasi dalam filem dongeng.

Bukan khayalan tetapi itulah suasana majlis persandingan pengacara yang popular menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh dengan pasangannya, Mohd. Huzairee Mohamad.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 29 Mei lalu.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan, biarpun sebelum ini berdepan dengan pelbagai dugaan dan kontroversi.

“Sebaik sahaja selesai upacara akad nikah, saya dan suami berasa sungguh gembira dan lega. Semoga penyatuan ini akan menjadikan kami pasangan yang lebih menghargai kehidupan,” tutur Iesya saat ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya, Sabtu lalu.

Terdahulu, Iesya menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 berserta wang hantaran berjumlah RM50,000 sewaktu dinikahkan di Masjid Angkasapuri.

Semasa upacara pernikahannya juga, pengantin perempuan menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis bertandang sebelah pihak lelaki yang di Negeri Sembilan pada 7 Jun ini.

Melihat pada majlis perkahwinan yang gilang-gemilang itu di sebuah stesen televisyen dan radio milik kerajaan, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 31, pastinya tidak terlepas daripada soalan nakal.

Dilabelkan sebagai anak emas RTM, Iesya ada alasan tersendiri kenapa Angkasapuri dipilih sebagai lokasi bersejarah dalam diari hidupnya.

“Perjalanan seni saya bermula saat diperkenalkan kepada dunia pengacaraan di Angkasapuri, waktu itu saya berusia 20 tahun.

“Bagi saya, tugas sebagai pengacara rancangan bual bicara di RTM sangat berat memandangkan usia yang masih muda. Awalnya agak sukar untuk saya membincangkan topik mengenai politik dan ekonomi.

“Disebabkan itu, masa saya banyak dihabiskan di RTM. Tambahan pula, saya ingin berkongsi dengan peminat bahawa RTM ialah tempat saya membesar dan mengharungi dunia remaja.

“Pelbagai pengalaman saya tempuh untuk berada pada kedudukan sekarang. Walaupun pernah mendapat tawaran berkhidmat dengan stesen televisyen lain, perkara itu tidak menjejaskan keputusan saya untuk kekal bersama RTM,” katanya.

Tajaan RM5 juta

Beralih kepada penganjuran majlis perkahwinan mega di RTM, Iesya memaklumkan, di sebalik detik membahagiakan itu, dia pernah berdepan dengan episod hitam apabila ditipu oleh seorang perunding perkahwinan sehingga menyebabkan kerugian lebih RM20,000.

Kejadian itu hampir-hampir membuatkan Iesya hilang arah, namun rezeki Tuhan tidak disangkal apabila dia dihulurkan puluhan jenis tajaan yang dianggarkan berjumlah RM5 juta.

“Saya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk ataupun membesarkan isu penajaan tersebut tetapi itulah anggaran nilai yang diberikan daripada pihak penaja, bukannya saya.

“Sebenarnya, saya kurang selesa apabila hal itu diperbesar-besarkan sehinggakan ada pihak membandingkan artikel perkahwinan saya dengan artikel lain dunia hiburan berdasarkan jumlah Like dan komen di laman Facebook.

“Saya harap peminat faham bahawa jumlah yang dinyatakan itu tidak bermaksud wang ringgit tetapi merangkumi keseluruhan nilai kelengkapan majlis bermula daripada acara malam berinai sehingga ke resepsi di RTM,” jelasnya yang bakal membuat rakaman mini album terbaharu di Indonesia.

Kali ini, dia bakal bekerjasama dengan komposer terkenal yang pernah menghasilkan lagu Kasih nyanyian penyanyi tersohor, Hetty Koes Endang.

Fokus bisnes

Menjadikan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sebagai idola dalam dunia nyanyian, Iesya yang meminati dunia seni suara sejak berusia sembilan tahun itu tidak pernah berputus asa untuk berjaya sebagai penyanyi.

Bermula dengan single pertama berjudul Semanis Janji ciptaan komposer Singapura, Mansoor Mohd. dan lirik ditulis oleh Rina Khan, Iesya mengakui bakatnya lebih dihargai peminat di Singapura dan Indonesia.

“Saya sangat bersyukur kerana peminat di Singapura dan Indonesia banyak memberikan sokongan untuk saya terus menyanyi. Namun, setelah bergelar isteri, saya harus akur dengan permintaan suami yang mahukan saya fokus terhadap perniagaan,” ujar Iesya yang merupakan lulusan jurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)Kuala Lumpur.

Bagi Huzairee, dia tidak bermaksud menyekat minat isteri terhadap bidang nyanyian tetapi pengalaman dalam perniagaan akan digunakan sebaik mungkin bagi memantau karier nyanyian si isteri.

“Saya tidak akan menghalang, apatah lagi memaksa Iesya berhenti menyanyi secara drastik.

“Saya tidak ada masalah sekiranya dia terus menjadi pengacara, namun aktiviti nyanyian perlu dikurangkan secara perlahan-lahan,” kata lelaki kelahiran Negeri Sembilan itu tegas.

Dalam perkembangan lain, Iesya kini rancak mempromosikan produk kecantikan jenamanya, Memooncak yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu.

Suami jadi pengurus

Meneruskan perbualan, wanita berbintang Scorpio itu turut mengulas sejarah hitam yang dilalui bersama bekas pengurusnya.

Sekitar awal Januari lalu, Iesya nekad memecat wanita yang telah lebih enam tahun menguruskan karier seninya. Tindakan tersebut terpaksa diambil kerana bekas pengurusnya telah beberapa kali cuba mencabul kehormatannya.

“Dahulu saya masih mentah dalam industri. Tidak bermaksud rela diperlakukan sedemikian tetapi saya tidak tahu pada siapa perlu mengadu dan takut.

“Awalnya saya berpendapat dia mungkin tidak sengaja berbuat demikian, namun selepas hampir tiga kali perkara yang sama masih berlaku, saya fikir, memecatnya adakah langkah terbaik.

“Rupa-rupanya saya menjadi individu terakhir mengetahui bahawa bekas pengurus saya itu merupakan wanita yang mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis meskipun telah berumah tangga,” jelasnya.

Tambah pemilik sepasang mata galak itu, dia semakin berhati-hati untuk mempercayai orang luar.

“Agar sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang luar selepas apa yang berlaku. Jadi langkah terbaik, selepas ini biarlah suami yang menguruskan segala jadual kerjaya saya.

“Biarpun awalnya dia agak kekok dan tegas ketika berurusan tetapi selepas saya jelaskan tentang perbezaan dunia perniagaan dengan hiburan, ternyata segalanya menjadi lebih mudah dan berjalan lancar,” ujar anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menutup bicara.


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:29 AM | Show all posts
Sekitar awal Januari lalu, Iesya nekad memecat wanita yang telah lebih enam tahun menguruskan karier seninya. Tindakan tersebut terpaksa diambil kerana bekas pengurusnya telah beberapa kali cuba mencabul kehormatannya.

“Awalnya saya berpendapat dia mungkin tidak sengaja berbuat demikian, namun selepas hampir tiga kali perkara yang sama masih berlaku, saya fikir, memecatnya adakah langkah terbaik.

Rupa-rupanya saya menjadi individu terakhir mengetahui bahawa bekas pengurus saya itu merupakan wanita yang mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis meskipun telah berumah tangga,” jelasnya.

dah bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat pun nak kata diri mentah lagi? tatau ape2? suci embunan pagi? sampai cubaan nk mencabul pun dibiar berlarutan? tak reti nak bertindak sangat ke? ceh!cheap publicity
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 08:57 AM | Show all posts
wookiehoney replied at 3-6-2015 08:29 AM
Sekitar awal Januari lalu, Iesya nekad memecat wanita yang telah lebih enam tahun menguruskan karier ...

pempuan neh pasangan lesbian ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2015 09:05 AM | Show all posts
5juta?

x padan langsung

tgk baju pon failed

jenis kain yg camne tah

cam zaman tok kaduk

rantai tu pon biase jer...ala2 raflesia taja abpbh konon2 juta2 tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 09:14 AM | Show all posts
Syd replied at 3-6-2015 08:57 AM
pempuan neh pasangan lesbian ker?

khenn
dah 6 tahun uruskan takkan lah blur2 sgt tak pasan berselera 2 alam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 11:17 AM | Show all posts
kawan buzz cakap ( dimana company dia merupakan salah satu penaja utk wedding iesya ni), perancang perkahwinan yang menipu Iesya ni pernah menipu utk wedding Black Mentor sebelum ini. Orang yang sama.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 09:57 PM | Show all posts
toxicated replied at 1-6-2015 01:39 PM
Uols layan thread ni rupenye


motip iols takleh layan iesya toh ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088036 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list