CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nordayu

[Jenayah] Kes Mona Fendy paling tinggalkan kesan: Zaman Khan

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2015 09:13 PM | Show all posts
jeeja07 replied at 11-3-2015 01:14 PM
Something related to Highland Tower case right?. Pasal mistake dia buat. Mistake apa itu yg nak ta ...

Kes Highland Tower pengakhiran tugas beliau sebagai Pegawai Kanan Polis.mengikut cerita kes itu dibawah Ketenteraman Awam .bukan dalam Kes Jenayah.(Zaman Khan masa tu Ketua Siasatan Jenayah) di sebabkan tanggungjawab Zaman Khan walaupun bukan dibawah jabatan beliau dia datang awal membantu mangsa .. dan Media lebih fokus kepada beliau , (ada dalam TV  Zaman Khan tengking polis yang dok berkumpul ramai ramai ).. tak lama lepas itu Zaman Khan yang berada  di Thailand  diminta pulang ke KL dalam masa 3 jam kerana Dr M ..nak jumpa. akhirnya diminta tukar ke penjara . begitu sayangnya Zaman Khan dengan profession Polis sampai kat penjara pun pakai uniform Polis.. itulah yang diceritakan oleh kawan aku ..Pegawai Kanan Polis juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg semangatt tul bc kesah dia ni.. sgt komited.. hrp2  skrg boleh rehat dgn tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 09:27 PM | Show all posts
kikuri replied at 11-3-2015 12:41 PM
terkujat akak dok baca skrol bawah sekali ternampak gambo mona fendey mata terbeliak.... hampeh beto ...

mama pun

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 09:32 PM | Show all posts
itik_kuning replied at 11-3-2015 01:39 PM
pun berminat nak tahu. sayang tak jadi ketua polis negara. padahal bila di baca cerita nya, jelas  ...

nak jadi KPN kena lah sebulu ngan PM..

time tuh kan madey PM..

mana dia nak ore kelate jadik KPN..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:08 PM | Show all posts
best thread ni. zaman khan memang legend kerap sangat dgr nama dia masa kau kecik2, sebab time dia Ketua pengarah penjara malaysia, aku duk quaters penjara
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:09 PM | Show all posts
kelana36 replied at 11-3-2015 08:59 PM
Ada lagi ker puak puak yang suka jumpa bomoh especially time pemilihan ketua, pilihanraya ? bomoh  ...

Bukan bomoh 1M tu ada kaitan dgn politicians ke... Boleh tahan lalang gak org tua tuh. Kiri kanan ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2015 10:09 PM | Show all posts
nak sebut nama dia pun rasa semacam,...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa, kes Altantuya mungkin akan caras kes Mona Fendy untuk menjadi kes yg paling meninggalkan kesan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 11:27 PM | Show all posts
ARKIB : 04/11/2003
Zaman Khan -- Pernah diarah pantau Dr. Mahathir
Oleh SYAHRIL A. KADIR
TAHUN 1969, Dr. Mahathir Mohamad yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Star Selatan tewas dalam pilihan raya umum dengan majoriti 989 undi kepada Yusof Rawa.
Selepas kekalahan itu, Dr. Mahathir dipecat pula dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman kerana kritikannya terhadap corak kepimpinan Perdana Menteri pertama itu yang dikatakan tidak banyak membantu ekonomi orang Melayu.
Pergerakan Dr. Mahathir selepas itu sentiasa diperhatikan oleh pihak kerajaan kerana bimbang kritikan beliau terhadap kepimpinan Tunku Abdul Rahman akan mempengaruhi rakyat.
Senario itu berterusan sehinggalah Ketua Polis Daerah Butterworth pada waktu itu, Datuk Zaman Khan diarah oleh pegawai atasannya untuk menangkap pemimpin muda yang dikatakan sedang rancak mengatur sesi ceramah untuk para pengikutnya di daerah tersebut.
Zaman yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara berkata, Dr. Mahathir selalunya akan ditemani oleh seorang lagi pemimpin UMNO, Suleiman Palestin ketika berceramah di Butterworth.
``Pada suatu hari, saya dalam diam-diam mengekori mereka dengan sebuah kereta dan tiba di suatu kawasan, saya terus membunyikan hon bagi memaklumkan yang pergerakan mereka sedang diperhatikan.
``Suleiman yang mengenali saya terus mengangkat tangan dan beredar dari situ, sejak itu saya tidak pernah lagi berjumpa Dr. Mahathir sehinggalah saya dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan beliau pula menjadi Perdana Menteri pada awal tahun 80-an,'' katanya.
Menurut Zaman, hubungannya dengan Dr. Mahathir semakin rapat apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Katanya, Dr. Mahathir amat mengambil berat masalah keselamatan negara dan akan memanggilnya jika terjadi sesuatu kes jenayah besar.
Antaranya sewaktu kejadian pembunuhan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.
Zaman berkata, dia dan sepasukan anggota polis bersama Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakub berjaya menemui mayat Mazlan yang ditanam dalam satu lubang di sebuah stor dengan keadaan dikerat 18 bahagian.
Beliau kemudian menghubungi pegawai pengiring (ADC) Dr. Mahathir untuk memaklumkan mengenai kejadian itu, tetapi pegawai tersebut memintanya bercakap terus dengan Perdana Menteri.
``Zaman, adakah awak pasti itu mayat Datuk Mazlan?'' tanya Dr. Mahathir yang ketika itu sedang menghadiri satu majlis rasmi di Perak.
``Betul Datuk Seri, Tan Sri Khalil pun ada di sebelah saya untuk mengesahkannya,'' jawab saya.
Selepas itu, kata Zaman, Dr. Mahathir bertanya kepadanya sama ada kes tersebut ada kaitan dengan orang politik.
Beliau kemudian menafikan perkara tersebut dan menerangkan kepada Dr. Mahathir yang pembunuhan itu disebabkan oleh satu sindiket penipuan.
Seperkara lagi menurut Zaman, Perdana Menteri juga tidak `gelabah' sewaktu dimaklumkan mengenai kes penculikan yang membabitkan seorang doktor dan seorang pembantu perubatan oleh beberapa orang banduan di Penjara Pudu tidak lama dahulu.
Dr. Mahathir sebaliknya meminta beliau supaya mengendalikan kes tersebut dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah.
``Lagipun yang diculik itu orang Melayu manakala yang menculik pula orang Cina, oleh itu beliau tidak mahu orang ramai mengaitkan peristiwa itu dengan masalah perkauman,'' jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut terhutang budi kepada Dr. Mahathir yang berjaya memujuk hatinya yang `tercalar' berikutan kes Highland Towers beberapa tahun dulu.
Di sebalik kisah sedih yang menimpa keluarga mangsa runtuhan kondominium tersebut, Zaman turut menyimpan kisah dukanya yang tersendiri apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Penjara.
Sebelum itu khabar angin bertiup kencang menyebut beliau bakal menduduki kerusi Timbalan Ketua Polis Negara yang kosong tidak lama selepas peristiwa itu berlaku.
Kata Zaman, sewaktu kejadian kondominium runtuh tersebut, ada `pihak' yang menuduhnya cuba menjadi jaguh dan gilakan publisiti ketika beliau terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat kes berkenaan.
``Mengenai pertukaran mengejut itu, saya sebenarnya sedang bermain golf di Bangkok, Thailand apabila pegawai kedutaan memaklumkan yang Dr. Mahathir hendak berjumpa saya dengan segera di pejabatnya.
``Dengan pakaian golf itu jugalah saya `terbang' ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan beliau pada keesokan harinya,'' kata Zaman.
Rupa-rupanya pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan apabila Dr. Mahathir memintanya bertukar jawatan.
``Beginilah, saya minta kerjasama Datuk untuk menyandang jawatan Ketua Pengarah Penjara, pun begitu itu hanyalah jawatan pinjaman dan Datuk tetap pegawai polis,'' kata Dr. Mahathir sewaktu memanggilnya ke pejabat beliau.
Menurut Zaman, beliau yang terkilan dengan situasi itu kemudian meminta sedikit masa untuk memikirkan tawaran tersebut dengan ahli keluarganya dan bekas `bos'nya sendiri, Tun Hanif Omar yang ketika itu sudah pun bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 11:28 PM | Show all posts
Edited by AwgSagi at 11-3-2015 11:30 PM

Beliau juga berjanji kepada Dr. Mahathir untuk menemuinya semula di pejabat sebaik sahaja beliau membuat keputusan sama ada menolak atau menerima jawatan baru tersebut.Zaman seterusnya memberitahu, setelah mendengar berita `sedih' itu, beliau mula terfikir untuk bersara.Bagaimanapun Hanif telah meminta Zaman menimbangkan kembali keputusan yang dibuat serta meminta beliau akur dengan permintaan Perdana Menteri itu.``Kalau difikirkan kembali, adalah satu penghormatan yang besar bila Dr. Mahathir masih sudi memanggil saya untuk berbincang mengenai jawatan tersebut sedangkan kalau diikutkan, beliau tidak perlu sebenarnya untuk berbuat demikian,'' kata Zaman.Walaupun begitu, beliau masih tidak pergi berjumpa dengan Dr. Mahathir untuk memaklumkan keputusannya sehinggalah pada suatu hari apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayob menegur kedegilannya itu.``Zaman, berani kamu tak pergi jumpa Datuk Seri ya, baik kamu pergi sekarang sebab Datuk Seri menelefon saya bertanyakan hal tersebut,'' kata Megat Junid kepada Zaman.Mendengarkan perkara itu, Zaman terus ke pejabat Dr. Mahathir bagi memaklumkan keputusannya untuk menerima tawaran sebagai Ketua Pengarah Penjara.``Saya takut juga masa tu kalau-kalau Dr. Mahathir marah sebab saya tak pergi jumpa beliau lebih awal, nasib baiklah beliau langsung tidak membangkitkan perkara tersebut sewaktu kami bertemu,'' kata Zaman sambil tersenyum.Selain itu, Dr. Mahathir juga tidak lupa untuk memberikan penghargaan dan ucapan tahniah apabila polis mencapai sesuatu kejayaan menumpaskan penjenayah, contohnya sewaktu Kalimuthu @ Bentong Kali ditembak mati suatu ketika dulu.``Disebabkan itulah saya secara peribadi terhutang budi kepada beliau walaupun 34 tahun dulu saya sendiri hampir-hampir memasukkannya ke dalam penjara,'' kata Zaman.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... as&pg=lk_03.htm
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 11:35 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 11-3-2015 07:08 PM
ya ka zaman takde ilmu?dari sumber aku dengar die ade ilmu.. pendinding pun kuat..

kalau x dak isi, dah lama kena santau....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
arman98 replied at 11-3-2015 11:35 PM
kalau x dak isi, dah lama kena santau....

Mentaliti melayu betul ko ni. British jepun jajah malaya ada kena santau ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 12:30 AM | Show all posts
kikuri replied at 11-3-2015 12:41 PM
terkujat akak dok baca skrol bawah sekali ternampak gambo mona fendey mata terbeliak.... hampeh beto ...

aku pon sama hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah benar tan sri zaman khan ni mmg best sgt2 menarik..tp takot tgk muka mona fendy..terkejut ahkak..dh la
baca cari.com dlm gelap sambil gulung2 ats katil..huwaa..scary sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 01:36 AM | Show all posts
ninjago replied at 11-3-2015 05:02 PM
betul2.. aku stuju. Aku rasa dia ada that special gift

no special gift.. everybody has it cuma kita tak pakai jek..

tan sri dah kasik tau apa gift tu dalam artikel tu, cuma tan sri tak kasik tau the second part

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
btul ckp dia kita kena yakin..
iols xkenal dia iols budk sgt masa kes mona fendy tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2015 01:47 AM | Show all posts
Hannjjjeeengggg, serammm menengok muker si MF tieew!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 01:52 AM | Show all posts
kalo tak silap macit itteww penyanyi, sempat buat album seketul... ada bideo beliyaw kat YT
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 02:00 AM | Show all posts
Adoi pepagi buta gatai click tup2 scroll bawah ada pic dia creepy woiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 05:18 AM | Show all posts
Mona kuat ilmu hitam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080129 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list